Saturday 23 October 2021

Cuti-cuti Mersing (16-18 Oktober 2021)

Sejurus PM announce je mulai 11 Oktober 2021 dah boleh rentas negeri, masing-masing tak sabar nak bercuti. Maklumlah dekat 5 bulan juga ‘lockdown’ tak boleh nak ke mana-mana. Kebetulan ada long weekend kalau ambil cuti hari Isnin sebab Selasa (19 Okt) tu adalah public holiday sempena Maulidur Rasul, so boleh lah plan untuk bercuti. Agak last minute juga tak tau nak ke mana dan lambat plan banyak tempat dah penuh.


Lepas survey & bincang-bincang kami sepakat untuk island hopping pulau-pulau di Mersing. Last year (2020) lepas PKP pun kami ke Mersing juga tapi bermalam di Pulau Besar dan beberapa tahun sebelum tu ke Pulau Dayang (boleh refer blog di page belakang). Nasib baik Mersing ini banyak pulau so banyak la pilihan. Untuk island hopping kali ini kami survey di FB je akhirnya jumpa yang menarik dan sesuai. Kalau berminat boleh contact FB Dolphin Island Trip. Servis memang terbaik.

Bagi teaser dulu...

*DAY TRIP ISLAND HOPPING*
======================
RM160/ADULT
RM90/CHILD (11-7)
RM60/CHILD (6-3)
INFANT (FREE)

🌴 PULAU SIBU KUKUS
🌴 PULAU TETEK / TOKONG RAKET
🌴PULAU LIMA FRONT & BACK
🌴PULAU MENTINGGI
🌴PULAU TINGGI

PACKAGE INCLUDE ‼️
🚤SPEED BOAT
(JETTY - ISLAND - JETTY)
🥽SET SNORKELING
🎽LIFE JACKET
🍱LUNCH (MENU BUFFET)
🍬🥤SNACK & MINERAL WATER
📌 INCLUDE MARINE CONSERVATION PARK FEE

*ITINERARY ISLAND HOPPING (DAY TRIP)*
*LOCATION*
⛔ JETTY MERSING
*TIME*
🕣0830-0900
(GATHERING, SHORT BRIEFING & BALANCE PAYMENT)
🕘0900-0930
BOAT DEPARTS & GO TO ISLAND

*5 ISLAND & ACTIVITIES*
=======================
🕙 *1000 AM*
🌴 PULAU SIBU KUKUS
👉HIKING & SNORKELING

🕚 *1130 AM*
🌴 PULAU TETEK / TOKONG RAKET
👉JUST PHOTOS ONLY

🕛 *1200 PM*
🌴PULAU LIMA (GUA)
👉SNORKELING & CAVE ADVENTURE

🕑 *0100 PM*
🌴PULAU MENTINGGI
👉SNORKELING & FISH POINT
👉LUNCH HOUR
(PICNIC STYLE)

🕞 *0300 PM*
🌴PULAU TINGGI
🍹WELCOME DRINKS
👉REST, CHILL & FRESH UP
🧕🏻SOLAT (FOR MUSLIM)

🕠 *0430 PM*
🌴 GOODBYE ISLAND HOPPING
(PULAU TINGGI)

Pakej island hopping dah dapat, kita cari accomodation pula. Since quite last minute, banyak homestay yang dah fully booked. Nasib baik jumpa juga yang available di Agoda. Wakaf Homestay Rukaiyah…harga agak mahal lebih kurang RM800 semalam tapi nasib baik ada diskaun dapatlah dalam RM600 semalam. Oklah untuk 4 bilik homestay. Janji selesa.

Hari yang ditunggu pun tiba, lepas zohor 16 Okt (Sabtu) kami bertolak 2 kereta dari Melaka dan konvoi 1 kereta lagi dari Johor yang tunggu di Air Hitam. Total peserta trip kali ini cuma 8 dewasa & 3 kids. Ada yang tak dapat join sebab-sebab perkerjaan. Lebih kurang jam 5 petang, kami selamat check in di homestay. Agak cantik dan selesa homestay ini. Malam itu kami berBBQ dan berehat je untuk aktiviti island hopping esok.

Selamat sampai Mersing

Bagus follow Covid-19 SOP

Atuk dan cucu rehat dulu

Bilik yang selesa serba putih

Basikal pun ada boleh guna free je...

Ada waqaf section...boleh makan apa sahaja

Chef BBQ in action

Sumber protein

Hasil pembakaran

Jemput makan

Meriah semua

Pagi 17 Okt (Ahad), selepas breakfast yang dimasak sendiri, kami pun bergerak ke jeti Mersing yang tak berapa jauh lebih kurang 10 minit je dah sampai. Tepat jam 9 pagi, semua peserta trip berkumpul depan pintu jeti Mersing untuk sessi briefing. 

Kita breakfast dulu

Menu pagi mee hoon & keropok lekor Mersing

Jeti Mersing

Meeting point entrance ke jeti

Tunggu bot datang dalam jeti terminal

Pagi itu ada 7 boat yang akan bergerak serentak so agak meriah. Disebabkan group kami agak ramai maka dapatlah kami sekeluarga 1 bot private. Lebih kurang jam 9.45 pagi bot pun bergerak dengan lajunya untuk ke destinasi pertama iaitu Pulau Sibu Kukus. Masa yang diambil lebih kurang 45 minit untuk sampai ke sana. Nasib baik dah masing-masing dah makan pil mabuk sebelum berlepas kalau tak boleh goyang juga sebab bot agak laju dah nama pun speed bot.

7 speed boat sedang menunggu

Penumpang bot pun dah ready

Jom island hopping...ganas bot gambar tengkorak

Laju bot sebelah sampai tak jejak....agak berkabus sikit pagi tu

Takut ke tu?

Dah nampak Point # 1 - Pulau Sibu Kukus

Good tak mabuk laut...

Akhirnya sampai lah di destinasi yang pertama iaitu Pulau Sibu Kukus. Di sini boleh hiking untuk lihat view pulau sekeliling. Apalagi jom kita panjat dulu sebelum berendam. Hiking dalam lebih kurang 20 minit dah boleh sampai puncak.

Trail yang agak steep dan berbatu..hati-hati

Come on Mimi....safety first

Posing dulu

Kecik je orang kat bawah tu

Peserta yang berjaya ke puncak Pulau Sibu Kukus

Bukti berada di puncak

Ada budak pancit

Dah jom turun mandi laut

Pantai Pulau Sibu Kukus

Tak mandi laut ke abah?

Air cetek & crystal clear sesuai untuk budak-budak

Selesai Pulau Sibu Kukus kita bergerak ke point yang ke dua iaitu Pulau Tokong @ Tetek. Kenapa namanya macam tu? Sebab ada dua ketul pulau di tengah-tengah laut ni. Layan gambar je di sini.

Bot-bot merempit ke Pulau Tokong

Pulau dua ketul

Photo background Pulau Tokong

6 bot yang lain berbaris....bot kami jadi photographer

Point yang ketiga ialah Pulau Gua. Memang ada gua sini tapi sebab air pasang so tak dapat masuk. Aktiviti di sini kita snorkelling so apa lagi jom terjun. Ikan tak berapa banyak sini tapi choral ada walaupun tak secantik Pulau Redang.

Inilah Pulau Gua....nampak tak gua nya

Photo background Pulau Gua

Jom snorkeling

Steady nenek...

Point yang ke-4 ialah Pulau Mentinggi. Pernah ke pulau ini tahun lepas waktu trip bermalam di Seri Pacifica Pulau Sibu (tak sempat nak buat blog trip ni). Pulau Mentinggi ni pun cantik dan banyak ikan. Even tepi-tepi pantai pun banyak ikan. Tapi ada ikan dia yang spesis ganas (warna coklat) suka datang gigit orang tapi gigit-gigit manja. Di pulau ini kami diberi lunch pack. Alhamdullilah memang tengah lapar. Lepas makan mandi laut lagi.

Family photo di Pulau Mentinggi

Tak sabar nak mandi pantai

Kita makan dulu

Jom sejukkan badan

Pulau yang belakang tu Pulau Tinggi

Ha tengah buat apa tu?

Point yang ke-5 iaitu point terakhir ialah Pulau Tinggi. Pulau ini pun pantai dia cantik dan air jernih. Ada homestay resort kalau nak bermalam di sini. Kami diberi diberi minum petang iaitu mee hoon dan bubur kacang. Lepak-lepak dan main pantai sekejap dan bergerak pulau ke jeti Mersing pada jam 4.15 petang. Bye pulau-pulau nanti kami datang lagi.

Kelong Sultan Johor di Pulau Tinggi

Jeti Pulau Tinggi

Floating jetty pun ada

Bot-bot yang lain pun dah tiba di Pulau Tinggi

Cantik pantai Pulau Tinggi

Minum petang dulu

Langit dah gelap tu

Santai tepi pantai

Sempat lagi mandi seround

Terapung ke tenggelam tu?

Jom balik Mersing

Sempat lagi terjun tiruk di jeti

Anak & Ibu

Nanti kita overnight Pulau Tinggi pula

Perjalanan balik ke jeti Mersing lebih kurang sejam. Waktu dah nak sampai ke jeti hujan pun turun dengan lebatnya. Alhamdullilah selamat kembali ke homestay jam 5.30 petang. Malam masing-masing dah kepenatan.

Ahad (18 Okt) selepas breakfast, order Food Panda sebab malas nak masak. Lebih kurang jam 12 tengahari kami pun check out. Plan nak singgah beli kerepok lekor tepi pantai tak jauh dari homestay. Tapi bila dah nak dekat dengan kedai keropok kereta pula meragam, terus parking tepi dan check apa problem. Rupanya absorber suspension problem padan lah bunyi lain macam. Call service centre dia kata kena towing ke workshop di Glenmarie. Nak buat macam mana, dah kereta problem yang penting semua selamat. So hari itu saya dan adik naik lah towing truck sampai ke Jasin Melaka dan kereta terus ke Glenmarie Shah Alam. Kereta yang dua lagi dah selamat tiba di Melaka lebih awal. 

Lepak pantai Mersing sambil tunggu tow truck

Kereta parking kat sini

Selamat naik tow truck...tak payah drive dah


Sekian catatan percutian dan pengalaman untuk ingatan sendiri dan semoga menjadi panduan untuk yang berminat island hopping di Mersing. InshaAllah akan kembali kita ke pulau lain pula di Mersing ini.