Monday 16 January 2017

Day 2 : Manchester - Dublin - Belfast


Flight Ryan Air ke Dublin jam 8.00 pagi, so after solat Subuh terus check out dari hotel. Minta hotel panggilkan taxi ke airport dan charge jauh lebih murah dari malam sebelumnya iaitu £15. Sampai airport terus ke counter untuk drop bag sebab dah web check in. For info, luggage dan body inspection at Manchester Airport (all UK airports rasanya) quite strict. Any liquid kena letak dalam clear plastic bag dan keluarkan daripada bag waktu letak dalam tray untuk inspection. Airport lain biasanya tak lah strict sangat so kami jalan macam biasa, sekali beg sangkut dan tak lepas. Dah kena tunggu turn untuk detail bag inspection. So lesson learnt, memang kena asingkan liquid awal-awal dalam plastic bag for smooth inspection. Clear plastic bag ni memang banyak disediakan sebelum masuk untuk inspection.

Lepak-lepak dulu minum kopi while waiting for boarding to Dublin.


Flight ke Dublin berjalan lancar dan sampai on time. Flying hour selama sejam so dalam jam 9 pagi dah landing. Cuaca pagi tu pun baik. Keluar je dari arrival hall terus ke counter car rental. Untuk di Ireland dan Northern Ireland kami sewa Ford Focus dari company Dooley. Boleh booking direct di website www.dan-dooley.ie. Dooley ni local car rental company in Ireland. Waktu car rental collection alhamdullilah takde problem sebab dah booking dan bayar awal. Kami sewa kereta untuk 3 hari dan will return the car at Dublin Airport semula. Rate untuk 3 hari sewa kereta ialah £60 tapi tak termasuk insurance. Ada a few options untuk insurance. Boleh ambil in case anything happen, kalau tak ambil tawakal dan drive carefully lah ya. Drive kereta di UK dan Ireland ni macam di Malaysia juga iaitu right hand drive. So tak perlu risau.


Model Dooley Car Rentals.


Waiting for shuttle van outside Dublin Airport.



After registration settle (just tunjuk passport dan driving license) kami kena collect kereta di Car Rental Village. Shuttle van disediakan from airport to Car Rental Village. For info, untuk driving di UK dan Ireland ni, lesen memandu Malaysia boleh digunakan dan tak perlu apply International Driving License from JPJ, kalau tak kena lah bayar RM150 untuk lesen tu. Kalau drive country lain e.g. Jepun, Korea, New Zealand kena lah apply International Driving License ni.

Sampai je di Car Rental Village, kereta yang diberi ialah Ford Mondeo…besar sikit dari Ford Focus. Upgrade katanya. So accept je lah tanpa banyak bicara. Officially road trip pun bermula. Memandangkan wifi yang kami rental tak bole guna di Ireland dan kami tak ambil GPS untuk kereta sewa, nasib baik Dublin Aiport ada free wifi so boleh lah set location guna google maps awal-awal. Kalau tak kena lah roaming data dan dicaj RM 38 sehari untuk pengguna Celcom. Provider lain pun sama rasa ratenya.


 Jom  ke Belfast city.
Clear je jalan to Belfast City.

So destinasi pertama yang ialah ke Belfast city. Journey dari Dublin ke Belfast lebih kurang 1 jam 40 minit. Kena lalu highway atau di sini dipanggil motorways. Nak ke Belfast ni kena bayar toll sebanyak €1.90. Toll booth sama macam di Malaysia so boleh bayar cash je. Currency dalam euro dan distance dalam kilometer sebab masih di Ireland. Nanti bila sampai di Belfast (Capital of Northern Ireland) baru guna pound dan miles untuk distance.

Destinasi pertama, Belfast city tour...pusing-pusing cari parking dalam city dan jumpa public parking. Nasib baik hari Ahad so tak perlu lah bayar parking fee. Then, jalan-jalan di Belfast City Hall. Belfast City Hall kira macam landmark lah di Belfast ni. Tak masuk dalam pun just lepak-lepak di luar. Siapa yang berminat boleh join free tour dalam city hall ni tapi ada tour schedule yang tertentulah. Kalau ikut plan asal, lepas City Hall nak pergi ke Titanic Museum yang tak jauh dari City Hall. Nak masuk museum ni kena bayar £17.50. Memandangkan rasa macam tak cukup masa so kami skip Titanic Museum tu.


Lepas tu kami terus drive ke Belfast Mosque. Berpusing-pusing juga sebab takde signage untuk mosque. Lagipun mosque ni terletak dicelah-celah rumah. Akhirnya kami jumpa dan solat jamak zohor dan asar. After solat, lunch kat kedai Egypt yang tak jauh dari masjid tapi kena drive lah juga untuk ke sana.

Di kawasan Belfast City Hall.
Belfast City Hall - landmark Belfast city.
Selfie sikit depan Belfast City Hall.



One of the buildings in Belfast.
Grand Opera House, Belfast.


Belfast Islamic Centre (38 Wellington Park, BT9 6DN).




Lunch at Sophia Restaurant (23 University Road, Belfast BT7 1NA).




Lepas lunch terus gerak ke The Dark Hedges scene yang terletak di Bregagh Road kira-kira sejam lebih dari Belfast city. Area ni famous sebab merupakan salah satu scene dalam movie The Dark Hedges. Walaupun tak pernah tengok movie tu tapi pergi je lah sebab dengar tempat tu cantik dan unik.

At The Dark Hedges.
At The Dark Hedges.

Waktu ni rental wifi dah boleh guna sebab Northern Ireland dah termasuk dalam UK area. Kami sewa wifi ini untuk 14 days dengan rate £35 utk 6GB. Book and pay secara online pastu diposkan ke mana yang kita nak. Lupa nak inform modem wifi tu dipos ke Altrincham Lodge Hotel, Manchester dan kami collect di hotel waktu check in malam tu. Wifi rental booking boleh dibuat di web ini www.WifiHire.co.uk.



After bergambar dan berselfie di The Dark Hedges, kami continue pula ke Carrick-A-Rede Rope Bridge yang lebih kurang 20 minit dari The Dark Hedges tu. Nasib baik sempat masuk sebab closing time ke bridge tu jam 5.15 petang. Kami sampai di counter dalam jam 4.45 petang. Kena bayar admission ticket £5.90 untuk masuk. Tempat yang cantik, damai tapi sejuk lah time tu tambah pula dengan angin pantai yang bertiup halus.
Junction to Carrick-A-Rede Rope Bridge.




Jom berjalan ke Rope Bridge.


Jauh lagi tu, orang pun nampak kecil je. 



Tiba-tiba sesuatu yang tak diingini berlaku, time nak turun ke bridge tu kaki tersangkut pula dekat last step bridge...so apa lagi terjatuh lah makcik…nasib baik handphone yang dipegang tak terlepas jatuh ke laut. Time berdiri bangun, kaki dah berdenyut-denyut…jalanlah berjengkit-jengkit cross hanging bridge yang kecil dan ditiup-tiup angin tu. Sampai je di seberang bridge terus duduk sebab kaki dah sakit dan tak larat lagi nak jalan sampai ke hujung cliff. Rehat sekejap dan patah balik ke parking perlahan-lahan...jauh juga berjalan tu...panjat bukit turun bukit baru sampai di parking. Tak pernah injured sebelum ni walaupun kerap travel. Benda macam ni la yang sangat tidak diingini dan cuba dielakkan. Lain kali hati-hati ya…


Dalam sakit kaki tu, boleh set google map lagi ke next destination. Kalau ikut plan, last agenda for the day ialah pergi ke Giant Causeway. Giant Causeway ni tempat yang khabarnya cantik. Closing time jam 6 pm...kami sampai dah 6.30 pm...visitor centre dah tutup tapi dari tempat parking tu ada jalan turun ke pantai Giant Causeway. Tapi sebab kaki dah sakit...angin pula sejuk sampai ke tulang dan hari makin gelap so kami decide terus je ke hotel. Kecewa juga sebab tak dapat tengok Giant Causeway beach yang ada batu bata yang unik tu.


So kami bergeraklah ke hotel. Hotel yang dah dibook jauh juga dalam sejam dari Giant Causeway iaitu di Londonderry. Saje je book di situ sebab nak on the way ke Cliffs of Moher esok harinya. Waktu dalam perjalanan ke hotel, discuss dengan En. Suami boleh tak esok pagi patah balik ke Giant Causeway sebab macam tak sah sampai di Northen Ireland tapi tak tengok Giant Causeway tu. Memang agak jauh sebab kena patah balik dalam sejam pastu tambah sejam lagi nak ke Cliffs of Moher. Dah lah dah booked Cliffs of Moher cruise jam 4 petang. So agak rushing dan plan akan lari sikit.


Dah ada safety alert before crossing the bridge.


 Tempat jatuh lagi dikenang.



Cliff at Rope Bridge area.



On the way ke Hotel Londonderry.
                                                                                 Banyak windmills.




Sampai hotel check in di Waterfoot Hotel, solat dan dinner makan Brahims yang dibawa. Sebelum tidur letak krim panas pada buku lali yang dah bengkak tu. Jam 3 pagi terbangun sebab kaki makin sakit dan tak boleh pijak langsung...letak krim panas lagi, pakai stoking Vken dan sambung tidur...sebelum tidur fikir macam mana nak jalan  lagi ni kaki masih sakit dah lah trip baru je bermula, ada 12 hari lagi ni....






















































3 comments:

  1. Salam saudari, kalau sewa kereta di Dublin, takde apa2 restriction ke nak cross border ke Northern Ireland tu ye? Saya tgh survey kereta sewa ni, tapi nampaknya mcm tak boleh cross border.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, xde border check between Ireland & Northern Ireland. Just confirmkan dgn car rental policy jer. Kalau ambik yg unlimited mileage rasa no issue. Diorang siap ajar lagi mcm mana nak ke Belfast dari Dublin

      Delete