Monday, 16 January 2017

Day 13 : Manchester


Bangun pagi...ada orang masih kesedihan lagi...kalau ikut plan hari ini akan ke Manchester United Old Trafford Stadium, Etihad Stadium dan sightseeing Manchester city.

Pagi after breakfast terus keluar sebab dah beli online tiket Man U Stadium Tour jam 10 pagi. Harga tiket ialah £17 untuk seorang. Tiket boleh booking di web www.manutd.com.  Jam 9 pagi kami dah sampai di Old Trafford, terus round museum dan superstore dulu. En. Suami kata nanti lepas stadium tour nak call Bicester untuk tanya shopping bag dia yang tertinggal tu dengan harapan ada lagi.

Old Trafford Stadium tour macam biasa. Ini stadium tour yang ke 3 buat kami. Tahun 2010 dah pergi Stamford Bridge…En. Suami Chelsea's fan. Hari tu pergi Anfield Liverpool dan kali ini Man U la...ramai Malaysian yang minat Man U kan.



Akhirnya di depan Man U Old Trafford Stadium.

View dalam stadium.

Dalam player’s changing room. 

Dalam museum.

Dalam Man U merchandise shop.   





Lepas habis stadium tour dan shopping sikit di merchandise shop. En. Suami terus call Bicester office...alhamdullillah ada…diorang jumpa dan letakkan di lost and found office. So bermakna kami kena berpatah balik lah ke Bicester 2 jam pergi dan 2 jam balik...lari sikit lah program untuk hari ini…patut petang akan pergi ke Sheffield (1.5 hours drive from Manchester) jumpa sepupu…so kena cancel lah ya.

Tapi kami tak terus ke Bicester sebab office lost & found tu tutup jam 7 petang so ada masa lagi...boleh lah jalan ke Manchester city sekejap. Dapat pergi The John Rylands Library je. Manchester City Etihad Stadium, Hard Rock Cafe Manchester semua cancel. Tapau kebab di area Rylands Library dan balik solat di bilik je…after solat terus gerak ke Bicester.



Manchester city road.

The John Ryland Library di belakang tu.

Dalam The John Ryland Library.

Dalam The John Ryland Library.

Sempat study sikit dalam library.

Orang lain pun ada yang study di sini.


Selamat sampai di Bicester dalam jam 5.30 petang...terus jumpa security untuk ambil barang di lost and found counter. Rupanya satu almari barang-barang orang tertinggal. Semua yang mahal-mahal dan branded. Alhamdullilah barang En. Suami masih ada..baru lah boleh senyum sikit...Alhamdullilah walaupun berasa di negara bukan islam…tapi orang yang jujur dan amanah itu ada...kalau di Malaysia no komen lah..tak tau lah ada lagi tak barang tu...hehe... so alang-alang dah sampai Bicester sempat lagi seround shopping tapi yang penting before balik kena check lah barang betul-betul supaya takde yang tertinggal lagi.



Then, terus drive balik ke Manchester...dan sampai jam 9 malam.  Malam ini malam last dan nak kena hantar kereta sewa semula ke car rental village di area airport. Selamat return kereta jam 10 malam..dia check semua ok..naik shuttle yang disediakan ke airport. Dari airport naik taxi untuk ke hotel semula. Waktu tu dah agree dengan taxi driver tadi dia akan ambil di hotel jam 7 pagi esok untuk ke airport semula. Balik bilik packing barang dan tidur...stok makanan semua habis so tak perlu bawa balik ke Malaysia. Sebelum return kereta, kami cari Royal Mail post box yang berhampiran untuk poskan semula rental wifi modem yang dah digunapakai selama 2 minggu ni.




No comments:

Post a Comment