Monday 16 January 2017

Day 11 : Swansea - Cardiff - Oxford


Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa pergi Swansea? Apa yang bestnya? Jawapannya saje je sebab ada terbaca yang Ustaz Dr. Zaharuddin pernah tinggal dan belajar di sana. My ex-boss pun pernah study di sana, tu yang nak tengok environmentnya macam mana. Di area Swansea ni banyak university antaranya Swansea University and branch University of Wales. So pagi after breakfast nasi lemak Brahims, check out dari hotel lebih kurang jam 9 pagi. Drive sightseeing area Swansea satu round pastu terus je ke Cardiff, Wales. Jarak dari Swansea ke Cardiff takde lah jauh sangat lebih kurang 1 jam. Dalam perjalanan ke Cardiff city, stop sekejap kat Swansea Liberty Stadium. Masuk ke Swansea Club Superstore cuci mata. Club Swansea ni tak begitu famous di Malaysia tapi untuk football follower tau la pasal Swansea team ni. Then, next stop ialah Cardiff Stadium pulak...dah En. Suami peminat tegar football semua stadium kalau boleh nak singgah. Cardiff Stadium pun ada buat stadium tour juga tapi kami tak masuk lah just intai-intai tengok padang dan beli fridge magnet di superstore je. Cardiff Football club ini owner dia Malaysian iaitu Vincent Tan.
Swansea Liberty Stadium.

          Swansea City AFC Store.

Cardiff City Stadium - ada iklan visit Malaysia tu.

Window shopping di Cardiff City Superstore.






Then, perjalanan diteruskan ke Cardiff City Centre. Parking di public parking (Q-Park) dan jalan kaki ke Wales Millenium. Wales Millenium ni ialah art centre. Kalau ada festival or art show memang meriah di sini. Pastu kami jalan-jalan di Cardiff Bay sambil tengok-tengok laut. Waktu ni rasa sangat sejuk...sebelum ni takde lah sejuk sangat maybe sebab angin kuat di Cardiff Bay tu...so sebab tak tahan sejuk dengan outdoor activity terus je ke kereta. Kalau ikut plan asal nak solat jamak zohor asar di Cardiff Mosque dan lunch di area masjid tapi memandangkan masa masih lagi awal dan belum masuk waktu maka revise plan terus ke Oxford je.

Depan Wales Millenium - apa yang ditulis tu? 
  
Cardiff Bay.

Dari Cardiff ke Oxford lebih kurang 2.30 jam so sempat lah sampai hotel untuk solat. Perjalanan alhamdulilah berjalan lancar jalan pun highway so mudah je. Lebih kurang jam 3 petang sampai lah kami di Oxford City. Di sini baru lah nampak kebusyan kawasan ni maklumlah university area... crowded dengan students dan tourists...macam-macam ada.

Masuk England semula.

Di Oxford ini kami check in di Mercure Oxford Eastgate. Ni hotel yang paling mahal untuk trip ni rate lebih kurang dalam RM 800 semalam. Mahal sebab hotel ni betul-betul dalam Oxford city dan walking distance je nak ke mana-mana tempat yang menarik. After check in, solat dan alas perut dengan meggi dulu sebelum ronda-ronda Oxford city. Tak  dapat study sini feeling konon-konon student Oxford pun jadi lah..so petang tu pusing-pusing dulu tengok-tengok tempat menarik dan terus tapau untuk dinner kat kedai arab..kali ni beli nasi lauk ayam kari...macam biasa portion besar harga standard tapi tak ingat berapa. Malam tidur dengan kekenyangan di Oxford sebab selalu tu makan Brahims je. 

Mercure Hotel, Oxford City. 

Bridge of Sighs Oxford.

Depan Radcliffe (library).

Depan Clarendon Building.


























 





No comments:

Post a Comment