Sunday 16 May 2021

Percutian ke Pulau Redang (4-6 September 2020)

Salam semua, kembali lagi kali ini nak share percutian singkat kami ke Pulau Redang, Terengganu sempena wedding anniversary yang ke-17 pada 6 September 2020. Kalau last year kami celebrate di Koh Samui, this year sebab COVID19 boleh cuti-cuti Malaysia je lah. Boleh refer page blog di belakang-belakang untuk percutian di Koh Samui.

Lokasi Pulau Redang

Ini merupakan kali ke-2 kami ke Pulau Redang. Kali pertama bercuti bersama keluarga beramai-ramai pada tahun 2011 dan stay di Laguna Resort. Masih terbayang-bayang lagi keindahan Pulau Redang ini walapun dah pergi ke pulau-pulau yang lain.

Redang yang dirindui....

Kali ini kami pergi berdua sahaja dan stay di Taaras Resort ataupun nama dulu-dulu nya ialah Berjaya Resort. Hotel kami booking melalui Agoda dan macam biasa jangan lupa book thru shopback untuk dapatkan cash rebate. Walaupun tak banyak tapi bila kumpul/kumpul jadi banyak juga.

Untuk ke Pulau Redang yang terletak di negeri Terengganu ini, boleh direct fly from Subang Airport ke Redang melalui Berjaya Air tapi harganya mak aii mahal sangat. Dulu kami naik flight Subang-Redang ini tambang dalam RM300 lebih je sekarang dah seribu lebih. So another option ialah ambil flight atau drive ke Kuala Terengganu. Untuk ke Pulau Redang sama ada naik feri di Jeti Syahbandar Kuala Terengganu atau speedboat di Jeti Merang. Feri dari KT mengambil masa lebih kurang 1.5 - 2 jam dan speedboat dari Jeti Merang lebih kurang 30-45 minit. So untuk menjimatkan masa kami pilih untuk fly ke KT dan ambil speedboat dari Jeti Merang. Land and boat transfer book dengan hotel so just bayar jelah tapi rate agak mahal sikit berbanding ambik direct dengan boat company. Ada banyak je boat company di Jeti Merang so boleh survey dan booking awal.

Day 1 : Melaka-KLIA2-Redang

Hari kejadian pun tiba (4 September 2020), flight ke Kuala Terengganu naik Air Asia jam 12 tengahari. Jam 8.30 pagi dah bertolak dari Melaka dan tiba KLIA lebih kurang jam 10 pagi. Agak awal juga tapi sebab ini first time fly after MCO biarlah awal sedikit sebab in case banyak prosedur / SOP kena follow. KLIA2 agak lengang tak seperti dulu-dulu sebab tak banyak flight pun. Tiket flight pun kami beli dengan harga promo RM88 sehala...so tak sampai 4 ratus untuk dua orang return. Since dah sampai awal, kita breakfast dulu sandwich Dunkin Donut sambil tunggu flight. Tepat jam 12.00 tengahari kami pun terbang. Flying time sekejap je tak sampai sejam dah selamat mendarat di Kuala Terengganu Airport. Hari itu cuaca agak berawan dan flight agak goyang...seriau juga tapi nak juga travel...hehe

Sunyi je KLIA2

Breakfast dulu

Awan nano

Keluar je dari Departure Hall, pekerja Taaras Hotel dah menunggu dan kami di bawa ke Taaras Lounge sementara menunggu van untuk ke Jeti Merang. Sempat lah minum-minum kopi sambil makan cookies. Jam 1.45 petang kami gerak ke Jeti Merang yang jauhnya lebih kurang 45 minit dari KT Airport. Tiba di Jeti Merang, bot sudah ready menunggu. Kami naik speedboat yang agak kecil sebab penumpang berempat je termasuk 1 couple mat & minah salleh. Sebelum naik bot kena beli dulu ya tiket Taman Laut Redang dengan harga RM5 seorang. Tepat jam 2.30 petang, bot pun meluncur dengan laju nya. Siapa yang tak tahan mabuk laut silalah makan pil mabuk awal-awal. Lebih kurang 45 minit dilambung ombak kami pun tiba di Jeti Redang. Van Taaras dah siap sedia di jeti dan terus bawa kami direct ke hotel yang tidak berapa jauh iaitu lebih kurang 15 minit. Kami stay 2 malam je di Redang ini. Alhamdullilah bilik kami diupgrade ke premier suite so bilik memang agak besar dan siap jacuzi lagi. Thanks Taaras Resort & Spa.

Lounge The Taaras di KT Airport

Lepak dulu

Ini van ke Jeti Merang

Jeti Merang yang tenang

Jom naik speed boat

Masa untuk dilambung ombak

Jeti Pulau Redang

Bot-bot nelayan di Jeti Pulau Redang

Van transfer ke hotel

Alhamdullilah tiba di Taaras hotel

Halaman lobi

Naik shuttle ke bilik pula

Lupa pula nak request deco Anniversary

Bathroom yang besar

Living room

View dari balcony

Lepas check in perut dah rasa lapar, so kena lah cari makan. Sebab tak familiar lagi area hotel ini so kami makan di hotel restaurant je. Harga pun boleh tahan juga..sebab dah lapar belasah jelah.

Late lunch & dinner terus

Perut pun dah kenyang jom kita ronda-ronda area hotel dan ke recreation counter untuk booking snorkeling package pula. Malangnya penuh pula hotel punya snorkeling package. Itulah tak nak booking awal-awal. So tanya-tanya penduduk local ada tak snorkeling trip. Alhamdullilah dapat snorkeling trip dengan private boat dua orang dengan harga RM350 which is jauh lebih murah berbanding pakej hotel. Itu namanya rezeki. Malam kami berehat je setelah seharian perjalanan.

Explore kawasan hotel

Pool hotel...ada 1 lagi di bahagian sebelah

Jom ke laut

Lepak di floating jetty

Banyak ikan

Di hujung jetty....esok kita turun laut


Day 2 : Snorkelling Trip Redang

Pagi breakfast dulu kenyangkan perut. Snorkeling trip bermula jam 10 pagi, captain boat nama Shahril datang jemput kami di floating jetty Taaras so bermulalah snorkeling trip kami ini yang akan stop di 3 tempat dan dijangka mengambil masa lebih kurang 3 jam. So layan photo jelah ya...rugi pula tak bawa underwater camera untuk merakam keindahan coral dan ikan-ikan Redang. Rakam di memori ingatan je lah.

Breakfast dulu

Makan ringan-ringan alas perut...

Lepak pantai sambil tunggu snorkeling time

Berehat sebentar selepas kekenyangan breakfast

Ok jom snorkeling time

Ingat bot yang besar rupanya bot di sebelah

Lepas stop di 1st point snorkeling, kami di bawa ke sand bank...tak tau pula ada sand bank di Redang. 9 tahun lepas datang tak de pula singgah di sand bank ini. Boleh tahan cun ala-ala Maldives..boleh jengok page blog kami ke Maldives di belakang ya..

Tempat snorkeling 1st

Tengah busy bagi makan ikan

Feri besar dari Kuala Terengganu...belakang tu Hotel Laguna

Dah nak sampai sand bank

No caption lah....tak tau nak tulis apa...

Ala-ala Maldives

Thanks brader boat tolong ambil kan gambar

Sand bank yang memanjang

                                                              Sand bank Redang

Selepas ke sand bank kami di bawa ke snorkeling point yang ke-2. Ada gua kecil di sini so boleh lah berenang masuk ke gua tu...Agak sempit juga di dalam.

2nd snorkeling point

Berenang masuk gua tapi tak bawa phone nak ambil photo

Snorkeling point yang ke-3 agak menarik iaitu Turtle Point. Kalau nasib baik dapat berenang lah bersama si penyu. Sebelum tengok penyu, abang bot kata kena mencandat sotong dulu untuk tarik penyu datang sebab penyu suka makan sotong. Alhamdullilah dengan sekali baling pancing je sotong pun dapat. Memang rezeki penyu lah..agak besar juga sotong tu buat goreng tepung pun sedap. Ok layan jelah photo dan video penyu ni.

Kita candat sotong dulu

Potong kecil-kecil untuk si penyu

Dia mari dah

Jom berenang dengan penyu

Sangat jinak especially kalau ada sotong

                                                      Sessi swimming bersama penyu

Lepas penyu kenyang sotong dah habis, kami pula lapar so ajak brader boat pergi ke pantai tak jauh dari Turtle Point. Kebetulan brader bot ni pun ada kedai makan kat pantai itu so kami ke sanalah. Layan goreng pisang, keropok lekor dan teh ais memang best dan padu time panas-panas ini. Sempat lagi tapau nasi kukus ayam rempah untuk makan lunch di bilik nanti. Setelah puas berehat dan melepak tepi pantai, kami pun minta dihantar semula ke Jeti Taaras. So far memang puas hati dengan servis yang diberikan. Sesiapa berminat boleh contact Shahril seperti nombor di bawah.

Parking boat dulu

Singgah warung minum dulu

Boleh call number ni untuk service di Redang

Best minum teh ais time panas-panas ni

Pantai dekat dengan Turtle Point

Balik bilik, kami pun berehat, makan, solat dan tidur sekejap. Lebih kurang jam 5.30 petang turun ke pantai lagi. Rugi lah sebab esok dah nak balik. So aktiviti petang ini nak main kayak pula. Sewa kayak transparent dengan hotel dan maka berkayak lah kami. Setelah penat berkayak, sessi mandi laut dan snorkeling di pantai depan hotel. Banyak juga ikan area ini.

Lunch di bilik tapau nasi dari warung tadi

Sessi kayaking pula

Orang belakang lah yang kayuh

Acah-acah kayak

Mentari petang di Redang

Sessi mandi laut pula

Banyak ikan air crystal clear

Sessi berendam

Langit dah gelap dah jom balik

Sapa nak candle light dinner by the beach pun bole...harap tak hujan lah

                                                            Tengok ikan celah batu

Malam pula kami cari makan di luar Taaras Hotel. Nasib baik ada kedai makan yang nampak ok berdekatan pintu masuk Taaras. Jimat sikit makan di situ dan makanannya pun agak sedap. Malam kami tidur mimpi ikan-ikan di laut.

Restoran tak jauh dari Taaras Hotel

Sedap juga food dia...berbaloi


Day 3 : Redang-KT-KLIA2-Melaka

Kejap je percutian 3 hari 2 malam di Redang ini dan hari ini dah nak check out. Pagi kita breakfast dulu. Lepas breakfast plan nak fly kan drone tapi malangnya tak boleh nak take off pun dan keluar warning no fly zone di sini. Maybe dekat sangat dengan airport Redang kot. So bila misi drone tak berjaya, kita terjun laut lagi mandi dulu puas-puas air laut Redang yang best ini. Tepat jam 11 pagi dah ready untuk check out sebab bot ke Merang pada jam 12 tengahari. Kali ini bot balik agak besar sebab ramai pula penumpang dari Taraas ini.

Last day breakfast

Dapat nasi dagang

View yang bakal dirindui

Sempat main buai

Jernihnya air laut

Percubaan nak fly drone tapi gagal

Taaras Hotel

Check out time

Balik naik bot ni

Banyak ikan di Jeti Redang

Ikan lagi

Alhamdullilah lebih kurang jam 12.30 tengahari kami selamat tiba di Merang. Perjalanan seterusnya ke Kuala Terengganu airport pula. Tiba di airport lebih kurang jam 1.30 petang. Hmmm lama lagi ini flight jam 5 petang. So after solat, kami sewa kereta melalui car rental counter di airport tu. Dapatlah sewa axia untuk 2 jam dengan harga RM40. So jalan-jalan ronda area airport, tengok drawbridge yang baru itu dan makan seafood celup tepung area airport. 

Cari kereta sewa di Airport

Pusing-pusing kampung En. Suami

Ini port makan celup tepung

Alas perut sebelum balik

Lebih kurang jam 4 petang kami tiba semula di airport dan ready untuk terbang ke KLIA2. Alhamdullilah perjalanan balik ke rumah selamat dan sekian kisah percutian meraikan anniversary kami yang ke 17 ini di Pulau Redang. Semoga tahun depan dapat sambut lagi tempat lain pula. InshaAllah.