Tuesday 19 June 2018

Day 1 Maldives : KL - Male - Adaaran Club Rannalhi

Flight ke Male pada jam 8.40 pagi, so kami yang dari Melaka 2 buah kereta bergerak pada jam 4.00 pagi. Ada  juga yang dari Bangi so berkumpul di KLIA2 pada jam 6.00 pagi. Alhamdullilah check in berjalan lancar dan fly as schedule.
Eusoff dan atok/nenek dah ready nak ke Maldives
Tiba di Male Airport pada jam 9.40 pagi Maldives time. Airport tak sebesar mana, tiba di immigration kena pula isi immigration form. Kenapa lah tak bagi waktu dalam flight tadi, kalau tak dah boleh terus fill in awal-awal. So kena lah isi form dulu baru beratur di counter immigration.
Arrival card yang perlu disi
Selepas collect luggage, terus keluar ke Arrival Hall, tukar duit ruyifa di Bank of Maldives yang terletak bersebelahan je dekat pintu arrival. Saya tukar USD100 dapatlah dalam 1500 rufiya. Slip tukar duit itu kena simpan ya sebab perlu untuk tukar semula rufiya yang tak habis nanti (kalau ada balance lah). Selepas itu, hajat di hati nak beli sim card untuk internet tapi ramai pula orang beratur. So, pergi lah cari counter Adaaran Club Rannalhi dulu untuk tanya bot ke resort jam berapa. Tunggu di counter tiada orang jaga pula. Tiba-tiba adik datang kata orang resort tengah cari untuk bawa ke bot. So tak jadi lah beli sim card sebab dia kata di resort pun ada jual.
Arrival Hall Velana Airport Male Maldives


Kedai jual simcard di airport


Adaaran Resort booth
Kami pun terus ke jetty yang terletak di depan pintu masuk airport. Speedboat dah ready kami pun bergerak ke resort. Perjalanan mengambil masa 45 minit dan bot tu memang laju. Nasib baik kami semua dah telan pil mabuk sebelum naik bot. After 45 minutes dilambung ombak (ombak takde lah kuat, air agak tenang tapi bot yang laju), akhirnya kami tiba di Adaaran Club Rannalhi Resort.
Speedboat ke Adaaran Club Rannalhi
                                
SubhanaAllah, terpegun jugalah dengan keindahan resort itu. Kedatangan kami disambut oleh pekerja resort dengan hot towel dan welcome drink. Waktu itu lebih kurang jam 12.00pm, tapi nasib baik dah boleh check in awal. Kami book 4 water bungalow untuk 1 malam je dan pakej all in termasuk lunch, dinner dan breakfast. Buffet lunch start jam 12.30pm, so kami masuk bilik dulu. Jauh juga jalan dari reception counter ke bilik iaitu lebih kurang 500m. Tapi nakkan water bungalow punya pasal kena lah jalan sikit tapi view memang cantik. Beach villa pun ada di resort ini dah rate nya kurang sikit berbanding water bungalow.
Dah sampai jom..



Simple je lobi dia



3 dara pingitan
Setelah berehat sebentar di bilik, kami pun berjalan semula ke restaurant yang terletak di belakang reception counter (jalan lagi 0.5KM) untuk makan, memang berbaloi lah sebab makan buffet, macam-macam ada tapi kena hati-hati juga ada yang tidak halal (ada label not halal). Tapi most of the foods adalah halal inshaAllah.
Salah satu bilik kami



Ada burung yang setia
Water bungalow

Drone view...bilik kami yang water bungalow putih 4 sederet
Selepas makan, balik semula ke bilik masing-masing (bilik pun tak jauh satu sama lain). Petang adalah aktiviti bebas. Selepas solat dan rehat, masing-masing terjun ke laut dari depan pintu bilik...setiap bilik ada sun deck dan memang sesuai untuk menikmati keindahan laut yang luas. Oh ya, on the way balik selepas lunch tadi, masing-masing dah sewa snorkeling set di water sport center. Rate untuk snorkeling set siap dengan fin ialah USD 10 dan snorkeling mask sahaja USD 7 untuk kegunaan 24 hours. For info, semua barang dan perkhidmatan di Maldives ini ada tax. Quite tinggi juga GST 12% dan service charge 10%. Untunglah Malaysia masih rendah...hehehe. Petang itu masing-masing bersnorkeling. Air laut di sekitar water bungalow sangat jernih crystal clear sehingga boleh nampak ikan dari sun deck. Ok layan photos & video resort je ya...tak perlu story banyak-banyak.
Jom buffet lunch


Main pantai lepas lunch

Jauh jalan gi lunch


Adaaran model


View dari menara tinjau
Jom terjun

Mandi - manda

Malam pula, kami bergerak ke restaurant untuk dinner pula. Tiba di meja (memang ada dedicated meja untuk each guest sepanjang stay duration), kami tengok siap ada deko ‘Happy Birthday’ pula, ingat salah meja tapi pekerja tu kata memang our table. So duduk jelah, maybe sebab dia tengok rekod birthday mak, abah & Eusoff dalam bulan April so diorang buat lah special table. Lepas je makan, tiba-tiba pekerja datang bawa kek...dia buat surprise pulak siap nyanyi lagu birthday. Kiranya mak, abah & Eusoff celebrate birthday di Maldives...so sweet kan...hehe. Untung Eusoff baru age setahun dah celebrate birthday di Maldives. Tak habis di restaurant, mak kata di bilik mak abah siap towel dideko special lagi. Bilik yang lain takde pun...
Ada deko-deko pulak

Surprise birthday cake
 
Rajin diorang buat ni..

Malam tu kami tidur dengan nyenyaknya di atas air setelah seharian dari Malaysia dan beraktiviti di Maldives. Good night Maldives.


No comments:

Post a Comment