Monday 16 January 2017

Day 14 : Manchester - KL


Yeah hari ini balik ke Malaysia...kegembiraan orang yang bermusafir ialah apabila balik ke tempat sendiri. Flight jam 10.40 pagi...jam 7 dah siap check out...tunggu taxi driver malam tadi tapi tak sampai-sampai...ishkk lupa ke dia..semalam beria-ria dia nak datang...tunggu dalam 30 minit...hmm kalau tak sampai juga boleh miss flight ni. So terus minta hotel panggil kan taxi...kurang daripada 10 minit taxi yang hotel panggilkan dah sampai...terus kami ke airport..alhamdullilah sempat...nasib baik tiket business class so beratur tak panjang dan semuanya berjalan lancar.


Altrincham Lodge Hotel, Manchester.


Altrincham Lodge Hotel, Manchester.
 

Alhamdullilah road trip ke UK ni (Northern Ireland, Ireland, Scotland, Wales dan England) selama 14 hari berjalan lancar…walaupun ada hick up sikit-sikit...e.g. tukar kereta sewa, kaki terseliuh, barang tertinggal…tapi yang lain-lain semuanya ok dan memberi kenangan dan menambah pengalaman hidup. Total cost untuk trip kali ini all in untuk 2 pax lebih kurang RM25K…kalau ambik flight ekonomi boleh murah lagi dan juga bergantung kepada jenis accomodation...selepas ini boleh plan road trip lagi...maybe ke Iceland pula kalau ada rezeki..so far dah pernah buat road trip ke Gold Coast, Perth, Krabi, Jeju, Tasmania dan Hokkaido..waktu tu tak buat blog lagi so tak dapat lah nak berkongsi pengalaman. InshaAllah kalau ada masa nanti boleh recall dan didocumentedkan. Semoga berjumpa lagi...thanks for reading dan diharap pengalaman ini boleh menjadi rujukan untuk yang lain.