Tuesday 4 August 2020

Percutian Keluarga ke Pulau Besar, Mersing (25 - 27 Julai 2020)


Salam semua, kali ini saya nak share kisah percutian keluarga Cikgu Rashid ke Pulau Besar Mersing. Ini adalah percutian pertama setelah berbulan-bulan terperap disebabkan MCO COVID19. So, after government declare je RMCO (Recovery Movement Control Order), kami pun mencari tempat untuk bercuti. Survey punya survey tengok ada promo di Pulau Besar Mersing. Sebelum ini tak tahu pun kewujudan Pulau Besar ini walaupun pernah pergi beberapa pulau sekitar Mersing seperti Tioman dan Dayang, yang kami tahu cuma Pulau Besar di Melaka je. Tengok dalam internet macam cantik je Pulau Besar ni, so apa lagi jom kita tengok.

 Lokasi Pulau Besar (ehsan Mr Google)


Nama asal pulau ini ialah Pulau Babi Besar, tapi nama tu macam tak komersial je so ditukar kepada Pulau Besar. Ada lagenda kenapa namanya Pulau Babi Besar tapi rasa tak perlu lah tulis di sini nanti panjang pula ceritanya. Jarak pulau ini tak jauh dari Jeti Mersing iaitu lebih kurang 20-30 min naik speedboat tak macam ke Pulau Dayang 4 hingga 5 jam atas bot memang boleh muntah hijau lah. Boleh baca juga blog kami ke Pulau Dayang di page belakang-belakang.


Ini lagenda asal usul nama Pulau Babi Besar


Untuk percutian ini kami ambil pakej all in je dengan Aseania  Hotel. Book pun melalui website Aseania  untuk dapatkan harga promo. Pakej ini cover sekali bilik untuk 2 malam, speed boat pergi balik, 2 breakfast, 2 lunch dan 2 dinner. So tinggal bawa badan dan duit sikitlah untuk beli air kelapa dan sewa basikal. Percutian kali ini disertai oleh 11 dewasa dan 3 kanak-kanak, adik yang bongsu tak dapat ikut sebab ada exam so next time adik kita pergi tempat lain pula.


Promo Aseania...tapi kami dapat murah sikit RM 470 untuk country view twin sharing

Pagi 25 Julai, 2 buah kereta bertolak dari Melaka pada jam 7.30 pagi dan sebuah lagi dari JB. Bot ke Pulau Besar pada jam 12.30 tengahari dari Jeti Mersing. Jarak dari Melaka ke Mersing lebih kurang 4 jam tapi pagi itu kami sampai agak awal iaitu sebelum jam 11. Biar awal sampai daripada tertinggal bot. Parking di sekitar Jeti Mersing agak penuh maklumlah weekend so kami parking di kawasan stadium yang tidak jauh dari jeti. Parking sehari ialah RM15 dan since kami pergi 3 hari kenalah parking RM45. Tak pe yang penting parking di tempat selamat. Sementara menunggu team dari JB dan bot jam 12.30 tengahari, kami lepak-lepak makan roti canai dulu berdekatan dengan jeti.


Jom ke Pulau Babi Besar Mersing

Dah sampai Mersing

Bayar parking dulu RM 45

Lepak kat bangunan ini dulu (tepi jeti)

Makan roti canai dulu

Office Aseania di bangunan tepi jeti tadi

 

Tepat jam 12.30 pm, kami bersedia untuk naik speedboat. Perjalanan bot agak lancar, sekejap je sampai dan tak sempat muntah pun. Lebih kurang jam 1 tengahari kami pun selamat tiba di Pulau Besar. 

Beratur jaga social distance & temperature reading sebelum masuk ke jeti

Beratur masuk bot pula

Rombongan Cikgu Rashid, ada budak dah risau takut muntah

Sekejap je dah sampai Pulau Besar...yeah

Hotel Aseania dah nampak dari kejauhan

Jeti Pulau Besar tempat kami berlabuh

Terkagum sekejap dengan keindahan pantainya. Tiba di hotel, kami diberi welcome drink dan terus boleh check in. Kami book 5 chalet yang tak jauh antara satu sama lain. Kita check in dulu, rehat-rehat, solat dan lunch di cafĂ©. 


Pantai depan hotel

Jemput minum "welcome drink"

Check in time - chalet mak abah

Ni pekerja hotel ke?....hehe

Barisan chalet kami sederet 5 bilik

Keadaan di dalam chalet - selesa

Sessi check pool...ok pass Mimi kata


Aktiviti 3 hari 2 malam kami di sini santai-santai je. Jalan-jalan pantai, mandi laut, mandi pool, naik basikal, lepak pantai, tengok sunset, tengok sunrise, pergi spa, makan, minum air kelapa dan tidur. Memang chill dan release stress lah. Plan asal ada snorkeling trip (RM70 per pax), dah booking tapi hari ke-2 yang sepatutnya pergi snorkeling terpaksa dibatalkan sebab ombak agak besar dan bahaya  waktu nak transit ke bot nanti. So takpe lah tak dapat snorkeling pun yang penting enjoy time di pulau. Ok tak nak cerita banyak, layan je photo Pulau Besar ini. Susunan photo tak ikut itinerary ya...gaya bebas je sebab semua photo cun-cun pemandangan pulau...


View depan hotel

Tempat bersantai-santai

Port baik layan laut - view jeti

Tengok laut dapat pahala

Ada yang tak sabar dah terjun laut

Sessi berendam

Yeah mandi laut

Sessi santai petang tengok laut

Layan air kelapa tepi laut

Since hotel terikat dengan RMCO so takde makanan buffet yang dihidangkan, kami makan berjemaah dengan hidangan ala carte yang dah memang masuk dalam pakej. Pelbagai sessi photo acara makan-makan pula...no caption semuanya makan-makan di cafe hotel yang berviewkan laut yang tenang.









Ok layan photo lain pula...asyik makan je...acara burn calorie jom...sessi berbasikal pusing pulau....haha takde la pusing pulau sebab takde jalan yang proper...tapi agak jauh juga lah dari hujung pantai ke hujung pantai dalam 2KM ada rasanya so basikal sangat diperlukan. Basikal sewa dekat kedai sebelah hotel RM10 sejam @ RM35 sehari...kami sewa sehari je terus senang nak ronda-ronda.....


Kedai sewa basikal..pilih je nak yang mana

Geng rempit cucu, anak & nenek

Angsa block jalan minta tol

Atuk bergambar je...hehe

Sessi lumba basikal di jeti

Jeti lain pula takde railing angin kuat...baik-baik

Ada yang gayat lah tu

Sessi jogging berbasikal

Untung lah tak payah kayuh...hehe


Geng rumah kuning berkayuh ke jeti

Penat kayuh minum air kelapa....nyaman


Layan photo misi mencari sunset pula...

Tunggu matahari nak turun (sunset)

Pantai sebelah hujung sini berbatu dan banyak seaweed

Mentari mula menyorokkan diri

Cari ketam ke tu?...dah nak gelap ni
 

Layan photo misi mencari sunrise selepas subuh pula...

Pagi-pagi air surut...nampak segala seaweed nya

Air surut sehingga ke tengah....landai je

Sessi melompat tak jejak bumi seinci

Crystal clear water

Aliran pasir pantai yang cun...abaikan model tu

Sandbank ditengah-tengah air surut

Apa lagi yang diorang buat tengah laut tu

Dah cerah sikit baru nampak rumpai-rumpai

Ala-ala Maldives...jom Maldives (ada kat blog page belakang)

Seaweed yang berenang-renang

Seterusnya photo aktiviti bebas...

Sessi berendam berjemaah

Sessi merenung masa depan

Bersantai dengan pokok kayu

Pemeriksaan ranting-ranting kayu di tepi pantai

Kalau nak berkayak pun ada

Jom main buai

Jet ski pun ada tapi hotel sebelah punya "Bayu Lestari"

Jom main pasir

Sapa lah yang kena timbus tu...

Jadi tarzan sekejap

Puas laut terjun pool pula

Santai-santai tepi pool

Malam ada sessi ulangkaji

Nak spa pun boleh

Sessi bagi makan kucing - belakang tu nama-nama kampung di Pulau Besar tapi penduduk ada 20 orang je

Tetamu comel di chalet

Antara penginapan lain yang ada di Pulau Besar

Masjid pun ada

Belanja photo & video drone sikit....

Pilot in action

Pantai memutih

Nampak tulisan cun tu

Jeti kayu depan Bayu Lestari hotel

Jom tengok video drone

Cun tak air laut Pulau Besar

Hari ke-3 dah tiba masanya untuk balik. Bot ke Mersing pada jam 11 pagi so pagi tu ada masa lagi lepak pantai main pasir seround lagi. Tepat jam 11 semua dah ready dan jom kita balik ke tanah besar Semenanjung Malaysia. Bot pun berjalan lancar, bot yang balik lagi besar dari semasa datang. Sekejap je dah sampai Jeti Mersing. 


Sempat lagi lepak pantai lepas breakfast

Main pantai puas-puas nak balik dah ni

Dah check out jom gerak ke jeti....beg hotel hantarkan ke bot

Ombak agak kuat harap tak mabuk

Naik bot ni....bye-bye Pulau Besar, Mersing

Muka-muka yang tak sunburn yeah...

Sebelum masing-masing balik ke Melaka dan JB, kami singgah sekejap untuk beli kerepok lekor Mersing dan singgah makan Nasi Kari Kambing 40 Hari tepi highway Air Hitam yang sedap tu...


Beli kepok lekor Mersing

Nasi dulang kambing 40 hari....lazat...

 

Alhamdullilah selesai sudah percutian singkat kami setelah lama tak bercuti. Rasa tak puas sebenarnya dan nak jalan lagi…jom semua kalau ada rezeki kita bercuti lagi.


View 3 hari 2 malam Pulau Babi Besar Mersing yang sentiasa dalam ingatan....InshaAllah boleh datang lagi...