Wednesday 14 August 2019

Day 2 : Disneyland Shanghai

Hari yang ditunggu pun telah tiba, hari berjimba di Disneyland. Disneyland Shanghai ini adalah the newest in the world and the biggest in Asia.

Pagi sebelum gerak ke Disneyland, kita isi perut dulu dengan breakfast nasi lemak pak Brahims bersama telur rebus yang dibawa dari Malaysia. Rushing breakfast sebab dah book shuttle jam 7.30 pagi tapi akhirnya terlepas juga shuttle dan naik next shuttle jam 8.00 pagi. Disneyland ini dibuka jam 8.30 pagi tapi baca review yang orang biasanya ramai dan dicadangkan untuk pergi awal. Ikut weather forecast hari ke dua ini adalah panas. Oklah panas dan jangan lah hujan. 

Tiba di Disneyland, tengok ramai betul umat mostly local Chinese. Rasanya kami je yang bertudung time tu. Gigih beratur 2 jam sepanjang 2 kilometer untuk bag inspection dan  ke ticket entrance. Bag akan diperiksa sebelum masuk dan segala bentuk makanan adalah tidak dibenarkan. Kalau bawa sia-sia kena buang. 

Semangat berjalan menuju ke Disneyland
Sangkut jem ramai betul manusia

Q untuk ke bag inspection. Diorang lepaskan batch by batch untuk elakkan jem

Check bag. Segala bentuk makanan akan dibuang

Q untuk ke kaunter tiket pulak. Last gate sebelum masuk dalam Disneyland

Kebetulan hari kami pergi ini memang super peak (padahal hari Jumaat bukan weekend pun). Bila buka apps Disneyland, keluar alert yang tiket semua dah sold out, kalau siapa walk in tak dapat tiket, tiket untuk yang dipurchase online je boleh masuk. Nasib baik dah beli online kalau tak sia-sia je datang. Since tiket dah beli, nak tak nak kena lah beratur juga untuk masuk.


Boleh check waiting time dalam Disneyland apps. Bertabah lah menunggu

Jam 10.30 pagi barulah dapat masuk dan bernafas sikit, hari pun dah mula panas sebab musim summer. Jam 5 pagi dah cerah sebenarnya sebab subuh jam 3.30 pagi. Ok layan je photo dalam Disneyland dan tak banyak ride yang sempat kami naik sebab waiting time lama sangat. Kami stay sehingga ke kemuncak firework show jam 8.30 malam. Banyak lagi attractions dalam Disneyland ini tapi kami tak sempat nak cover. Kena repeat lagi ni..hehe


Yeah...akhirnya dapat tiket masuk

Area pertama selepas gate tiket

Jom masuk

Ada Tron ride. Lama kena tunggu ni

Naik ni dulu, Hampir tak dapat naik sebab tiba-tiba rosak pulak

Dah lapar kita lunch dulu. Seafood platter

Pop corn pulak

Perut dah penuh kita naik ini

Jom ke Castle....cantik

Selfie dulu group gymba

Dalam castle, ada story teller

Posing sikit dalam castle

Naik boat cruise

Ada sinbad

Castle view dari boat

Naik kuda

Family photo

Lumba kereta


Cari port solat....kawasan tepi-tepi yang agak tenang

Malam sudah

Castle waktu malam

Ramai yang tunggu

Yeah Disneyland...
Belanja video show sikit

After puas berjimba seharian di Disneyland, kami balik ke bilik dan dinner Nasi Kembara je.


Sedap juga nasi kembara ini. 

No comments:

Post a Comment