Monday 16 January 2017

Day 6 : Oban - Isle of Mull, Iona & Staffa


Jam 8 pagi dah keluar, konon nak naik steam train di Fort William tu. Baru je gerak kereta, dapat pula email yang update trip ke Isle of Mull, Iona & Staffa confirm on. Alhamdullilah as per planned. So parking semula dan terus pergi ke office island trip (West Coast Tour) untuk confirmkan dan collect ticket. Ticket boleh dibook di web www.westcoasttours.co.uk dengan rate £52.00 per person. Memandangkan masa ada lagi, balik dulu ke hotel ambil barang-barang yang perlu sebab island trip ni ends at 8.30pm...so sampai ke malam lah. Tukar baju yang mencukupi sebab sangat sejuk di island-island tu nanti.


Oban Ferry Teminal.

Naik feri ni ke Isle of Mull.

Bila dah ready, jalan kaki ke Ferry Terminal Railway Pier, Oban (memang cari hotel yang dekat dengan ferry terminal supaya mudah dan tak perlu bayar parking). Besar jugak ferry ke Craignure, Isle of Mull ni...boleh bawa masuk vehicle lagi. Sailing time lebih kurang sejam.


View daripada dalam feri ke Isle of Mull.

View daripada dalam feri ke Isle of Mull.

Helicopter exercise drill atas feri ke Isle of Mull.
            
Dah sampai Craignure, naik pula bas selama sejam lagi ke Fionnphort yang masih lagi di Isle of Mull. Sejam dalam bas tu driver bagi explanation pasal Isle of Mull ni.


View Isle of Mull.

View Isle of Mull.

View Isle of Mull.

View Isle of Mull.

Tunggu speed boat di Fionnphort.

Fionnphort jetty area. 

Sampai dia Fionnphort baru lah naik speed boat lebih kurang 45 minit ke Staffa Island pula. Staffa island ni macam seketul batu besar di tengah-tengah laut dan tiada kehidupan di situ tapi ada satu gua yang diberi nama Fingal's Cave. Staffa island ini ada basalt columns yang sama macam di Giants Causeway, bezanya cuma kali ni di tengah-tengah laut. Stop for 1 hour kat Staffa Island, ambil gambar, selfie sikit, jalan-jalan atas batu bata tu, panjat cliff tapi tak masuk lah ke dalam gua tu sebab gelap dan licin. Nanti jatuh, sakit kaki lagi..hehe serik rasa jatuh.


View Staffa Island from boat.

View Staffa Island from boat.

View Staffa Island from boat.

Turun daripada speed boat.

View daripada atas cliff.

Awas batu licin.

Intai apa tu cik abang? 

Fingal’s Cave - tak masuk sebab gelap dan licin.

Sama macam basalt column di Giants Causeway, Northern Ireland.



Sama macam basalt column di Giants Causeway, Northern Ireland.



Selepas cukup masa di Staffa Island, gerak pula ke Isle of Iona. Isle of Iona ni kecil je, population pun dalam 3 ratus lebih. Diberi masa lebih kurang 2 jam...boleh jalan-jalan, makan-makan, rehat-rehat di island tu...so hari tu kami solat je di Isle of Iona tapi takde masjid ya...solat di tepi pantai tu je…


Isle of Iona - pulau yang tenang.

Isle of Iona - pulau yang tenang.

Penghuni Isle of Iona yang ikut solat tepi pantai.

Post Office yang comel.



Feri ke Isle of Mull.

Feri balik ke Oban.



Selepas tu balik semula ke Isle of Mull naik feri, naik bas sejam lagi, naik feri ke Oban sejam lagi dan akhirnya sampai di Oban jam 8.30 malam. On the way ke hotel, ada kedai kebab Turki so dinner kebab malam tu.

No comments:

Post a Comment