Sunday 6 November 2022

Percutian Naik Train ke Hatyai (21-24/10/2022)

Salam semua, kali ini nak share pengalaman percutian kami sekeluarga ke Hatyai menaiki train khas sawasdee 1005 KTM dari KL Sentral. Train khas ini jarang-jarang ada, untuk tahun 2022, ini adalah trip ke-2 yang diadakan. Biasanya KTM buat trip ini semasa long weekend. Trip pertama semasa cuti Hari Malaysia dan trip kami semasa cuti Deepavali. So, kena sentiasa alert ya bila KTM buat promo. Nasib baik ada geng KTM (thanks Fid yang cun), dapatlah saya info promo ini. 

Train khas KL Sentral - Hatyai, Thailand

Untuk train khas ini ada coach yang ada katil tapi cepat betul sold out. Kami pergi 6 orang tapi hanya dapat 1 katil bawah dan 5 katil atas untuk KL-Hatyai dan untuk balik kami beli coach yang duduk (seat) je sebab balik waktu siang. Harga tiket katil ialah RM 89 dan yang kerusi RM 75 sehala. Untuk pergi bertolak jam 10.10 malam, so better ambil yang katil bolehlah tidur. Detail promo train ini seperti di bawah dan tiket boleh dibeli online melalui web KTM. Yang special train ini ialah train direct ke Hatyai maksudnya tak perlu nak tukar train lain ke Hatyai bila tiba di border Padang Besar.

Poster promo KTM

Map from KL Sentral ke Hatyai

Untuk hotel pula, macam biasa kami book melalui Agoda. Jangan lupa book Agoda melalui Shopback ya untuk collect cash back. Sebab last minit promo train ini keluar (2 minggu sebelum Deepavali), so hotel-hotel yang best semuanya penuh. Maklumlah ramai rakyat Malaysia yang ke Hatyai sejak border Thailand sudah dibuka ini. Setelah survey-survey, kami book hotel Leevana, kedudukannya agak jauh sedikit (dalam 10 minit) dari train station. Rate hotel lebih kurang RM150 untuk 1 malam. Kami stay untuk 2 malam dan ambil 3 bilik. Kami tak ambil breakfast sebab tidak pasti kehalalannya dan better breakfast di luar lagi best. Nak datang Hatyai kan untuk makan-makan.

Booking hotel dari Agoda Web


Untuk transport jalan-jalan di Hatyai pula, kami sewa van. Dapat number driver dari FB. Rate untuk 2 hari ialah 6000 baht termasuk insuran 6 orang. Ini antara rate yang paling murah ada juga yang charge sampai 10000 baht. Maklumlah long weekend high demand. Siapa nak cari driver sana boleh contact no ini (+66846219970 Mae). Driver muslim dan boleh cakap Melayu. Itinerary pula tiada yang specific lebih kepada free and easy sebab tempat-tempat lawatan pun yang biasa orang Malaysia pergi. Tempat-tempat ini viral dan mesti ramai punya.

Duit jangan lupa tukar ya. Tukar RM ke Baht. Kalau dulu boleh lah dapat 1000 Baht = RM 100, lepas pandemik RM jatuh so tukaran lebih kurang 1000 Baht = RM 120.

Beribu-ribu baht

Reka bentuk duit baht yang lain

Semua dah ready, jom kita ke Hatyai naik train. Buku merah jangan lupa, kena pastikan masih valid untuk 6 bulan.

Day 1 : Melaka - KL Sentral (21/10/2022)

Train jam 10.10 malam dari KL Sentral ke Hatyai, so kami kena berada di KL Sentral paling lewat 30 minit sebelum train bertolak. Kami bertolak dalam jam 6 petang dari Melaka dan biasanya 2 jam dah boleh sampai KL. Tapi memandangkan Jumaat petang long weekend dan highway pun jammed, kami sampai agak lewat dan terpaksa bergegas terus ke train. Tak sempat kami nak stop makan dan solat dulu sebelum naik train, yang penting kejar train dulu. Parking kereta pun di KL Sentral je. Nasib baik sempat naik train sebelum pukul 10 dan train bertolak tepat jam 10.10 malam. Kalau lambat seminit pun kena tinggal lah. Alhamdullilah selamat kami naik train untuk ke Hatyai.

Tempat turun ke platform ada signage Train Sawasdee

Alhamdullilah selamat kejar train

Coach kami gerabak no C2

Train Sawasdee 1005 ini panjang, rasa lebih 10 gerabak. Gerabak kami coach C4, seat yang berkatil. Ada coach yang berkatil, ada yang kerusi, ada cafe, ada tempat chill lepak-lepak dan toilet tapi tiada surau, so nak solat kena lah di atas katil atau kerusi masing-masing. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam untuk sampai di Hatyai so tidur je lah. Layan je ya photo-photo dalam train.

Mak abah cari katil

Cepat je naik katil

Suasana dalam train berkatil (sleeper train)

Luas dan panjang juga lah katil

Lepak katil bawah dulu

Ada cafe kalau lapar

Menu & price list cafe...harga standard

Ini coach train kerusi (seat)...selesa juga tapi tidur duduk lah

Toilet setiap gerabak ada 2

Tempat chill dan borak-borak

Video dalam train


Day 2 : Padang Besar - Hatyai (22/10/2022)

Lebih kurang jam 6.30 pagi, kami tiba di station Padang Besar. Nyenyak sungguh tidur rasa sekejap je dah sampai. Tiba di Padang Besar, semua penumpang diminta turun untuk ke Immigration Malaysia dan seterusnya cop passport di Immigration Thailand. Immigration Malaysia dan Thailand dekat-dekat je dan pantas urusan cross border sebab kaunter dibuka khas jam 6.30 pagi untuk train special ini. Kalau sebelum ini, kena scan QR code dan attach vaksin certificate untuk masuk ke Thailand, tapi waktu ini sudah tak perlu lagi. Immigration tak check pun ada vaksin atau tidak, semua boleh masuk.

White card diberi oleh Officer KTM...isi sebelum tidur

Suasana subuh di station Padang Besar

Beratur untuk Immigration....agak pantas...tak perlu lagi letak duit RM2 macam dulu-dulu...hehe

Hari dah cerah...nak tunggu train gerak semula

Light breakfast dulu dalam train

Alas perut...berat juga ni

Beli sim card waktu beratur di Immigration...oklah RM20...share guna hotspot

Waktu ini juga, kepala train KTM ditukar kepada kepala train Thailand untuk meneruskan perjalanan ke Hatyai. Lebih kurang jam 8 pagi train pun bergerak ke Hatyai. Perjalanan ke Hatyai city mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Kepala train Thailand...kepala KTM kena tinggal di Padang Besar

Proses penyambungan kepala train Thailand dengan gerabak KTM

Selisih dengan train Thailand yang dari Hatyai ke Padang Besar...jenis train lama tiada aircond dan free seating

Dalam jam 9 pagi, kami tiba di Hatyai Train Station, driver van dah sedia menunggu. So, program yang pertama kita pergi breakfast. Apa-apa pun bagi perut kenyang dulu. Tempat breakfast viral ialah Chabura Dimsum, jom kita ke sana.

Alhamdullilah selamat tiba di Train Station Hatyai

Yang ada bendera itu Hatyai Train Station

Van dah sedia menunggu

Meriah dalam van

Ini driver kami baik dan ramah orangnya


Tiba di Chabura Dimsum, orang dah start ramai tapi masih terkawal. Lebih kurang 10 minit beratur kami pun dapat meja dan sessi mengambil dimsum dan order makanan pun bermula. Ok lah kedai ini pantas, banyak pilihan makanan dan harga pun berpatutan. Patutlah viral dan penuh dengan orang Malaysia.

Inilah kedai dim sum yang viral tu

Kita join crowd beratur dulu

Pilih-pilih macam-macam ada

Hasil tangkapan kami

Gyoza pun best

Pau salted egg melimpah

Tomyum coconut pun nyum-nyum

Jom siapa nak bayar $1300 ni

Jom kita makan je....

Perut dah kenyang jom kita jalan. Next stop ialah kedai jual kacang-kacang dan makanan ringan. Ramai juga orang berbas-bas. Harga rasanya mahal sikit dari pasar-pasar di luar tapi nak beli boleh je banyak pilihan dan yang penting boleh testing rasa dulu.

Jom kita masuk kedai

Macam-macam ada

Rasa ke beli tu hehe

Next, kita stop di Nora Plaza. Ini kedai yang jual barang-barang kulit, t-shirt dan souvenir. Window shopping je sini dan yang best sejuk ada aircond hehehe.

Jom Nora Plaza

Cuci mata

Rambang mata

Abah beli tali pinggang

Ok time dah jam 12 tengah hari, ajak driver ke hotel dulu mana tau boleh check in awal sebab nak mandi dan rehat sebentar. Tiba di hotel, tak boleh check in awal dan hanya boleh check in jam 2 petang. Maka, program diteruskan lah dengan shopping dulu.

So kami ke Pasar Besar Hatyai, lama dah pasar ini ada jual macam-macam so cuci mata dan shopping lah sikit-sikit. Bahagian luar pasar ini kalau petang-petang ada jual makanan. Banyak juga gerai halal, tapi kami datang masih awal so gerai-gerai makan belum dibuka lagi. Lagipun kenyang lagi kan.

Pasar Besar Hatyai

Warung makan di bahagian luar

Jom shopping sini murah sikit

Banyak beg

Kasut-kasut....kasut oren tu ada jual tak?

Next kami ke Kim Yong Market pula, pasar ini best sebab banyak jual kekacang dan buah-buah. Gerai food muslim pun ada.

Sedap dan manis anggur ni...tak percaya cuba beli

Shopping kekacang pula....rasa dulu baru beli

Buah berangan panas-panas

Semerbak bau harum bila dibakar

Kaitod Meena ni famous gak....buncit-buncit sotong


Ok selesai memborong, sudah pukul 2 petang kita check in dulu. Mandi, solat dan rehat di bilik.

Lega dapat masuk bilik

View dari bilik

Lebih kurang jam 4 petang, kami keluar lagi. Kali ini ke Floating Market. Kena pergi awal sebab dijangka mesti orang kalau pergi lewat. Waktu kami tiba, ok lagi masih tidak ramai tapi makin lewat petang makin penuh dengan orang-orang Malaysia. Rasa macam di pasar ramadan Shah Alam pula hehe. Ok layan photo Floating Market dan makanan-makanan yang ada dijual.

Jom ronda Hatyai lagi

Dah sampai kawasan floating market....ni di kedai-kedai atas tanah

Inilah deretan sampan-sampan floating market

Air dalam buluh....sampan yang jual air dalam tembikar pun ada

Tomyum sampan pun ada

Macam-macam dijual

Pakcik ni jual aiskrim kelapa

Ini hasil nya...sedap

Beli pulut mangga di warung sebab di sampan dah sold out

Orang dah start ramai...jom kita balik

Berbas-bas rakyat Malaysia

Next, kita ke night market pula. Ada beberapa tempat night market di Hatyai ini dan kami ke Asean Night Market. Happening juga di sini macam-macam ada dijual. Boleh cuci mata dan shopping. Sebab masih kenyang so kami tapau je dinner yang dibeli di food court Asean Night Market dan makan di bilik je.

Jom pasar malam pula

Gambar bukti telah sampai di Asean Night Bazaar

Kedai-kedai dalam bazaar

Cuci mata lagi

1st floor food court

Ada jual telur sotong

Sushi pun ada

Udang murah-murah 100 baht sepinggan

Kuetiau udang 1

Kami tapau nasi goreng udang dan laksa dari kedai ini

Selesai dinner, kami pun tidur dengan lena nya setelah seharian ronda Hatyai dan tidur dalam train malam sebelumnya.

Day 3 : Hatyai - Songhkla (23/10/2022)

Lebih kurang jam 9 pagi kami keluar. Tempat pertama mestilah breakfast dulu. Kali ini driver bawa kami restoran Tamrab Muslim. Ramai juga orang Malaysia dan kena tunggu turn untuk meja kosong. Macam-macam ada dijual di kedai ini - roti canai, nasi berlauk, nasi kerabu, mee sup dan kuih-kuih tapi kami breakfast roti canai dan kuih-kuih je. Sedap juga roti canai nya.

Good morning Hatyai...jom ronda lagi

Restoran Tamrab Muslim

Breakfast dulu

Selepas makan, driver bawa kami naik bukit untuk tengok view Hatyai. Area ini ada Pagoda Steel yang besar tapi kami tidak turun sebab banyak anjing. Kami turun di spot view point yang lain. Ambil gambar dan menikmati view bandar Hatyai di waktu pagi.

Si Johny pun nak tumpang bergambar

Family photo background bandar Hatyai

Next, kami ke cable car station pula. Cable car under maintenance so layan view je dari kawasan cable car. Ada patung Buddha yang besar di sini. Kalau cable car ok, rasanya pun kami tidak naik sebab cable car itu jarak dekat saja untuk ke seberang puncak yang ada kuil Buddha.

Cable car station tapi cable car under maintenance

Cable car untuk ke seberang bukit tu je

Ada patung buddha yang besar area cable car ini

Family photo lagi yeah...

Ibu & anak ke macam adik beradik je

View Hatyai city

Masjid Songkhla di kejauhan

Ada pokok buah meriam

Selesai tengok view Hatyai, kita tengok gajah pula. Kali ini kita ke Chang Puak Camp. Sebenarnya banyak juga aktiviti boleh dibuat di sini seperti naik gajah (kalau tak kesian dengan gajah lah, ATV, mini zoo dan macam-macam games lagi. Tapi masalahnya ramai betul umat manusia dan semestinya penuh dengan orang Malaysia lah. Kami tidak lama di sini, just tengok-tengok ambil gambar dan settle.

Gambar wajib di sini

Acara naik gajah

Orang lagi ramai dari gajah

Ada crocodile show belakang tu tapi kami tak masuk...kena bayar lain

Kita dah tengok gajah, gajah dah tengok kita jom ke Songkhla pula. Songkhla ini area pantai dan jarak lebih kurang 30km dari Hatyai City. Tiba di Pantai Samila, kami berjalan-jalan lepak-lepak tengok laut.

Dah sampai Songkhla

Beli mangga muda sedap

Macam kat pantai klebang je

Santai-santai tepi pantai

Orang beratur nak bergambar dengan patung mermaid yang macam di Copenhagen tu

Pantai Samila ke pantai Klebang ni?

Comel post box dan model-modelnya

Tak tau background tu tulis apa...kita bergambar je lah

Macam kat Terengganu pun ya

Tempat shopping mesti ada

Bawah pokok pun ada jual

Kita beli aiskrim dulu

dan rotee satu

Ini hasilnya....nyaman

Next, kita nak tengok view Songkhla from top pula. So kami ke Tang Quan Hill. Untuk ke puncak kami naik lift senget 45 darjah untuk ke atas. Lebih kurang 5 minit 170m naik lift ke atas. Tiket harga 45 baht seorang. Tiba di puncak, mestilah ada kuil. Mana-mana pergi ada je kuil Buddha ini, tapi kita layan view lah menikmati keindahan ciptaan Allah.

Jom panjat bukit

Panjat guna lift je

Terowong lift senget

Dalam terowong lift senget

View atas bukit boleh abaikan budak baju hijau tu

Ada temple juga atas bukit ni

Layan view Songkhla city

Family photo atas bukit

View lagi

Bergambar dengan gambar kartun monyet

Selesai ronda-ronda dan 360 degree tengok bandar Songkhla, kita teruskan lagi perjalanan. Kali ini kita ke Masjid Songkhla (Central Mosque). Besar dan cantik masjid ini ala-ala Taj Mahal. Ini lah masjid orang Malaysia datang untuk berkahwin siap ada pakej lagi. So hati-hati kalau ada suami yang nak ke Songkhla.

Masjid Songkhla

Ruang dalam masjid luas

View depan masjid....kolam besar

Aiskrim depan masjid pun sedap 20 baht je

Semoga bahagia di dunia dan akhirat doa dari anak-anak

Macam Taj Mahal...cantik dan sejuk mata memandang

Plan asal, lepas solat di masjid nak makan seafood buffet Khlong Hae yang viral itu. Nama pun kedai viral, bila singgah penuh dengan bas dan orang. Memang tak sangguplah, so kita minta driver bawa ke kedai lain. 

Penuh...next time kita cuba lagi

Check dalam FB ada satu kedai yang menarik iaitu Chalee D’Hatyai. So kami ke sana dan memang sedap dan berbaloi pergi. Boleh viralkan restoran ini sebab sedap dan harga berpatutan.

Inilah kedai nya...dalam kawasan bandar Hatyai

Kami order set yang ini

Inilah hasilnya dan ada juga lauk tambahan seperti daging dan lidah bakar

Somtam mesti ada

Tapau ikan bakar garam....sedap & fresh

Lepas makan, masing-masing dah tak larat so kita balik bilik je. Rehat-rehat dan sebelum tidur kami ke 7E di sebelah hotel. Macam biasa lah 7E Thailand memang best dan barang murah-murah so kami borong air minuman, roti dan burger.

7E sebelah hotel

Ini antara yang dicari di 7E

Stall pancake pun ada di depan hotel jika lapar

Sesi supper makan ikan

Malam ke 2 ini (malam last) masing-masing tidur awal dan kemas barang. Malas nak ke night market yang lain di Hatyai sebab pasti ramai orang bersesak-sesak.

Good night Hatyai


Day 4 : Hatyai - KL Sental - Melaka

Last day di Hatyai, kami breakfast di bilik je dengan food yang dibeli di 7E. Selepas breakfast lebih kurang jam 9 pagi kami check out. Mula-mula ingat nak guna tuk-tuk untuk train station tapi tunggu tuk-tuk lambat dan pagi hujan renyai sedikit. So, kami panggil grab van sebab kami berenam berserta dengan bag-bag. 

Breakfast pagi ini

Lepak dulu sambil tunggu grab

Sebelum ke train station, kami minta driver grab singgah dulu di Kim Yong market, sempat lagi kami menghabiskan baht sebelum pulang ke Malaysia. Charge grab van dari hotel ke Kim Yong market ke train station ialah 600 bath. Kiranya seorang 100 baht lah.

Grab van

Bergambar kenangan dulu depan train station


Kami tiba di train station jam 10.30 pagi dan train bergerak ke Padang Besar tepat jam 11.30 pagi. Sebelum train bergerak, kami didatangi oleh beberapa pegawai train Thailand berkenaan perkhidmatan train special ini dan bagaimana percutian kami di sini. Lepas soal selidik, mereka minta bergambar bersama kami tapi lupa pula nak ambil gambar sekali guna phone sendiri. Kalau tak ada kenangan bersama officer train Thailand.

Ramai orang di train station

Kita tunggu train datang baru 10.30 pagi

Ini train ke Bangkok...jangan salah naik

Ok train ini baru betul...

Kali ini kita duduk pula bukan baring hehe....

Bye-bye Hatyai ada rezeki datang lagi. Sebenarnya ini kali ke 4 saya ke Hatyai tapi biasanya just stay 1 malam je. Kali ini sempat pusing-pusing Hatyai dan Songkhla. Boleh refer page belakang di blog ini trip kami self drive ke Hatyai sebelum pandemik

Time balik ini, macam laju pula train ini. Tak sampai 1 jam kami sudah tiba di Padang Besar. Semua penumpang kena keluar ya dengan beg masing-masing untuk immigration dan kastam. Kalau bertambah beg kena lah angkut semua. Train stop lebih kurang sejam setengah dan gerak semula jam 3 petang. 

Beratur untuk Immigration...sila bawa turun bag bersama

Jauh lagi ya perjalanan untuk ke KL Sentral dan dijangka tiba jam 12 malam. Layan drama korea je lah dalam train. Ada juga train stop dibeberapa tempat untuk laluan train lain dan ada juga yang turun di Ipoh. 

Lunch beli di cafe

Nampak Menara Alor Setar

Tak tau tasik apa

Sawah padi

Nak turun mana tu encik...belum sampai KL lagi

Stop di Kamunting agak lama....boleh keluar jalan-jalan

Parking kereta di KL Sentral agak mahal ya. Kami kena RM 313 untuk 4 hari. Better minta orang hantar atau naik grab sahaja untuk yang daripada kawasan KL. Apa-apa pun Alhamdullilah selesai percutian singkat kami ke Hatyai. Saja je nak merasa naik train di Malaysia. Alhamdullilah seronok dan kurang penat berbanding dengan drive kereta sendiri.

Last sekali belanja video tengok panjang tak panjang train sawasdee ni...sampai penat nak record....