Tuesday 19 June 2018

Percutian ke Maldives (14-17 April 2018)

Seperti kebiasaanya saya mengambil peluang berjalan-jalan sempena cuti umum Melaka Bandaraya Bersejarah yang jatuh pada 15 April. Suka berjalan pada date ini sebab negeri lain tak cuti dan harga ticket flight biasanya murah. 2017-Kota Kinabalu, 2016-Aceh, 2015-Hong Kong & Macau, 2014-Taiwan, 2013-Perth. So nak ke mana pula ya tahun 2018 ini.


Discuss punya discuss, tiba-tiba rasa apa kata kita ke Maldives. Apa lagi check lah harga ticket flight. Hmm...ok takdelah mahal sangat dalam RM 500 lebih je. Persediaan ke Maldives dibuat setelah selesai trip ke Jeju. Flight ke Maldives dari KL hanya ada Air Asia je. Dulu ada juga MAS. Flight dari KL ada 2 kali sehari iaitu jam 8.40am dan 6.55pm. Boleh pilih lah yang mana satu. Kami pilih flight yang jam 8.40am. Kenapa ya? Sebab rasa lagi untung flight pagi sebab boleh sampai awal di Maldives. For info, Maldives awal 3 jam dari Malaysia. Flight duration ke Maldives ialah lebih kurang 4 jam. So bertolak jam 8.40 pagi waktu Malaysia dan tiba di Maldives jam 9.40 pagi. Sampai-sampai terus boleh beraktiviti. Dulu nama airportnya Ibrahim Nasir tapi sekarang dah ditukar kepada Velana International Airport.

Maldives map (source : google)

Untuk hotel pula banyak je pilihan. Trivago kan ada. Ikut bajet dan theme percutian yang macam mana kita nak. Seeloknya gi Maldives ini boleh plan sendiri je tak perlu guna travel ejen pun. Based on Mr Google, Maldives ini terdiri dari beribu-ribu buah pulau atau dipanggil Atoll. Lebih kurang ada 2000 atoll. So terpulang pada diri sendiri nak stay kat Atoll yang mana. Ada yang besar ada yang kecil ada yang jauh ada yang dekat ada yang murah ada yang mahal. Ibu negara Maldives ini ialah Male. Airport pula terletak di Hullumale (pulau lain). So kalau nak ke Male city kena naik feri lah. Oo ya mode of transportation yang ada antara Atoll ke Atoll ini ada feri, speedboat dan juga sea plane.
Seaplane - lebih mahal dari flight KL-Maldives
Pulau yang famous di kalangan Malaysian ialah Maafushi, tapi kami tidak ke sana sebab jaraknya agak jauh dan sukar sikit untuk feri transfer sebab rombongan ada warga emas dan kanak-kanak. Trip kali ini seramai 10 dewasa dan 2 kanak-kanak. Currency di Maldives ialah Rufiya tapi tak boleh ditukar di Malaysia. US dollar memang widely use and acceptable di Maldives so kami tukar USD je. 1 USD lebih kurang 15 rufiya.
USD Notes


Rufiya Notes - tukar di Velana Airport Male 
So setelah explore nak stay mana, kami pilih mode percutian Maldives ini ala-ala mewah tapi bajet. Teringin nak stay kat water bungalow macam Hanis Zalikha tu tapi amboi mahalnya. Akhirnya jumpa juga water bungalow yang mampu stay iaitu di Adaaran Club Rannalhi dengan rate RM8228 untuk 4 water bungalow 2 hari 1 malam including lunch, dinner dan breakfast tapi tak masuk transport ya. Speedboat return ke hotel je dah USD150 per pax. Hotel macam biasa booking melalui Agoda. Tak semua private island resort ini kid’s friendly. Adaaran Club Rannalhi adalah antara resort yang boleh accept kid and infant. Mimi baru 5 tahun dan Eusoff the youngest baru je setahun.


Ke sini kita nanti Adaaran Club Rannalhi
Trip kali ini kami pergi 4 hari 3 malam. Cukup kot tak perlu lah lama-lama stay di pulau Maldives ini. Since, 1st night dah stay resort ala-ala mewah, so dua malam lagi stay hotel biasa jelah iaitu di UI Inn Hotel di Hulhumale dengan rate RM2001 untuk 5 bilik selama 2 malam.  Ok tak perlu cerita panjang. Boleh refer itinerary seperti di bawah :



Day


Date


Time


Itinerary


Day 1


14/4/18 (Sat)


Morning


·      Gather at KLIA2 @ 5.30 am

·      Depart to Male @ 8.35 am

·      Arrive at Male Airport @ 9.50 am

·      Purchase sim card for wifi data (3GB SIM for US$15 from Dhiraagu at MalĂ© airport)

·      Depart to Adaaran Club Rannalhi via speedboat. Wait @ Arrival Hall Airport


Afternoon


·      Arrive @Water Bungalow, Adaaran Club Rannalhi

·      Lunch

·      Check in


Evening & Night


·      Free & Easy

·      Dinner


Day 2


15/4/18 (Sun)


Morning


·      Breakfast

·      Free & Easy

·      Check out from Adaaran Club Rannalhi


Afternoon


·      Check in at UI Inn Hotel

·      Lunch (self)


Evening & Night


·      Sightseeing Male city

·      Dinner (self)


Day 3


16/4/18 (Mon)


Morning


·      Breakfast

·      Full Day Snorkeling trip (9 am – 5 pm) (including lunch)


Night


·      Dinner (self)


Day 4


17/4/18 (Tues)


Morning


·      Breakfast

·      Depart to KL @ 11.10 am

·      Arrive at KL @ 6.40 pm




Ok siap pack barang - topi jangan lupa...Jom ke Maldives kita

9 comments:

  1. Sis nak tnye speedboat 150usd tu brapa yee..mahal jugak speedboat

    ReplyDelete
    Replies
    1. USD150 lebih kurang RM600 lebih...tambang speedboat bergantung pada location island...mmg lebih mahal dari dr flight ticket

      Delete
    2. Guna trivago yee...Ingat nak g centara sbb free transfer

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam puan. Nak tanya, harga water vila tu include tax semua tu ke belum? Tq

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sebab share!

    Info memang lengkap, sangat membantu saya prepare untuk buat trip ke korea.

    Btw, jemput baca entry di blog saya:
    Trip ke Kundasang Sabah

    ReplyDelete
  6. Thank you share info tentang Maldives. Waktu ni bulan berapa ya puan ke Maldives?

    ReplyDelete