Wednesday 14 August 2019

Day 4 : Shanghai - KL

Hari untuk pulang ke Malaysia telah tiba. Pendek je trip kali ini. Check out from hotel jam 10.30 pagi dan naik shuttle ke airport jam 10.40 pagi.


Posing sebelum balik..thanks Orked ambikkan gambar

Naik shuttle hotel ke airport

Tiba agak awal di airport, kaunter MAS belum buka lagi so kami lepak di halal restaurant yang ada di airport. Ada satu ini je pun restoran halal yang ada. Makan ringan-ringan sebab dah breakfast di bilik dan tumpang solat jamak zohor/asar di belakang restaurant.


Dah sampai airport Pudong Shanghai

Ada restoran halal di 1st floor

Jemput masuk

Macam-macam food ada...Turkish, Chinese..nasi lemak je takde

Dalam restoran

Lazat sehingga menjilat lidi satay...hehe

Pintu satu lagi

Tumpang solat belakang restoran..sejadah disediakan

Urusan check in dan boarding berjalan lancar cuma flight tak berapa baik. Banyak kali turbulence. Alhamdullilah tiba di KLIA jam 8 malam dan gerak ke Melaka. Selesai trip jimba kali ini ke Shanghai dan Disneyland. Walaupun mencabar tapi enjoy dan tak serik. InshaAllah berjimba lagi ke next destination.


Hasil shopping di Shangai

Bawa balik buah ke Malaysia..mangga, ceri dan peach

Total cost per person lebih kurang seperti di bawah :
  • Flight ticket = RM 1300
  • Hotel = RM 614.80
  • Disneyland = RM 223
  • Sim Card = RM 17
  • Shanghai Tower = RM 100
  • TOTAL = RM 2254.80
Ini tak termasuk public transport, parking di KLIA, makan dan shopping. Anggaran kasar still within budget iaitu RM3000.

Day 3 : Shanghai City Sightseeing

Hari ini plan akan ke Shanghai city setelah seharian di Disneyland semalam. Pagi macam biasa breakfast nasi lemak pak Brahims lagi dan termiss lagi shuttle jam 8.30 pagi untuk ke Metro Station. So kena lah naik shuttle jam 9.00 pagi. Ikut weather forecast hari ini akan hujan seharian so payung dan rain coat semua dah ready.


Breakfast nasi lemak pak Brahims

Naik shuttle hotel ke Metro station

Shuttle from hotel akan dropkan kami di nearest Metro Station iaitu Kangxin Highway Station. Kalau tengok Metro Map Shanghai ini boleh tahan juga busy nya banyak line macam di London dan Tokyo. Sebab planner dah study kita follow je.


Metro Station yang terdekat

Beli tiket dulu

Tunggu Metro ala-ala LRT/MRT kat Malaysia

Dalam Metro tak ramai orang lagi

Tiba di Shanghai city macam terkagum sikit dengan skyscrapers dan kebersihan bandarnya. Tapi pagi itu macam mendung dan tak nampak langit biru. Kalau tak sure lagi cun. Layan photos Shanghai city dulu....








Destinasi pertama ialah Shanghai Tower. The tallest tower in Shanghai. Entrance fee ialah RM 100 dan dah dibeli secara online. 
Jom ke Shanghai Tower

Inilah Shanghai Tower...tinggi..

View from Shanghai Tower

Gayat

View dalam tower

Boleh tengok 360 view

Selepas puas di Shanghai Tower, perut dah lapar so kita makan dulu. Naik Metro lagi dan ke Restoran Hong Chang Xing yang terletak di Yunnan South Road. Restoran ini adalah the oldest muslim restaurant in Shanghai. Nasib baik sempat sampai sebab restoran buka sampai jam 2 petang je dan buka semula jam 5 petang. Tengok menu rambang mata dan kami order seadanya. Food best dan harga pun reasonable.


Dah hujan sila keluarkan payung

Public toilet tapi tak check pulak kat dalam...ok kot

Bangunan restoran halal

Antara menu yang ada. Harga pun ok

View dalam restoran. Tak ramai sebab dah nak tutup

Orked buat apa tu?

Yummy....sedap sehingga menjilat chopstick

Selepas isi perut, kena lah menunaikan kewajipan pula. Lebih kurang 1 KM dari restoran ada masjid iaitu Fuyou Road Mosque, so kami berjalan kaki ke sana sambil membakar lemak. Time ini dah hujan, so struggle juga jalan dalam hujan ini.


Fuyou Road Mosque

Dalam bahagian masjid....cantik

Ruang solat lelaki

Bahagian dalam masjid...luas

Geng awek Masjid Shanghai
Selepas solat kami ronda-ronda di area Yuyuan Garden Mall, hajat di hati nak ke Yuyuan Garden tapi macam tak sesuai sebab hujan so jalan-jalan area masjid. Klasik juga kawasan sekitarnya. Layan gambar ya..gigih berjalan dalam hujan gerimis.










Beli sebiji dua

Manis...so sweet

Macam-macam buah ada

Next, shopping time. Dah sampai di China ini kenalah shopping sikit kan, so kami ke Xinyang Fashion & Gift Market. Area ini underground shopping area connecting dengan Metro Area. Untuk ke sini boleh stop di Science and Technology Museum Metro. Namanya je Museum Metro tapi tak singgah museum pun. Ada banyak kedai di sini dan tutup jam 8.30 malam. Layan je lah geng jimba ini shopping.


Dah sampai tempat shopping

Banyak shops dalam ni

Pilih jangan tak pilih

Macam-macam souvenir ada

Geng shopping dengan tokey kedai

Suka uncle ini banyak shopping kedai dia

Barang dagangan
Setelah shopping, plan shopping sikit je tiba-tiba penuh satu stroller. Kesian Orked tak dapat naik stroller sebab penuh dengan barangan shopping.

Ikut itinerary, selepas shopping nak ke the Bund. The Bund ini macam waterfront area di mana kita bole tengok view Shanghai Skyscraper waktu malam. Ala-ala Victoria Harbour di Hong Kong. Untuk ke sini kena naik Metro ke East Nanjing Road.

Keluar je dari Metro station, hari dah gelap dan hujan pun dah reda. Tapi ramainya orang tak boleh nak cakap. From metro kena jalan lebih kurang 1 kilometer ke The Bund. Agak mencabar juga lah dengan stroller yang penuh muatan dan orang yang ramai.

Akhirnya tiba juga di The Bund, memang cantik lah view nya tapi ramai sangat orang. Kena betul-betul bertabah.
















Time nak balik ke hotel rasa tak larat nak mengharung jalan ke Metro, so kami decide ambil DiDi jelah. DiDi ni macam Uber/Grab. Alhamdullah dapat DiDi balik ke hotel dengan bayaran 125 yuan. Oklah sebab jarak ke hotel agak jauh juga.


Tak larat nak jalan ke Metro. Tunggu abang DiDi je

Dah selamat dalam Didi car..otw balik ke hotel

Macam jambatan ke Pengerang

Didi car kami...ramah drivernya walaupun guna bahasa ayam itik

Sampai di bilik, kemas-kemas barang dan dinner pack nasi Kembara.