Sunday, 21 June 2026

Percutian Gymba Japan 2026

Salam semua, kali ini nak share experience trip gymba kami sempena long weekend public holiday (Agong dan Wesak) ke Jepun. Trip ini kami plan lebih kurang 3 bulan sebelum dan disertai oleh 4 orang. Trip ini selama 8 hari 7 malam pada musim early summer dan akan cover kawasan-kawasan luar Tokyo. Nak tau kami ke mana jom baca blog ini sampai habis.

Macam biasa bagi teaser dulu

Antara tempat yang kami akan pergi...still ada snow walaupun dah summer

Macam biasa persediaan dibuat, mula-mula kena lah beli tiket flight. Setelah survey tiket yang paling murah ialah Air Asia tapi tak murah pun since war crisis. Kami beli tiket di Trip.com dengan harga lebih kurang RM2100 with 20kg luggage.
Flight kami 7 jam ya ke Jepun

Next, kita plan itinerary pula. Since ini trip repeat Japan, kita jalan jauh sikit dari Tokyo…kita cari tempat rare…dah lama wish list nak ke Alpine Route dan Shirakawago. Shirakawago ini cantik time winter tapi takpe time summer pun boleh lah. Untuk Alpine Route pula ada seasonal time especially kalau nak experience snow wall yang tinggi. Alhamdullilah time kami nak pergi ini snow wall masih ada. Akhirnya terjadilah itinerary 8 hari 7 malam gymba ke Jepun ini.

Route lebih kurang macam ini kecuali Kanazawa dan Nagano

Itinerary dah finalized baru kita start cari hotel untuk 7 malam. Masalahnya di Jepun ini bilik hotelnya kecil-kecil sampai kadang-kadang takde tempat nak solat bila penuh dengan beg. Pemilihan hotel pun penting juga sebab kami menggunakan public transport train dan bus so kena cari yang dekat dengan station supaya tak perlu nak tarik beg jauh-jauh. List hotel yang kami stay seperti di bawah dan booking melalui Trip.com.

Hotel dah settle, jom kita booking transport since kami naik public transport. Untuk JR shinkansen dan airport transfer ke hotel kami book di Tripcom. Untuk bus kami book di Japan Bus online dan Highland Bus bergantung pada itinerary kami dan untuk local train kami akan beli tiket di station je.

Untuk attraction places yang perlu tiket dan book awal ialah Alpine Route. Yang ini kalau lambat booking boleh sold out sebab limited visitor per day. Tiket boleh book di Alpine Route website dengan harga RM368 per pax. Alpine Route tour ini mula-mula agak pening sebab routenya agak complicated dengan multiple mode of transportations tapi bila dah study baru faham.
Alpine Route. Ticket price dah all in kecuali 1st train tu...

Next, macam biasa persediaan ke Jepun, tukar duit yen sebab Jepun ini negara maju tapi macam lebih prefer cash. Top up sikit dalam wise, kalau cash tak cukup boleh withdraw nanti. Kadar tukaran kami 1000 yen = RM 25. 
Duit-duit yen...coins pun still ada value

Makanan ready to eat (RTE) pun kami bawa sikit sebab food ada ayam dan daging tak boleh dibawa masuk ke Jepun, lagi pun makanan halal @ muslim friendly agak mudah didapati di konbini seperti 7E, Lawson, Family Mart yang penting download apps halal, just scan je ingredients. 

Bekalan makanan untuk 1 orang

Universal plug pun jangan lupa bawa sebab plug pin Jepun ni lain dengan soket di Malaysia. Pakaian pun bawa secukupnya, boleh check weather forecast. Macam kami pergi bulan Jun consider early summer tapi suhu masih sejuk maksima pun dalam 25C dan Alpine Route yang kami pergi still ada snow so kami bawa winter cloth 1 set.

Plug point di Jepun...jangan lupa bawa universal adaptor

Ok semua persediaan dah ready, jom kita ke Jepun, tapi sebelum fly kena fill in e-arrival form dalam Japan Website dan dapatkan QR code untuk permudahkan urusan entry di Immigration nanti. Travel insuran pun jangan lupa dan untuk internet pula kami beli e-sim di Hello1010 dengan harga RM 49 utk 8 hari unlimited. Semua dah ready jom Japan….

Jangan lupa register ini sebelum fly ke Jepun


Day 1 : KLIA2 - Haneda Airport
Hari yang ditunggu pun telah tiba. Flight kami dari KLIA2 ke Haneda Airport pada jam 2.10pm so jam 9 pagi kami dah bergerak dari Melaka. Kami berempat carpool dan parking di KLIA2 je nanti. 

EV car ada special parking di KLIA2 dekat dengan pintu

Alas perut makan Nak Nak dulu sebelum fly

Jom ke Jepun dgn Air Asia

Flight besar seat 2-4-2

Makan lagi dalam flight

Alhamdullilah flight smooth dan kami arrive di Haneda Airport pada jam 10.30 malam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam dan beza waktu Jepun lebih awal 1 jam dengan Malaysia. Urusan Immigration pun agak pantas dan sistematik (Jepun kan) dan kami lalu fast lane sebab tiada apa yang perlu di declare. Kami book hotel di Ueno dan untuk ke sana guna airport transfer yang dibooking di Tripcom dengan harga RM 285. Sebab dah tiba agak lewat kami guna airport transfer je instead of bus atau train. Jarak perjalanan ke hotel lebih kurang 30 min. 

Group photo bukti kehadiran

Airport transfer ke hotel

Tokyo di waktu malam

Alhamdullilah tiba hotel di Ueno

Kami self-check in di Ueno Minn Hotel, tiada orang pun di reception counter. Agak mudah dah pantas, just scan QR dan kami terus dapat nombor bilik dan passcode pintu. Malam pertama di Tokyo ini kami berehat je after long journey.

Tiada orang di kaunter

Self-check in je

Ok good night...1st night di Jepun


Day 2 : Ueno Tokyo - Toyama
Good morning Tokyo. Pagi ini jam 10 kami akan naik JR shinkasen train ke Toyama dari Ueno Station. Perjalanan lebih kurang 2 jam lebih. Harga tiket train RM 365 per pax. Hotel kami stay ada sediakan breakfast tapi simple je sekeping pizza dan coffee/tea. Kami ambil pizza tomato cheese dan makan di bilik. 

Good morning from Ueno Tokyo

Lepak di lobi menunggu takeaway breakfast

Breakfast masuk bakul angkat sendiri

Boleh lah untuk alas perut

Selepas itu kami check out dan start tarik beg ke Ueno Station. Jarak tak jauh dalam 10 minit je tapi biasa lah first time agak mencari-cari jugalah entrance ke JR train ni. Train datang on time dan kami tiba di Toyama Station pada jam 12.10pm.

Check out pun scan kat pintu je

Bye-bye Minn Ueno Hotel tidur 1 malam je

Sesi menarik bag ke Ueno Station

Sampai dah Ueno Station tapi kena turun ke bawah untuk ke main entrance

Tukar tiket JR di ticket machine

Jom masuk cari train

Sila pilih nak yang mana

Sila baca signboard jangan salah train

Boleh work from station

Shinkansen dah sampai tapi bukan kita punya...

Yang ini baru betul ke Toyama

Suasana dalam train...sunyi sepi je

Jom ke Toyama kita

Then, kami ke hotel Toyama Chitetsu yang dekat je di building sebelah station. Since masih awal lagi untuk check in kami tinggalkan beg di hotel dan start exploring Toyama. Perut dah lapar so hajat di hati nak makan halal ramen di Inoha Ramen yang terletak di CIC Building depan Toyama Station tapi malangnya halal set out of stock pula. 

Alhamdullilah tiba di Toyama

Hotel kami untuk malam ini

Letak bag je dulu sebab belum boleh check in

Jom cari makan

Takde rezeki...halal food out of stock pula


So, kami cari alternative lain untuk makan. Kita makan muslim friendly sushi je untuk alas perut. Dah verify dengan chef dia (6 tahun kerja di KL) yang sushi dia tak letak mirin tapi kicap tak boleh makan sebab ada mirin.

Jumpa kedai sushi muslim friendly

Sashimi

Sushi....semuanya lah raw

Nak tambah order lagi ke tu?

Lepas lunch sushi (tak kenyang pun saja buat rasa-rasa), kami ke 7E pula untuk cari dan beli apa yang boleh dimakan. Setelah gigih scan ingredients ada juga makanan yang boleh dimakan seperti onigiri salmon. So, kami beli dan makan dalam train je nanti sebab lepas ini kami nak ke Amarahashi Coast pula ambil angin laut. 

Shopping di konbini 7E

Smoothie ini yang paling best

Yeah dapat smoothie dan ice-cream

Hasil tangkapan di 7E

Tiket train ke sana kami beli di Toyama Train Station tapi kena tukar train di Takaoka. Tiba di Takaoka kami turun berjalan sebentar ke Doraemon walking trail sebab Takaoka ini kampung Doraemon sebenarnya. 

Beli tiket train

Train klasik je

Antara design rumah-rumah di Jepun

Tiba di kampung halaman Doraemon

Photo di Doraemon walking trail

Then, kami sambung naik train ke Amarahashi Coast. Tiba di sana kami jalan-jalan pantai dan ambik next train untuk pulang ke Toyama.

Tiba di Amarahashi Coast

Jalan-jalan

Iconic di sini tapi background gunung-gunung tak berapa nampak

Dah penat jalan ke tu?

Keretapi merah dah sampai jom balik Toyama

Tiba di Toyama, kami terus ke hotel untuk check in, solat dan rehat. 

Semua dah pandai beli tiket...tiket untuk train dari Takaoka ke Toyama

Train dah sampai jom balik Toyama

Train ni pun comel je

Sebelum ke hotel, singgah dulu ambik web ticket di machine di Dentetsu Toyama Station

Dan terus beli ticket train untuk ke Tateyama esok pagi

Ambik apa yang patut sebelum naik ke bilik

Malam, lepas maghrib kami keluar sightseeing Toyama city. Kami dapat 2 free ride tram pusing-pusing bandar dan Toyama ini memang terkenal dengan tram. Ok layan photo ya suasana malam di Toyama city.

Free ticket tram

Amazing Toyama

Nak naik basikal pun boleh

Antara jenis-jenis tram yang ada

Yang ini pun ada

Kami naik yang ni pusing-pusing town

Cantik Toyama Castle

Group photo kena ada

Sisi lain Toyama Castle

Cantik di waktu malam

Sungai di Toyama

Singgah Lawson sebelum balik hotel

Hasil dari Lawson dan 7E

Simple dinner malam tu...ramen indomie


Day 3 : Alpine Route - Matsumoto
Jam 4.30 pagi kami dah check out sebab train ke Tateyama jam 5.10 pagi. Dengar macam awal tapi time ini dah terang benderang sebab subuh jam 2.30 pagi. Before naik train, kami ke luggage forwarding service untuk hantar luggage direct ke Shinano Omachi Station sebab Alpine Tour ini one-way dan nanti kami akan check in di Matsumoto. Kalau nak senang faham refer diagram di awal blog ini untuk Alpine Route.

Awal sampai station (bawah hotel) je....gate pun tak buka lagi

Trolley bag yang kena bungkus sebab zip rosak....nasib baik ada beg kain spare

Luggage forwarding service ada dalam station mudah nak hantar...1 bag 4000 yen

Masuk barisan tunggu train 5.10 pagi

Train dah sampai jam 5 pagi cerah kan

Macam biasa train klasik je

Antara view sepanjang perjalanan...lebih kurang 1 jam naik train

Dah nampak snow mountain di kejauhan

Ada bridge untuk train rasanya

Sungai

Lepas naik train kita naik cable car Tateyama.

Sampai awal jam 6 pagi di Cable Car Station Tateyama....1st cable car jam 7 pagi...kami punya tiket jam 7.10 pagi...setiap 10 minit ada tapi kena booking awal sebab ada limit per cable car

Ini entrance depan tapi kalau naik train tadi terus connecting dengan station ini

Lepak makan breakfast dulu sambil tunggu turn

Onigiri Salmon Lawson ini sedap

Top up air di sini....sejuk fresh so far ok tak sakit perut

Ok ready tunggu cable car datang

Macam cable car kat Penang Hill. Journey tak lama dalam 7 minit je

Next, kita naik bas pula ke puncak Murodo. Perjalanan lebih kurang 50 minit so sila layan photo ya.

Ok next masuk barisan untuk naik bas pula

Pekerja-pekerja sedia menanti di bas masing-masing

Jom naik bas dapat seat depan yeah

Driver stop kejap tengok waterfall dari kejauhan

Layan corner

Snow mountain dah kelihatan

Dah nak masuk summer....hijau mula kelihatan

Tak sabar nak sampai dan turun bas

Layan view





Sila tengok view di luar abaikan model ni

Dah start lalu di celah snow wall

Lagi tinggi snow wall...inshaAllah tak collapse time bus lalu

View macam ini boleh dapat from mid-Apr to mid-June je every year

Tiba di Murodo Station, kami jalan-jalan main snow dan unlocked snow wall experience. Alhamdullilah. Spend masa lebih kurang 2 jam di sini sebab kawasannya besar.

Dah sampai Murodo Station, pilih nak explore mana dulu

Kita explore snow corridor dulu lah

Jalan di snow corridor

Group photo wajib

Tinggi ke tak tinggi?

Ada hotel juga kalau nak stay sini

Baca signboard nak pergi mana

Mestilah photo wajib lagi

Nak main ski @snowboard pun boleh

ABC satu

Tasik pun beku

View lain tasik

Ramai tengah beratur beli ABC

Gunung ni color hijau putih sebenarnya...

Tengah fikir air tasik beku tu color apa

Banyak burung dalam semak ni

Jom jalan sana pula kata Orked

Bawah tu ada hot spring boleh bau sulphur

Zoom je tak turun bawah sebab tak bawa PPE

Another mixed view summer dan winter

Lapar sudah kita lunch dulu

Sambung dengan ice-cream pula

Group photo

Mestilah gambar lagi

Ada yang main parasailing

Tak tau signage tu tulis apa....tolong translate

Group posing wajib

Dah jom balik

Sesat di snow mountain Tateyama

Macam pelangi tapi bukan pelangi

Then, sambung ke snow wall area pula.

Kita ke snow wall pula

This year snow wall tak tinggi sangat 10m je...ada yang sampai 20m

Kukuh dan padat snow wall ni

Jalan-jalan sepanjang snow wall

Group photo

Awas bas nak lalu

Tinggi sikit dari bas

Bas dah lalu boleh group posing

Sempat buat snowman di snow wall....macam ABC rupanya

Bukti hadir...dah boleh balik


Dah puas main snow, kami bergerak turun. So continue dengan tunnel electric bus dalam 10 minit perjalanan.

Beratur untuk naik electric bus untuk turun ke bawah

Tunnel bus

Next sambung dengan ropeway pun dalam 7 minit.

Naik ropeway macam kat Switzerland

Sambung lagi turun dengan cable car 5 minit ke Kurobe Dam.

Sambung turun dengan cable car ni

Kejap je 7 minit

Gayat sebab duduk atas

Jalan-jalan ambil angin di Kurobe Dam pula.

Jalan keluar untuk ke dam

Dah sampai Korube Dam

Besar

Tinggi dam ni

Tenang je

Gambar wajib

Refill air dulu...bukan air dam ya...

Dah puas makan angin, kita naik tunnel electric bus ke Ogizawa pula untuk ambik local bus ke Shinano Omachi. Lepas itu naik train ke Matsumoto. Macam-macam mode of transportation kami naik hari ini.

Jalan dalam tunnel untuk keluar dari dam

Naik tangga pula

Tengah kejar electric bus ke Ogizawa

Dah sampai Shinano Omachi Station...naik bas ini dari Ogizawa dalam 40 minit journey

Ambil bag di forwarding service...dekat je depan station

Kena tumpang bag atas bag lain sebab zip rosak

Jom naik JR train ke Matsumoto

Train kosong sebab masuk awal lepas tu penuh dengan budak sekolah

Budak-budak balik sekolah penuh train...cantik beg sekolah...

Kena angkat beg kat station ini tadi sebab takde lift

Petang kami tiba di Matsumoto check in di Alpico Plaza Hotel dan berehat setelah seharian explore Alpine Route Japan.

Sampai sudah di Matsumoto

Station Matsumoto...tenang je

Mana hotel? Kena tarik bag ni

Dekat je 5 minit tarik bag...hotel untuk 2 malam

Self-check in tapi ada staff yang assist

Lepas letak bag cari dinner di 7E

Hasil belian...ikan-ikan tu sedap ya sila beli

Dinner kami malam ini

Alhamdullilah sedap dan kenyang

Dah siap pack untuk takeaway esok

Good night Matsumoto esok nak jalan lagi.....

Day 4 : Kamikochi
Pagi ini trip kami ke Kamikochi pula. Terletak lebih kurang 2 jam dari hotel. Untuk ke sana kami naik local train dari Matsumoto ke Shinshimashima dan tukar naik bas ke Kamikochi. Tiket bas ke Kamikochi jam 7.10 pagi (kena beli awal ya sebab cepat sold out). Perjalanan train lebih kurang 30 minit dan bas lebih kurang 1 jam.

Pagi dah keluar sebab train jam 6.30 pagi

JR Station Matsumoto

Ada raksasa lah...mana Ultraman ni?

3 orang makcik di Matsumoto

Train dah sampai jom...

Jumpa geng dari Malaysia nak ke Kamikochi gak

Water jelly yang viral diperkenalkan oleh geng tadi.....goncang-goncang keluar jeli

Penuh train macam biasa senyap sunyi

Sampai di Station Shinshimashima...berapa kali shima dah...

Tukar naik bas pula ke Kamikochi

View sepanjang perjalanan

Belum sampai lagi dah cantik

Taisho Pond dah nak dekat sampai Kamikochi

Penuh dalam bas sampai kena tambah seat tengah

Sungai mengalir deras


Kami tiba di Kamikochi agak awal, trip bas yang ke-2 so orang masih belum ramai. Apa aktiviti di Kamikochi ini? Just jalan-jalan healing tengok sungai dan light trekking. Bas return ke Matsumoto pada jam 2.05pm, so kami ada lebih kurang 5 jam je di sini so tak sempat nak round semua. Ok layan photo kami di Kamikochi. Kami trekking lebih kurang 6km di sini.

Tiba sudah di Kamikochi....jom mandi sungai

Gambar wajib...nasib baik tak jatuh masuk sungai

Antara gambar wajib

Jom start trekking

Healing

Dapat memancing best ni

Kappa Bridge Kamikochi

New Zealand ke Jepun ni?

Layan view air crystal clear

Bukti kehadiran di Kamikochi

Jom panjat gunung

Merentasi sungai-sungai

Sungai lagi

dan lagi...

Bunyikan bell supaya bear tak follow rapat

Sungai yang jernih nampak rumput rumpai

Jungle trekking

Baik-baik ada beruang

Nak masuk ke Myoujin Pond kena bayar entrance fee 500 yen dewasa

Kecil je pond ni tak masuk pun tak pe...ramai masuk sebab ada shrine hujung tu

Myoujin pond

Sunyi je pond ni

Dah jom pulang ke pangkal jalan...cross bridge untuk ke bus terminal

Ini bukan Kappa Bridge ya....3km lagi nak sampai balik ke Kappa Bridge

Photo di jambatan dulu

Bridge tak tahu nama dekat dengan Myoujin Pond

Bergambar bawah jambatan pula

Jumpa rest area kita lunch dulu

Open table top up calorie

Simple lunch tapi kenyang

Time ini Kappa Bridge dah ramai orang dah tengahari

Tunggu bas untuk balik ke Shinshimashima Station

Air ni sedap boleh beli

Ok jom balik Matsumoto

Kami tiba semula di hotel dalam jam 4 petang, balik hotel dan solat. Petang itu kami ke Aoen Mall Matsumoto sebab member kena beli beg luggage baru sebab tetiba pula luggage bag zip rosak. Dekat 2 jam gak kami bershopping di Aeon Matsumoto.

Jom jalan cari AEON dalam 1km lebih je dari hotel

Lalu celah rumah orang

Akhirnya jumpa AEON Mall..besar juga lagi besar dari AEON Melaka

Tengah fikir nak beli bag yang mana

Boleh terus claim tax free di AEON

Dinner kami hasil shopping di AEON...macam-macam ada

Puas cari natto yang halal...ada di AEON dan sedap tak busuk

Dah pandai makan natto


Day 5 : Matsumoto - Takayama
Pagi kami breakfast di bilik dan check out jam 8.30 pagi. Letak luggage di lobi dan jom kita round Matsumoto city. Jemput layan photo sightseeing Matsumoto.

Beg dah ready nak check out...teka mana bag baru?

Good morning Matsumoto....view dari bilik hotel

Jom start explore Matsumoto city

1st stop pergi sini...art gallery layan je lah

Yang penting wefie dulu

Pumpkin polka dot...tak banyak tempat boleh ambil gambar

Awak ni apa? Kucing ke?

Next kita pergi Matsumoto Castle

Tak masuk dalam pun sebab kena bayar....hehe

Yang penting ambil gambar wajib

Rombongan nursery pun ada

Jangan kuban-kuban tempat orang...Koban ni polis tau

Tumpang lalu celah rumah orang

Bagus sistem pengasingan sampah..bila Malaysia nak macam ni

Nawate Dori Street Matsumoto...ada katak besar

Jalan lagi sightseeing Matsumoto yang tenang ni

Tempat wajib singgah

Pastinya smoothie...kat Malaysia takde ke?

Stop wajib juga

Kita singgah kedai ni pula....segala jenis toys games semua ada

Pilih-pilih...tapi mahal-mahal semua

Window shopping jelah

Lepas penat berjalan sekitar Matsumoto kami kembali semula ke hotel untuk ambil luggage dan pergi ke Matsumoto Bus Station yang bersebelahan dengan hotel. Kami akan naik bas ke Takayama pada jam 1.05 tengahari dan perjalanan ambil masa lebih kurang 2.5 jam.

Station bus sebelah hotel je

Jom naik bas ke Takayama

Sebaik tiba di Takayama Bus Station, kami berjalan ke Relax Hotel yang lebih kurang 3 minit je jaraknya. Bilik yang agak selesa untuk kami berempat. Rehat dan solat then kami keluar cari makan. Petang itu kami makan wagyu hida beef yang famous di Takayama. Kami dinner di Shogun Wagyu harga agak keras tapi Alhamdullilah halal dan sedap.

Stop sekejap di RnR...hujan petang tu

Dah sampai Takayama Bus Station

Dah sampai Relax Hotel dekat je dengan JR/Bus station Takayama...tapi kena angkat beg naik tangga takde lift lah....

Check in time

Bilik besar selesa

Ada ruang lepak lagi

Ada welcome drink sake @ tea.....mestilah kami pilih tea

Sabar menunggu teh sedang direndam

Jom jalan cari dinner pula...gerimis petang di Takayama

Jalan-jalan macam di kampung sendiri

Ada sungai besar

Jumpa sudah restoran halal Wagyu Shogun

Nak order apa tu?

Kami order wagyu la...Takayama memang terkenal dengan wagyu hida beef

Photo dulu sebelum makan

Jom masak-masak

Daging yang cair di mulut

Jalan-jalan bakar lemak pula...ada mall yang ada Alpen, ABC, Uniqlo

Shopping ringan-ringan di Uniqlo dulu


Day 6 : Takayama - Shirakawago
Pagi kami breakfast di hotel. Alhamdullilah sedap breakfastnya. Pagi kami plan nak ronda Takayama city tapi hujan gerimis. Time ni typhoon Jangmi tengah menyerang selatan Jepun sehingga ke Osaka dan Tokyo, Alhamdullilah Takayama ini agak jauh dari kawasan yang terlibat tapi cuma hujan sedikit.

Jom kita breakfast dulu

Alhamdullilah kenyang

Walaupun hujan kami redah juga Takayama city ini. Biasanya pagi akan ada Miyazawa Morning Market tapi sebab hujan kurang meriah sikit dan tiada jualan di booth. Ok macam biasa layan photo sepagi di Takayama.

Walaupun hujan tetap diredah demi Takayama

Air sungai deras

Morning market sunyi sebab hujan

Masuk kedai lah window shopping

Tengok-tengok je

Antara kedai yang klasik macam zaman oshin

Lorong di Takayama

Hujan lagi

Wefie tetap ada

Ada juga lah beberapa stall yang buka

Masuk nak beli halal dessert

Ini boleh beli buat rasa-rasa

Beratur ni mesti kedai viral

Hujan dah reda bergambar dulu tepi sungai

Kita masuk museum Takayama jap...free je

Tempat letak payung boleh lock

Kalau tak hujan mesti air sungai cantik

Rehat jap baca map

Rumah dan pokok yang klasik

Dah jom balik bilik makan lapar

Lepas ronda Takayama, kami balik hotel lunch dan solat dulu sebelum ke Shirakawago.

Lunch dulu top up calorie

Belah petang pula, kami ke Shirakawago naik bas jam 12.35 tengahari. Shirakawago ni perkampungan Unesco yang unik jarak lebih kurang 1 jam dari Takayama. Kami naik bas yang tiket nya telah dibeli awal secara online. Alhamdullilah petang itu tak hujan dan dapatlah kami explore kampung Shirakawago. Tapi kampung ini akan bertambah cantik bila time winter.

Jom ke Takayama Nohi Bus Station untuk ke Shirakawago

Bas dah sampai jom...dalam sejam perjalanan

Dah tiba di Shirakawago

Beratur untuk naik shuttle ke view point....tambang 300 yen one way

Ok shuttle dah sampai

View kampung Shirakawago dari view point

Time winter penuh memutih kawasan ini

Turun kita jalan kaki je lah jimat 300 yen

Jalan ronda macam kampung sendiri tapi tak boleh bising

Cantik laman rumah dia penuh bunga daisy

Tipikal rumah di sini dengan atap tebal yang unik

Belum musim padi lagi

Siapa bela ikan dalam longkang ni

Gambar wajib kena ada

Setiap rumah ada tangga senang nak repair atap

Rumah yang cantik..tuan rumah sedang berkebun

Tenang je

Bukti kehadiran balik kampung

Kena wefie 0.5 juga

Masuk museum

3 Oshins

Tumpang beraya

Tak pasti rombongan sekolah atau memang nak balik rumah masing-masing

Fire hydrant monitor ada di setiap rumah...fire risk tinggi atas jenis macam tu

Kami gerak balik ke Takayama naik bas jam 5.25 petang. Tiba di Takayama masing-masing dah lapar dan jom cari dinner. Kami dinner di Suzuya dan Alhamdullilah sedap. Good night Takayama last day kami esok nak ke Tokyo pula.

Dinner di Suzuya lebih kurang 10 minit jalan kaki dari hotel

Ini yang kami order Alhamdullilah

Gambar dulu sebelum makan

Sempat sembang ayam itik dengan owner....yang pasti oishii...

Kasut pun sampai pecah tapak banyak sangat jalan

Singgah 7E beli gam gajah nak tampal kasut

Day 7 : Takayama - Tokyo
Hari ini kami akan ke Tokyo sebelum fly balik esoknya. Pagi breakfast dulu di hotel. Check out jam 8 pagi sebab bas kami ke Shinjuku Tokyo pada jam 8.30 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5.5 jam. 

Kita breakfast dulu sebelum check out

Terima kasih bawa turun kan beg...Hotel Relax memang terbaik

Ok check out bye Takayama

Depan JR Takayama....friendship since form 1

Jom tunggu bas ke Shinjuku Tokyo

Bas dah sampai jom naik

Ada special seating untuk woman lah..bagus shariah compliance

View dalam perjalanan...padi menguning

3 kali stop sepanjang 5.5 jam....ini stop toilet break yang ke-tiga

Ada tasik belakang rnr

Alhamdullilah perjalanan berjalan lancar dan kami tiba di Shinjuku lebih kurang jam 2 petang. Terus tarik beg ke Shinjuku Washington Hotel yang tak jauh dari bus station Shinjuku (lebih kurang 10 minit berjalan). Check in di hotel self-service je, naik solat dan terus keluar balik explore Tokyo.

Dah sampai Shinjuku Tokyo...jom tarik bag ke hotel

Ok sampai hotel sudah

Macam biasa self-check in

Standard bilik di Jepun....kecil tapi mahal

Since semua dah lapar tempat pertama dituju ialah restoran halal lah. Kami late lunch di Gyumon. Boleh tahan sedap.
 
Jom masuk Gyumon

Cik nak order apa?

Kami order ini...oishii

Rezeki dapat free wagyu burger sebab baru launch

Ada banyak branch sekitar Jepun

Harga keras sikit

Jom makan

Lepas perut diisi kami ke Alpine Tokyo di Shinjuku. Apalagi cari kasut lah. 

Jom Alpen Tokyo

Bincang apa lagi tu?

Wefie 0.5 dulu

Ke nak masuk kedai ni?

Jom masuk Alpen lah

Sesi testing kasut

Belanja sikit apa yang ada

Cuci mata

Beli ke tak beli?

Settle shopping jangan lupa claim free tax kat kaunter ni

Lepas tu sambung window shopping area Shinjuku dan Shibuya. 

Keluar dari Alpen tau-tau dah nak gelap

Jom ke Shibuya pula...beli tiket train dulu...besar plastik beli apa tu?

Penuhnya orang

Shibuya crossing...ready nak lintas jalan

Jom meramaikan lagi

Ok dah start lintas jalan

Kita jalan lagi Tokyo di waktu malam...esok dah nak balik

Lalu je selamat tak masuk

Uniqlo lagi

Survey-survey G-Shock

Gambar wajib mesti ada...ada pula yang tumpang sekali

Jom jalan lagi


Perut pun dah lapar, kita makan ayam goreng pula. Ok good night Tokyo…malam last di Jepun untuk trip kali ini.

Dinner di sini 

Makan ayam pula boring dah makan daging

Dah jom balik..dah lewat ni

Day 8 : Gotemba - KLIA2
Pagi ini kami check out jam 7 pagi dan simpan beg di hotel. Flight balik ke Malaysia pada jam 11.50 malam so seharian yang ada ini kami guna sebaiknya. Tempat yang dituju ialah Gotemba Premium Outlet. Jarak agak jauh lebih kurang 2 jam. Kami ke sana naik bas je beli tiket bas secara online. Bas dari Shinjuku station jam 8.05 pagi. 

Good morning Shinjuku...view from bilik hotel

Letak luggage di hotel..lock sendiri foc je

Wefie di Shinjuku Station

Jom ke Shinjuku Bus Terminal...building yang sama dengan Shinjuku Station

Gate berapa bas kita ni? Hmm...macam kasut baru je

Ok gate B4 standby

Jam 10 pagi kami dah tiba di Gotemba Premium Outlet. Tempat pertama dituju mestilah Onitsuka Tiger. Masing-masing memborong. Masa kami tak lama di sini sebab tiket balik ke Shinjuku pada jam 1.50 petang so free and easy shopping sampai masa bas datang.

Yeah dah tiba di Gotemba Premium Outlet

Sini ya tak salah tempat

Ok jom shopping

Kedai tak ramai orang lagi baru buka

Belanja sikit kasut

Dah masing-masing penuh tangan

Sambung shopping lagi

Ada surau di sini...boleh solat dulu sebelum balik Tokyo

Surau selesa asing lelaki perempuan

Sambung lagi shopping

Besar ya kawasannya...kena baca map supaya tak buang masa

Masa tamat dah jom balik Malaysia....beli apa tu dalam paper bag


Tiba di hotel kami packing barang-barang yang dibeli dan keluar cari lunch. 

Sesi packing barang hasil shopping

Kunci semula bag nak pergi makan

Kali ini kami makan ramen di Honolu Ramen di Shinjuku. 

Jom makan ramen

Ini kedainya kecil je

Muka senyum nak makan sebab dah lapar

Kami order ini dari yang tak pedas sampai extra spicy

Boleh beli bawa balik


Lepas makan kami rushing balik ke hotel sebab bas limousine ke Haneda Airport pada jam 7.30 malam pick up di hadapan hotel. Jarak perjalanan lebih kurang sejam lebih sebab banyak stop pick up passenger di hotel-hotel lain dan juga di Shinjuku Station.

Tunggu bas depan hotel

Bas dah sampai...jom balik Malaysia

Alhamdullilah selamat check in. Ada surau di Departure Hall depan kaunter M, so mudah untuk kita selesaikan kewajipan sebelum berlepas. Proses immigration dan boarding pun berjalan lancar dan kami selamat tiba di Malaysia pada jam 6 pagi.

Ramai dah beratur panjang

Dah sampai KLIA2 kita breakfast dulu sebelum pulang ke sarang

Ini bukan ramen

Hasil tangkapan G-Shock

Adhoc personal shopper

Ole-ole Japan 2026

Sekian catatan perjalanan kami ke Jepun ini selama 8 hari 7 malam dengan bajet lebih kurang RM 5300 per pax tak termasuk makan dan shopping. Alhamdullilah berjalan lancar dan pengalaman yang berharga untuk kami.