Monday 16 January 2017

Day 10 : Liverpool - Swansea


After check out from Z Hotel Liverpool lebih kurang jam 8 pagi, kami berjalan kaki ke Pier Head / Albert Dock.. tak jauh dari hotel lebih kurang 15 minit. Pier Head / Albert Dock ni kira macam Liverpool waterfront area lah. Waktu tu pagi lagi so tak banyak kedai yang buka. Ada the Beatles Museum dan Liverpool Museum area ni so untuk siapa yang berminat boleh lah pergi.


View Liverpool city from Z Hotel room.

Jalan kaki ke Liverpool Waterfront.

Area Pier Head - Liver bird symbol Liverpool kat building tu.

The Beatles ke tu? 

Museum Liverpool - bangunan yang macam kotak empat segi.

Area Pier Head.




Selepas pusing seround sambil-sambil ambil gambar...kami balik ke kereta dan terus bergerak ke Anfield Stadium sebab dah book online ticket untuk stadium tour jam 11 pagi. Ticket boleh dibooking online di www.stadiumtours.liverpoolfc.com dengan harga £17 untuk seorang. So, kami drive ke Anfield (lebih kurang 15 minit dari Z Hotel). Mula-mula tak jumpa parking sebab Anfield Stadium ni surrounded by residential area, so most of the roadside parkings tu reserved untuk permanent residents. After 2-3 kali pusing baru nampak rupanya boleh parking di dalam area stadium. Ada guard yang jaga dan just inform yang kami ada tour jam 11 pagi, terus je dia bagi masuk. Waktu tu still awal lagi lebih kurang jam 10 pagi, so kami ke counter, redeem stadium tour ticket dan jalan-jalan di Anfield Museum dan Liverpool FC Store dulu. Tepat jam 11 pagi, stadium tour pun bermula. Sama macam stadium tour yang lain, pusing satu stadium sambil diberi penerangan pasal Liverpool Club dan stadium. Anfield ni quite besar juga dan baru upgrade so memang menarik.


Welcome to Anfield.

The Kop.

You'll never walk alone...

Dalam museum.

Stadium tour.

Dalam stadium.

Dalam Liverpool FC Store.
 


After habis stadium tour dan beli souvenirs di Liverpool FC Store, perut dah rasa lapar so check web zabihah dan cari kedai halal. Halal food takde masalah di sini, ada banyak kedai yang halal. So, kami stop makan kebab di kedai arab. Selepas makan, pergi ke Al Rahma Mosque yang lebih kurang 15 minit dari stadium. Besar masjid ni dan pintu muslimat di bahagian tepi...muslimin pula di bahagian depan…saya pula tersalah masuk ke pintu muslimin…nasib baik ada yang tunjukkan pintu yang betul untuk perempuan. Kebetulan sampai, baru je masuk waktu zohor so ramai lah orang. Selesai jamak zohor dan asar, perjalanan diteruskan lagi ke Swansea, Wales. Distance agak jauh lebih kurang 4 jam lebih dari Liverpool.


Gambar google Al-Rahma Mosque, Liverpool (terlupa nak ambil gambar full).

Pintu untuk muslimat.

View dari Liverpool ke Swansea, Wales banyak lalu jalan kampung…so view-view kampung dan kambing je lah...aman dan tenang. Sampai di Swansea lebih kurang jam 8 malam dan terus check in di Dragon Hotel, Swansea. Hotel ini terletak di Swansea City Centre dan agak mahal juga if compare dengan hotel-hotel yang lain. Taktau la kenapa rate mahal sebab hotel dia biasa-biasa je tapi parking free. So malam macam biasa makan Brahims lah.


Croeso I GYMRU (Welcome to Wales).

Yang putih -putih tu kambing.






1 comment:

  1. Wahhhh.. dh pernah sampai anfield yer, kami baru nk survey2.. tq elyana byk kongsi info, sgt2 bermanfaat blog ni 👍👍👍.. @elliza

    ReplyDelete