Sunday 22 May 2022

Percutian Keluarga di Pulau Redang (17-19 March 2022)

Salam, kali ini nak bercerita mengenai percutian keluarga yang terdiri dari 11 dewasa dan 3 kanak-kanak di Pulau Redang, Terengganu. Percutian ini sepatutnya pergi pada bulan 7 tahun 2021 tapi sebab waktu itu masih dalam PKP tidak boleh rentas negeri dan tiket flight ke Terengganu telah dibeli awal dengan harga RM24 return tapi tiada rezeki nak pergi dan Alhamdullilah bayaran tiket dapat refund dari Air Asia.

Teaser family photo dulu....walaupun tak cukup semua ni

Untuk trip kali ini pada 17-19 March 2022. Tiket flight pun dapat dibeli pada harga promo iaitu RM50 return. Mahal sikit dari harga sebelumnya tapi still murah. Tambang bas pun lebih kurang harga itu. Pakej Redang kali ini book melalu ejen Company Fairys Holiday. Ejennya bagus dan pantas je bila berurusan. Hotel yang dipilih ialah Sari Pacifica dengan fullboard package termasuk private boat snorkelling. Rate harga berbeza-beza mengikut jenis bilik sama ada bilik garden view (RM 650 per pax) atau seaview (RM 850 per pax). Rate adalah all in termasuk return speedboat dari Jeti Merang, bilik untuk 2 malam, makan 3 kali sehari, snorkeling dan juga snorkeling set. Sebelum ini kami pernah ambil pakej di Laguna, Taraas..kali ini kita cuba Sari Pacifica pula.

Hari Pertama (KLIA - Redang)
Hari kejadian 17 March 2022, kami bertolak dari rumah masing-masing dah berkumpul di KLIA 2 dalam jam 11.30 pagi dan flight akan berlepas pada jam 1 petang. 

Berhenti breakfast di RnR Ayer  Keroh dulu

Naik buggy je bagi yang tak larat jalan jauh

Geng menunggu flight ke KT

Alhamdullilah semua selamat sampai seperti dirancang dan flight ke Kuala Terengganu pun berjalan lancar. Lebih kurang jam 2 petang kami tiba di KT Airport, van ke Jeti Merang telah sedia menunggu. Van ditempah dengan Alam Travel Tours untuk transport pergi & balik dari KT Airport ke Jeti Merang dengan harga RM100 sehala. Rate antara yang termurah setelah disurvey dengan beberapa company lain. Jarak antara KT Airport ke Jeti Merang lebih kurang 45 minit. On the way ke Jeti Merang kami minta singgah di pasaraya dulu untuk beli barang-barang makanan dan keperluan sikit.

Welcome to Kuala Terengganu...balik kg ke tu?

Van untuk ke Jeti Merang....besar dan selesa

Tiba di Jeti Merang Waterfront, speedboat dah sedia menunggu so dalam jam 3 lebih petang kami pun berlepas ke Pulau Redang. Cuaca hari itu agak baik tapi petang biasanya agak berombak dan angin kuat. So layan je speedboat, bagi yang tidak biasa digalakkan untuk makan pil cegah mabuk dulu 30 minit sebelum naik bot.

Ready untuk naik speedboat ke Pulau Redang

Jom...sedia untuk dilambung ombak

Ada budak dah takut ombak besar

Alhamdullilah lebih kurang sejam, kami tiba di Jeti Laguna Pulau Redang. Kami tunggu di situ untuk transport ke Sari Pacifica. Jarak dari jeti ke hotel lebih kurang 10 minit menaiki Kubota. Selesai sahaja check in, kami diberi late lunch. Perut memang agak lapar, apalagi kami pun makan lah. Thanks hotel sebab menyediakan late lunch untuk kami walaupun waktu itu sudah hampr jam 5 petang.

Selamat tiba di Jeti Laguna Pulau Redang

Jom naik Kubota ke Sari Pacifica Resort

Dah tiba di resort...jom check in

Late lunch....semua dah lapau

Makan jangan tak makan....

View dari cafe....kenyang tengok laut

Waktu check in di bilik, kami buat kejutan surprise sikit untuk mak dan abah sempena anniversary perkahwinan yang ke-45. Thanks to pihak ejen dan hotel yang menyediakan deco-deco dengan percuma. Petang kami rehat-rehat di bilik dan tengok laut.

Bilik kami....seaview

Surprise untuk emak & abah...Happy 45th Anniversary

View dari dalam bilik

View depan bilik.....tengok laut dapat pahala

Lepak gazebo layan angin laut

Team frisbee Melaka

Layan laut sementara tunggu maghrib

Malam jam 8, kami buffet dinner, jalan-jalan pantai dan lepak di gazebo depan bilik sambil melihat bulan dan laut di waktu malam.

Jom dinner

Khusyuk semua makan

Ambil angin malam

Lepak gazebo bincang isu-isu negara

Good night...malam pertama di Redang bulan mengambang


Hari ke-2 (Snorkeling Pulau Redang)
Pagi selepas breakfast, kami berkumpul untuk snorkeling aktiviti. Trip snorkeling kami adalah private trip dah tidak bercampur dengan group lain. Tempat yang akan dilawati juga boleh discuss dengan uncle yang bawa kami. Pada mulanya, pihak hotel mencadangkan kami lunch di Sari Pacifica Pulau Lang Tengah, tapi kami prefer untuk balik ke Pulang Redang untuk lunch dan berehat tengahari sebelum sambung sesi petang. InshaAllah next time stay di Pulau Lang Tengah pula.

Good morning Redang....view lepas subuh

Pagi-pagi lepak gazebo tengok sunrise

Isi perut dulu sebelum snorkeling

Sessi briefing...penting ni

Map Pulau Redang...tempat-tempat snorkeling

Jom naik bot untuk snorkeling

Point pertama snorkeling ialah di Turtle Point berhampiran dengan Taraas Hotel. Memang banyak turtle di situ dan air laut di sini cantik berwarna turqoise.

Point #1 Turtle Bay...dekat area Taaras Hotel

Ecah pun nak cari turtle

Misi mencari turtle beramai-ramai

Dah jumpa tu...ada beberapa ekor turtle dijumpai

Video berenang bersama turtle

Point yang ke 2 ialah kawasan pantai berhampiran turtle point, di sini kami mandi pantai dan lepak di warung di kawasan pantai sambil minum air kelapa. Sesekali meningkatkan GDP penduduk tempatan.

Turun ke pantai pula....2nd point

Lepak-lepak minum makan goreng pisang

Best layan air kelapa panas-panas ni

Mandi pantai pula....pasir halus betul

Atok pun berendam

Point yang ke 3 pula ialah snorkeling di Pulau Lima. Banyak ikan dan cantik coral di pulau ini. Setelah puas snorkeling dan berendam kami pulang ke hotel untuk lunch dah berehat sebelum sambung sessi petang pula.

Point ke 3....Pulau Lima

Nenek pula terjun

Sessi bagi ikan makan

Berkilat-kilat coral....air crystal clear

Berenang bersama ikan

Jam 2.30 petang kami sambung ke point yang ke 4 iaitu Pulau Pinang. Di Redang pun ada Pulau Pinang ya. Kawasan sini juga cantik dan banyak ikan sebab terletak di kawasan Taman Laut Redang. 

Jom snorkeling sesi petang

Kena panjat bot air tinggi sampai pinggang

Budak kecik 2 orang tak ikut sesi petang...

Point #4...Pulau Pinang

Nampak tak ikan tu...

Bawa roti dalam botol umpan ikan

Lagi video snorkeling


Setelah puas bersnorkeling kami di bawa ke point yang ke 5 iaitu sand bank. Di sand bank ini macam ala-ala Maldives. Next kami di offer untuk dibawa ke snorkeling point yang seterusnya tapi masing-masing dah penat so kita balik hotel je lah. Sambung aktiviti di hotel je iaitu mandi pantai depan bilik dan main frisbee.

Sand bank sudah kelihatan

Nak mendarat sebentar lagi

Family photo

Abah & emak

Ala-ala kat Maldives lah konon nya

Sejukkan badan dulu

Dah jom balik

Sambung main frisbee

Nenek & cucu main buai je

Malam pula dihidangkan dengan BBQ ala-ala korea. So makan sampai kenyang dan tidur dengan lena nya.

Menu dinner....BBQ korean style

Hasil pembakaran

Inilah chef nya

Sesi membakar lemak pula lepas makan

Good night Redang...penat snorkeling seharian

Hari ke 3 (Redang - KT - KLIA)
Hari terakhir di Redang, pagi jalan-jalan ambil angin dan breakfast. Check out jam 11 pagi, semua dah ready di lobi hotel. Check out agak awal walaupun bot jam 1 pagi. So kami memenuhkan masa menunggu dengan aktiviti duduk-duduk, ada yang main pool dan juga jenga. 

Good morning

Cantik view pagi

Jom morning walk

Jauh jalan sampai ke Laguna Resort

Inilah Laguna Redang...pernah stay dah lama dulu

Breakfast sebelum check out

Ronda-ronda Sari Pacifica

Ada pond tapi tak maintain

Sempat main 1 round

Geng Jenga

Bye-bye Sari Pacifica...ada yang sempat mandi pool ni lepas snorkeling

Dalam jam 12 lebih transport Kubota untuk ke jeti dah ready so kita gerak ke jeti Laguna untuk ke Merang. Tiba di jeti Laguna ada sedikit salah faham antara pihak hotel dan boatman, sebab booking melalui ejen so ada sedikit kekeliruan. Alhamdullilah masalah bot selesai, so lebih kurang jam 1 lebih kami bergerak ke Merang. Alhamdullilah cuaca baik dan ombak tidak berapa kuat dalam masa 45 minit kami tiba di Jeti Merang dengan selamat.

Jom naik Kubota

Ok jom dah balik ke realiti

Van untuk ke KT sudah sedia di Jeti Merang, kami extend van servis sehingga jam 7 petang sebab flight pukul 8.30 malam, so kita ronda-ronda KT dulu. Kami minta dibawa ke masjid yang berdekatan iaitu Masjid Merang untuk solat jamak zohor dan asar. Lepas solat, kita pergi makan dulu sebab perut dah lapar. Kali ini kita makan celup tepung di kedai Adik Beradik.

Kita singah sini dulu

Macam-macam ada

Beli apa tu?

Antara hasilnya celup tepung

Lepas makan, kami singgah di Seberang Takir untuk beli keropok lekor. Kedai ini memang kedai yang biasa kami pergi dan keropok lekornya memang sedap.

Kedai keropok kegemaran 

Next, masih ada masa so kami decide untuk naik bot di Kuala Terengganu, so ronda-ronda naik bot di petang hari tidaklah panas dan penat. Bot cruise ini rate nya ialah RM25 seorang booking di FB Sekati Emas Boat Tour.

Jeti Boat Cruise KT

Jom naik bot lagi

Ada tugu kapal karam

Masjid Kristal

Dah nampak Drawbridge KT

Ambik gambar lah apa lagi...background Drawbridge

Geng bot sebelah

Selesai sudah boat cruise

Selesai bot cruise dalam jam 6 petang, so kita gerak ke KT Airport. On the way ke Airport kami singgah di Razna Chalet, Seberang Takir sebab ada yang bermalam di sini. Yang lain terus ke airport untuk ke KLIA.


Alhamdullilah percutian famili ke Redang berjalan lancar dan selamat. InshaAllah ke tempat lain untuk next trip pula ya.