Monday 16 January 2017

Day 3 : Giant Causeway - Galway - Limerick


Bangun subuh kaki masih sakit lagi. Pastu whatsapp kat member dia kata jangan letak krim or minyak panas. Kalau bengkak, tuam ais or rendam dalam air sejuk. So apa lagi, masuk toilet bukak paip air sejuk yang dah memang sejuk tu dan rendam lah dalam bath tub. Lepas rendam baru lah rasa lega sikit dan dah boleh jalan. Thanks Nuzai for your tips kalau kau baca blog ni lah…

Jam 8 pagi check out dan terus ke Giant Causeway. Tapi sebelum tu makan dulu sebiji panadol muscle untuk elak sakit kaki lagi. Sampai di Giant Causeway jam 9 pagi dan visitor centre baru buka. So bayar lah £9, rupanya fee tu untuk masuk visitor centre je...kalau nak tengok beach area tak payah bayar pun takpe...ikut jalan dekat parking area. Ada juga bas untuk ke kawasan beach tu tapi kena bayar lagi £1 oneway. Ingat bayar £9 tu termasuk sekali bas rupanya tak. Tapi kalau ada banyak masa boleh lah masuk dan explore apa yang ada dalam visitor centre. Macam kami ni rushing dan tak banyak masa so macam tak berbaloi lah bayar untuk visitor centre tu.
          Sampai juga di Giants Causeway.            
Basalt columns yang unik di Giants Causeway.
Siapa rajin susun batu-batu ni?
Ini semua tanda kebesaran Allah…SubhanAllah….



Berposing sikit background batu-batu..


Giant Causeway beach.




Selepas puas hati menikmati keindahan Giant Causeway yang unik tu, kami gerak ke next destination iaitu Ireland pulak. Kira lawatan ke Northern Ireland dah berakhir. Short trip je ke Northern Ireland tapi puas hati dah cover tempat-tempat yang penting di Northen Ireland. Kalau ikut plan hari ini akan singgah di Galway, Ireland untuk solat dan lunch then terus ke Cliffs of Moher Cruise jam 4 petang. Memandangkan masa dah jam 11 pagi dan nak ke Cliff of Moher pun ambik masa 5 jam...maka kami skip Galway dan plan berhenti lah solat di mana-mana nanti. Memang agak rushing tapi tak speeding takut kena saman.

Tengah-tengah on the way tu, check email ada email daripada Cliffs of Moher Cruise yang mention that cruise kena cancel due to rough sea at Doolin. Diorang akan refund semula cruise fee tu sebab dah bayar online. Fee untuk cruise tu ialah €15 per person. Tiket cruise ni boleh dibooking di
www.doolin2aranferries.com.
On the way ke Galway….mana kereta lain ni?... 
Beli di petrol station...berry €1.00.   
Oklah since cruise pun dah cancel, maka tak lah rushing sangat…set semula destination ke Galway dan dapat solat di Galway Mosque. Kecik je mosque dia kat celah-celah rumah orang. Kami tak berhenti lunch sebab bekal roti ada lagi dan plan teruskan perjalanan ke Cliffs of Moher walaupun tak dapat naik cruise. Cliffs of Moher ni cliff area yang dalam video clip group Westlife lagu “My Love”. Kalau ikut web Cliffs of Moher tutup jam 6 petang…so tak tau la sempat ke tak sampai sebab jam 2.00 petang pun masih di Galway lagi dan ambil masa 4 jam from Galway ke Cliffs of Moher.


Galway Mosque and Islamic Society (13 Sandyview Drive, Riverside, Galway).

Bila dah jam 5 petang dan lagi 1 jam nak smpi ke Cliffs of Moher, cuaca pulak mendung dan terus hujan…so discuss dengan En. Suami kita skip la Cliffs of Moher tu dan terus je check in di Limerick. Limerick ini kira sejam dari Cliffs of Moher dan located on the way ke Dublin.

Cliffs of Moher ihsan Google. Takde rezeki nak ke sini...In Shaa Allah one day...

Dalam jam 6 lebih sampai lah kami di Travelodge Limerick Castletroy, check in, solat, makan Brahims lagi dan tidur. Boleh lah berehat awal untuk next journey esoknya. Limerick ni besar juga ada airport dan university. Selesai lah hari ke-3 walaupun tiada rezeki ke Cliffs of Moher. Mana tau ada rezeki datang lagi ke sini. Tapi alhamdullilah kaki dah ok dan tak terasa sakit lagi.



Gambar di Travelodge Limerick Castleroy waktu check out esoknya.









No comments:

Post a Comment