Tuesday 19 June 2018

Day 4 Maldives: Hulhumale - KLIA2

Aktiviti hari ini takde apa cuma travelling back to Malaysia je. Pagi seperti biasa breakfast di hotel. Pagi ini ada capati dan kuah kentang dhal.
Simple buffet breakfast
Jam 9.00 pagi shuttle datang ke hotel untuk pick up ke airport. Rate transfer sama waktu datang hari itu USD 50 per shuttle. Sebelum shuttle datang, sempat lah ronda sekitar hotel dan pantai depan hotel.
Boleh buat cndle light dinner di sini

Pantai tepi hotel

Siapa nak order dosa?..

Buildings near hotel

Banyak construction area ni
Agak lewat juga kami gerak sebenarnya sebab flight jam 11.10 pagi. Memang hotel agak dekat tapi queue di counter check in dan body check agak panjang. Cara mereka kerja pun macam rilex and santai je. So kami quite rushing dan tak sempat nak window shopping di Male Airport. Nasib baik sempat tukar rufiya yang tak habis tu. Alhamdullilah tak tertinggal flight. Kalau tak kena stay lagi lah di Maldives.
Sea plane terminal near airport
Sekian sahaja laporan vacation ke Maldives bersama keluarga seramai 12 orang ini selama 4 hari 3 malam dengan bajet lebih kurang RM3000 seorang all in. Rasanya sangat berpuas hati dan menjadi kenangan terindah buat semua. Ada rezeki boleh pergi lagi ke pulau yang lain pula ya. Mana tau boleh naik seaplane pula. InshaAllah. Jika ada yang nak tau lebih details berkenaan trip boleh PM saya ya. Sehingga berjumpa di destinasi lain. Kbai..
Male city...padat

Bye Maldives...ada rezeki pergi lagi....

Day 3 Maldives : Full Day Snorkeling Trip

Hari ini, kami mengambil full day snorkeling trip dengan pihak hotel. Harga untuk trip ini ialah USD59. Apa yang include in this trip seperti berikut:

Pagi jam 8.30 kami dah standby di lobi. Sebelum itu perut telah diisi dengan breakfast di hotel. Walaupun hotel bajet, tapi breakfastnya quite ok dan mengenyangkan. Kami dihantar ke jetty yang sama untuk ke Male dan tunggu boat untuk snorkeling trip. Group lebih kurang 20 orang termasuk kami.

Naik lori ke jetty


Inilah bot kami

Posing sikit dalam bot

Mimi takut-takut nak bergambar di hujung bot

Eusoff rilex je
Destinasi pertama ialah ke Sand Bank.  Crew UI hotel ada 3 orang dan seorang boat captain. On the way ke sand bank captain akan cari kalau ada dolphin. Pagi itu, kami so lucky dapat tengok dolphin dengan banyaknya. Diorang ini siap buat show pula. Nampak macam jinak dan tak takut dengan boat/orang. Tak seperti di Sydney waktu kami join whale/dolphin trip...dolphin nya agak sombong dan malu-malu...cuma beberapa ekor je muncul. Tapi rezeki kami baik di Maldives meriah dengan dolphins Alhamdulilah. Layan video dolphin....



Next trip diteruskan ke sand bank. Jauh juga nak ke sand bank ini lebih kurang sejam lebih baru sampai. Sand bank ini kalau dalam bahasa melayu dipanggil beting pasir rasanya. Ianya macam sekeping pantai tapi dikelilingi lautan luas. Cerita pun susah, kita layan je apa tu sand bank. Tapi sand bank ini memang menarik, mandi pun best sebab airnya cetek dan clear. Cuma panas matahari lah. Lagi pun tak boleh lama-lama di sand bank sebab pasir pantainya makin lama makin kecil dan air makin dalam. Oo ya untuk ke kawasan sand bank, perlu transit menggunakan boat kecil. Boat besar yang kami naik awalnya tadi tak boleh access terus ke sand bank.

Inilah sand bank nya...

Mandi tengah laut

Abah

Emak

Lambai sikit pada drone

Macam-macam gaya lah...bot crew pandai ambil gambar

Lompat tinggi-tinggi

Eusoff jadi mermaid...angkara boat crew Maldivian



                                  Sand bank view from drone


Selesai di sand bank, kami di transfer semula ke boat. Lepas ini aktiviti snorkeling pula bermula. Kalau tengok air di sekeliling boat gelap sungguh takkan snorkeling di sini. Rupanya boat tak boleh terlalu dekat dengan coral so kena snorkeling jauh sedikit. Snorkeling kali ini lain sikit, kena pergi dalam kumpulan dan follow crew. Crew akan tarik kita guna life buoy. Maksudnya semua pegang life buoy itu supaya senang ditarik ke snorkeling area. First time terjun, jenguk ke bawah...uish dalamnya nampak gelap je dengan sedikit sinaran cahaya matahari. Selepas ditarik ke kawasan coral barulah nampak cantiknya coral dan underwater life. Ok layan photo underwater pula...




Tapi kalau nak compare, rasa macam underwater Pulau Redang yang tercantik. Family kami memang suka aktiviti air dan snorkeling. Almost every year akan ke pulau. So far pulau yang dah pergi Redang, Tioman, Pangkor, Krabi, Pulau Weh Aceh, Perhentian, Payar Langkawi dan Mabul. Ingat nak ke Pulau Gaya dan Sapi di Kota Kinabalu last year tapi takde rezeki.


Ok sambung semula cerita Maldives. After snorkeling semua kembali ke boat. Kami diberi pack lunch. Perut dah lapar so tak sempat snap gambar lunch. Simple lunch tapi menyelerakan sebab dah lapar. Lunchnya diberi mee (macam maggi) lauk ayam goreng, sosej, buah dan air kotak oren. Perut dah kenyang so kita pergi ke next destination.
Best happy jus ni...
Destinasi seterusnya ialah local island untuk lihat macam mana life Maldivian sebenarnya. Kami akan di bawa ke sebuah pulau bernama Immafushi. Jauh juga nak ke pulau ini dari sand bank. Dekat dua jam rasanya. Boat pun rasanya macam bergerak perlahan je. So atas boat ada yang tidur, ada yang berangan ada yang ber FB & insta sementara nak tunggu sampai ke pulau Immafushi.


Akhirnya selepas dua jam kami tiba di pulau Immafushi tu. Kecil dan simple je pulau ini. Tapi semua benda ada, klinik, sekolah, makhamah, balai polis, masjid dan lain-lain. Penduduk pun tak ramai. Sekali tengok macam pulau Mabul pun ada. Di pulau tu ada 1 je guesthouse dan kebanyakannya mat salleh yang stay. Souvenir shop pun ada tapi agak mahal compare to Male.
Police Station Immafushi

Bersih je

Maldivian house...ada kerusi lepak-lepak

Bot-bot di Immafushi

Rumah diperbuat daripada coral

Selepas round pulau, kami naik semula ke boat untuk balik ke Hulhumale. Dalam hati berdoa je supaya cepat  sampai sebab masing-masing dah penat. Baru je boat bergerak dari pulau, boat stop lah pula. Rupanya, ada problem sikit pada enjin dan sauhnya. Kena lah crew dive ke dalam laut betulkan apa yang patut. Alhamdullilah settle kalau tak sangkut pula kami di tengah laut. On the way balik hujan lah pula so kebasahan lah kami yang lepak di bahagian atas boat ini.

Akhirnya lebih kurang jam 4.30 petang Selamat sampai  ke jetty Hulhumale. Snorkeling trip service pun tip top, sepanjang trip kami diberi towel, tembikai, biskut, air kotak dan air mineral pun free flow. Takde limit sebotol seorang ke apa. Tiba di jetty kami dihantar semula ke hotel. Tiba di lobi hotel, kami disuruh duduk dulu sebab diorang nak serve tea and snack pula. Kitorang dah rushing sebenarnya nak kejarkan solat jamak zohor dan asar tapi layankan jugalah sekejap diorang nak serve tea itu. Itulah walaupun hotel biasa-biasa customer service tetap terbaik. Trip crew pun friendly rajin melayan si cilik Eusoff yang baru setahun itu.


Malam itu aktiviti free and easy. En. Suami pula demam malam itu, so kami takde lah keluar dinner, cuma pesan makanan pada adik-adik yang keluar. Dinner malam tu mereka tapaukan roti paratha cicah ikan masak lemak. Sedap juga. So end of day 3 dan last night di Maldives kemas-kemas barang untuk balik ke Malaysia esoknya.
Roti paratha versi Maldives

Day 2 Maldives: Adaaran Club Rannalhi - UI Inn Hotel Hulhumale

Hari ke-2 di Maldives, awal pagi dah bangun sebab masih ikut tidur time Malaysia. So pagi tu, saya dah En. Suami keluar jogging. Mak pun ikut tapi walking je lah. Tak besar mana pun pulau resort ini. Sekali pusing dalam 1KM lebih je tapi memang best exercise sebab fresh air dan suasana pulau yang tenang.
Good Morning....

Jogging seround



Mak morning walk
Lepak jap lepas round island
Ada Herbs Garden belakang café
After burn sedikit kalori, kita top up pula kalori lagi dengan buffet breakfast. After breakfast free and easy sehingga check out time. Check out dan boat ready jam 12pm. Sempat juga lah terjun laut seround lagi pagi tu.



Breakfast dulu


Mimi & nenek lepak pantai


 Sempat terjun before check out


Nampak tak ikan yang kilat-kilat tu..


Akhirnya, vacation di Adaaran Club Rannalhi pun dah cukup time. Mampu stay 2 hari 1 malam je. Cukuplah rasa percutian water bungalow ala-ala Maldives ini. Service di resort ini agak baik dah boleh dipuji sejak dari jejak kaki ke resort sehingga kaki naik ke bot. Dengan birthday surprise lagi. Air mineral botol besar sentiasa di top up di setiap bilik. Complimentary red wine pun ada, patutlah mat salleh je ramai sini. Complimentary drinks and snacks pun free flow di Beach Bar.

Nak balik sudah


Bergambar kenangan dulu

Standby tunggu boat...boat dah ready

Last posing

Abah fikir bila lah nak datang lagi


Ok habis cerita Adaaran, hari ke dua ini kami akan check in di UI Inn Hotel di Hulhumale. Pindah ke hotel biasa-biasa je yang penting boleh rehat dan tidur. Boat dari Adaaran tiba di jetty airport lebih kurang jam 1 petang. So, plan kami terus ke UI Inn untuk check in. Setelah buat arrangement hotel transfer, kami ke hotel menaiki sebuah shuttle yang agak besar yang boleh memuatkan rombongan Cikgu Rashid yang seramai 12 orang ini berserta beg-beg. Charge yang dikenakan ialah USD50 per way. Sebelum ke UI Inn hotel, masing-masing dah beli sim card untuk internet. Ada yang 3G USD 16 ada yang 15GB USD 22. So bolehlah pilih yang mana. Waktu di Adaaran tak jadi beli sim card sebab ada free wifi di keseluruhan island.


Tiba di UI Inn, kami disambut juga dengan hot towel dan welcome drink. Regardless, hotel mewah ke hotel biasa, customer service memang tip top di Maldives ini. Ye la tourism kan top income for Maldives. After selesai check in, semua dah lapar. Tak tau nak makan di mana so kami book je ala cart lunch di hotel cafe. Not bad juga rasanya dengan reasonable price.


Pindah hotel dah...

Lunch di hotel...sedap juga

Menu di café hotel

Kos lunch ...gst 12% + service charge 10%...

Aktiviti petang, kami plan nak jalan-jalan Male City. Rugi pula dah sampai Maldives tapi tak pergi ronda-ronda Male ibu negara Maldives ini. Plan nak teroka sendiri je, study-study google dia kata dari Hulhumale kena naik feri ke Male USD1 oneway. Dari hotel ke jetty ferry, hotel charge USD 2 per way. Ada bas tapi takut timing tak kena. Hotel offer pakej Male sightseeing USD100 for all including hotel transfer, ferry dan tour guide. So fikir-fikir better ambil pakej  hotel jelah memandangkan ada baby dan warga emas. Lagipun semua first time di Maldives, mesti tercengang-cengang nak explore. Takpelah bayar lebih asalkan lebih selesa dan selamat.


Jam 4.00 petang, city tour ke Male pun bermula. Mula-mula hotel transfer ke jetty. Jetty kali ini tak sama dengan jetty di airport untuk ke resort semalam. Kali ini kami naik feri yang agak besar ke Male. Motor pun naik feri ini. Feri ini setiap 10 minit ada dan perjalanan ke Male city selama 15 minit. Tiba di Male, pekerja hotel yang escort kami kenalkan pada tour guide, Adam. So Adam pun bawa kami pusing-pusing sekeliling Male sambil terangkan serba sedikit fakta Maldives.




Feri ke Male

Eusoff naik feri...motor pun ada dalam feri

Antara tempat yang dibawa ialah Old Mosque, Grand Mosque, Parliament, fruit markets dan last but not least tempat shopping souvenir. Agak mahal juga barang-barang dia tapi kalau pandai pilih dan tawar dapat yang quite reasonable price.  Sebelum pergi, pekerja hotel ada pesan balik dinner di Hulhumale sebab di Male agak mahal. Keadaan di Male agak sesak dengan orang, motor, kereta dan boat. Pulau dia pun tak sebesar mana tapi sangat padat. So jangan book hotel di Male pula ya. Pening kepala nanti.

 

 
Family photo kat landmark Male...tak ingat building apa

Grand Mosque


Pasar buah

Shopping buah..beli betik & manga...manis sangat

Masjid lagi...cantik

Adam si tour guide

Parliament House 

Walking tour bakar lemak

Lagi family photo...Adam as photographer

Old mosque dibuat dari batu karang...unik dan cantik

Shopping time

Mimi beli apa tu?

Kaunter tiket feri ke Hulhumale

                         Balik sudah

Di penghujung tour, Adam hantar kami sehingga naik feri dan pekerja hotel dah siap menunggu kami sebaik saja tiba di jetty Hulhumale. Malam itu makan free and easy. Ada yang makan di cafe hotel ada yang pergi ke local shop beli mee segera dan roti. Penat rasa sepetang walking tour Male city ini. Tapi takde lah jauh sangat berjalan sebenarnya dalam 2 KM je pun. Ok end of day 2 di Maldives dan selamat tidur di UI Inn Hulhumale.
Balik bilik makan betik
Ok juga biliknya