Monday 16 January 2017

Day 4 : Limerick - Dublin - Glasgow


Hari ini last day di Ireland. Pagi check out dan gerak ke Dublin. Dari Limerick ke Dublin ambil masa 2 jam. Kena tiba di Dublin sebelum jam 12pm sebab dah book Dublin Ferry Tour jam 12pm. Fee untuk ferry tour ialah €12.60 per person dan boleh booking di www.dublindiscovered.ie.


Jammed sikit jalan masuk ke Dublin city ni…pusing-pusing cari parking dan akhirnya parking di public parking di Fleet Street. Dari situ jalan kaki ke tempat ferry.




Jammed sikit jalan masuk ke Dublin City.

Naik ferry yang merah tu for Dublin River cruise.

View of Dublin city from ferry river cruise.

Jeanie Johnston Ship. Ada ship tour jika berminat.

Custom House Quay.

Singgah sekejap beli t-shirt.

Perasan student di Trinity College University of Dublin.

Di Trinity College University of Dublin.



Selepas ferry tour, sightseeing di Dublin city, pergi ke Trinity College University of Dublin, pergi ke Hard Rock Cafe beli t-shirt. Hard Rock Cafe ini dekat je di tempat parking kereta tadi. Tapi agak serabut sikit lah Dublin city ni. Banyak pub. Tak macam Belfast yang tenang. Selepas city sightseeing, makan di Iskander Kebab kawasan Trinity College tadi dan selepas itu kami pergi ke Dublin Mosque (lebih kurang 10 minit drive dari Fleet Street.


Dublin Mosque….asalnya dulu sebuah gereja…

Jam 4 petang pula, dah book tiket ke Kilmainham Goal. Tiket fee ialah €7 per person yang dibooked dari web www.kilmainhamgaolmuseum.ie. One tour trip boleh seramai 20-30 pax je so kalau berminat memang kena booking awal. Kilmainham Goal ni adalah prison dulu-dulu dan agak menarik lah untuk siapa yang minat sejarah. Kira good experience and new knowledge for us sebab tak pernah visit mana-mana prison sebelum ini. Tour ni mengambil masa selama sejam dan selepas tour kami terus ke airport untuk return car dan tunggu flight ke Glasgow, Scotland jam 8.30 malam.
Di depan Kilmainham Goal.


Gambar di luar dan surroundings. Tak ambil gambar di dalam penjara takut benda lain yang keluar.


Gambar dalam Kilmainham Goal. Ihsan Google.





Flying time ke Glasgow selama sejam dan alhamdullilah selamat landing di Glasgow airport jam 9.30 malam. Lepas tu terus je cari taxi ke hotel dan check in di Erskine Bridge Hotel and Spa Glasgow yang tak jauh daripada airport sebab esok pagi nak ke airport semula untuk collect car rental pula.













No comments:

Post a Comment