Friday 30 March 2018

Road Trip ke Hatyai, Thailand 15 - 17 Feb 2018

Salam semua, kali ini say nak berkongsi percutian singkat road trip ke Hatyai, Thailand bersama family En. Suami. Peserta-peserta trip terdiri daripada 15 dewasa dan 12 kanak-kanak dengan menggunakan 3 MPV dan 2 kereta. Sempena cuti Chinese New Year yang agak panjang ini apa kata kita jalan-jalan.

Stop untuk beli car insurance Thailand
Inilah kedainya

Ada display rate untuk related documents
Bila kami tiba di immigration Malaysia. Wow. Bangunan baru...dah macam control border nak masuk Singapore. Last time pergi dulu macam koboi je...hehe. Bila tiba di border Thailand, wow juga sebab dah ada building baru. Sistem pun dah lain juga. Mula-mula owner kena pergi register kereta di kaunter yang terletak di Main Building, waktu tu boleh lah parking kereta di tepi dulu. Waktu register kereta kena make sure geran kereta kena ada. Tak kisah lah yang original atau salinan. Kalau bawa kereta orang lain, authorization letter daripada owner wajib ada. Selepas register kereta, ambil form registration masuk kereta semula dan beratur lah ke drive thru counter bersama semua passenger. Tapi takde lah drive thru sangat sebab bila sampai di kaunter semua passenger kena turun juga untuk scan muka. Time ini hulurkan lah sekali form TM2/3 dan car registration tadi. Kalau dulu-dulu kena selit duit RM1 dalam setiap passport kalau tak nanti dia tolak tepi je pasaport kita, ingat kali ini dah tak perlulah sebab dah ada system baru, hmmm rupanya dah up ke RM2 setiap seorang dia minta. Bagi jelah dan jalan.
Building Malaysia Immigration yang baru
Border nak masuk Thailand

Thailand Border control yang baru

Scan muka jangan tak turun kereta pula
Yeah sampai Danok, Thailand





Bilik yang selesa dengan harga yang reasonable

Inilah hotelnya BP Grand Hotel Hatyai

Halal café lagi di hotel
Good morning Hatyai - view from hotel room


Jom breakfast di sini
Mari naik tuk-tuk ramai-ramai

Hatyai Market

View from 2nd floor market, macam-macam ada atas kedai...hehe

View dari depan market

Main entrance market

Shopping ler....

Shopping lagi...

Shopping buah lagi best...

Pekena pulut manga pula
Ke floating market kita...
Barisan sampan-sampan yang jual food
Gerai atas darat pun ada
Jual air dalam bekas tembikar...boleh pilih design
Guna kayu untuk urusan jual beli
Jual apa tu makcik....
Sedap gak sup ni
Macam-macam air ada
Air kelapa buluh betung & telur puyuh
Manis sungguh nenas ni...
Macam-macam ada
Seafood goreng pula....
Pulut manga lagi
Somtam pula...
Suasana floating market
Lagi malam lagi meriah
Greenway Night Market pula

Cuci mata shopping

Ramai juga orang

Ada food court senang nak makan

Pilih je cari yang halal

Kena beli pre-paid dulu sebelum beli food

Antara halal stall
Jalan-jalan area Lee Gardens

Hotel yang pernah kena bom dulu

Bestnya ice cream coconut

Udang besar-besar

Pulut manga pulut durian pulut ayam....

Pekena seround sebelum balik
Bye Thailand....

Kena turun lagi di Immigration counter

Counter 8 untuk return car document...jangan lupa pula