Wednesday 14 August 2019

Persediaan Gymba Trip Disneyland Shangai (27-30 June 2019)

Dah lama kan kita tak berjimba. Kata office mate secara tiba-tiba. Ha jom kata saya. Nak pergi mana? Cari yang bajet below RM 3000. Last sekali kita pergi Jeju dan sebelum itu Taiwan.  Apa kata kita pergi Shanghai, ada Disneyland. Ok apa lagi sila survey ticket dan ajak lagi siapa yang nak join.

Dengan kata sepakat, Shanghai Disneyland telah kami pilih. Kali ini trip disertai oleh 4 orang dewasa dan seorang kanak-kanak.  Puteri as planner, Wan - AJK makanan, Kim - AJK rohani dan saya by default jadi leader sebab paling tua senior.

Ini location Shanghai ya

Ticket flight, hotel booking, itinerary, attractions ticket semua diuruskan oleh Puteri atas persetujuan bersama. Wan pula sebagai AJK makanan kena pastikan bekalan makanan cukup. Kim pula AJK Rohani kena check time solat dan di mana nak solat nanti.

Ok untuk tiket kami pilih MAS sebab timing yang bersesuaian dan harga pun agak ok. Harga tiket MAS yang kami dapat seperti berikut. Maybe boleh dapat lebih murah lagi time promo. Flight from KL ke Shanghai Pudong ini mengambil masa lebih kurang 5 jam je, takde lah jauh sangat...hehe...

Rate flight MAS untuk 5 orang

Untuk hotel pula, kami memilih Courtyard Shanghai International Tourism and Resorts Zone. Agak panjang nama hotel ini tak tahulah kenapa. Sebab kami memilih hotel ini sebab :

1) Free shuttle from airport to hotel
2) Free shuttle from hotel to Disneyland
3) Free shuttle from hotel to Metro Station

Harganya pun agak ok iaitu RM 2459.20 untuk 3 malam 2 bilik bagi kami berlima. Booking dibuat direct dengan hotel website.

Untuk itinerary pula seperti berikut :
Day 1 : KL - Shanghai
Day 2 : Disneyland
Day 3 : Shanghai city sightseeing
Day 4 : Shanghai - KL

Kiranya memang short vacation, mana boleh cuti lama-lama bos marah nanti office takde orang.

Tiket Disneyland (RM 223) dan Shanghai Tower (RM 100) per pax dibeli online melalui web Klook. Kenapa Klook sebab mudah dah dapat claim rebate melalui Shopback nanti. Siapa nak tau pasal Shopback boleh download apps Shopback ini dan dapat rebate daripada pembelian online daripada web seperti Lazada, Agoda dan banyak lagi. 

Untuk kegunaan wifi di sana, kami beli simcard secara online daripada web hello1010.my dengan harga RM 65. Kami beli 2 simcard dan akan dipasang pada portable modem yang memang dah sedia ada. So, boleh share multiple users.

Portable modem yang dibawa dari Malaysia
China Sim Card yang dibeli online

Satu lagi perkara yang penting untuk ke China ini ialah visa. Visa kena apply di China Visa Application Service Centre di KL dengan bayaran RM100 dan boleh siap dalam masa 4 hari. Kalau nak express pun boleh tapi kena bayar mahal lah sikit. Borang application visa boleh didownload from website. Isikan awal-awal dan attachkan dokumen yang diperlukan seperti gambar 2 keping, tiket flight, hotel booking dan lain2. Sila baca arahan betul-betul kalau tak nanti kena reject rugi masa je pergi hantar.

Building tempat buat visa - Hampshire Place Office, KL
Ramai 2 jam tunggu turn
Tabah menunggu turn. Pastikan dokumen lengkap

Oh ya, musim yang kami pergi ialah musim summer...cuaca akan dijangka panas macam Malaysia so tak perlu lah nak bawa winter cloth bagai. Kami cuma standby payung dan rain coat je sebab biasanya hujan waktu peralihan ke musim summer ini.

Untuk currency, Shanghai yang terletak di Republic of China ini guna matawang  Renminbi tapi biasanya dipanggil sebagai Yuan. Rate lebih kurang RM 500 dapat 800 yuan.


Duit Yuan
Ok semua preparation dah cukup, visa pun dah approve so apply cuti lah...nasib baik bos bagi...ok jom jalan Shanghai & Disneyland.
Visa dah ready...jom jalan

No comments:

Post a Comment