Monday 16 January 2017

Day 12 : Oxford - Bicester - Manchester



Pagi ni macam biasa after breakfast di bilik, terus check out tapi kereta still ditinggalkan di parking hotel. Area Oxford ini banyak museum dan yang paling bestnya semua free so apa lagi jalan sampai sakit kaki lah. Museum apa yang kami visit boleh tengok as per photos lah ya...malas nak type panjang-panjang...


Oxford University Museum of Natural History.

Dalam Oxford University Museum of Natural History.

Ada tulang temulang dinosaurs dalam ni.

Ashmolean Museum.

Pitt Rivers Museum.

Oxford Castle.

Covered Market, macam-macam ada.

Oxford Street.




Lepas puas berjalan sekitar Oxford city, perut pun dah berbunyi...kali ini makan sandwich Subway…ada Subway halal ya di sini so takde problem. Selepas makan cari masjid pula...kalau ikut plan nak solat kat Oxford Main Mosque tapi agak jauh dan kena drive so macam malas…check kat google ada pula mosque/musolla yang terdekat. Waktu tiba di mosque tu, baru je masuk waktu so jemaah di situ belum solat lagi...so tunggu lah untuk solat jemaah bersama...saya sorang je perempuan yang lain semua muslimin tapi ada bahagian asing lah untuk muslimat. Lepas solat imam baca doa panjang dan macam pelik sikit...ada sebut karbala-karbala banyak kali dalam doa dia...aik masjid syiah ke? Lepas keluar masjid tanya En. Suami perasan tak doa tu..dia pun perasan..dia kata masjid syiah kot tapi dia  tak perasan pula kalau ada batu karbala kat imam tu. So kena google dulu masjid yang kita nak solat tu sunni ke syiah.


Antara mosque yang ada di Oxford.




After solat, balik semula ke hotel dan gerak ke Bicester...yeah shopping time. Bicester ni among shopping outlets yang popular di UK. Mesti ramai Malaysian yang dah shopping di sini. Jarak antara Oxford ke Bicester takde lah jauh sangat dalam 30 minit drive. Lebih kurang jam 3 petang dah sampai dan terus lah meneroka sambil cuci mata. Ramai arab dan chinese yang shopping sini..kaya-kaya diorang ni.


Shopping time. 

Bicester Outlet.

Ramainya orang shopping.






Kami pun ada shopping sikit alang-alang sampai di sini. Price murah lah sikit compare di Malaysia dan the best part is boleh claim VAT tax yang lebih kurang 11-12%. Yang bestnya Bicester ini ada kaunter tax redemption so tak perlu lah nak claim di airport. Di sini je dah boleh settle semua dan dah boleh dapat refund terus. Memang beratur tapi standbykan document apa yang perlu untuk memudahkan proses. Kena make sure resit beli barang ada, form tax refund dah siap diisi, kredit kad yang guna tu kena ada, passport pun kena standby...completekan semua, proses jadi mudah dan terus dapat cash refund. Tapi yang penting document tax refund tu dimasukkan ke dalam sampul yang diberi dan dropkan dalam drop box di airport before boarding nanti.


Tax refund office di bahagian depan.


Our mistake sebab ingat dah dapat refund so tak perlu lah dropkan envelope tu di airport even officer kat tax refund dah remind banyak kali. Bila di airport dah lupa dan dah tak kisah. Sekali bila dah balik Malaysia dan terima bil kredit kad, dia caj balik amount refund yang kita dah dapat sebelum ni...tu lah tak ikut procedure. Banyak juga tax refund yang kena bayar balik...ceh...so lesson learnt untuk diri sendiri dan yang lain-lain ya.



Lepas settle shopping dan claim tax di Bicester Village kami terus gerak ke Manchester. Kali ini check in di Altrincham Hotel yang sama waktu first day sampai di Manchester. Journey from Bicester ke Manchester lebih kurang 2 jam. So dalam jam 9 malam dah check in dan akan stay untuk 2 malam sampai lah hari balik ke Malaysia.

Waktu tengah siapkan dinner...Brahims lah apa lagi…En. Suami check-check barang yang dibeli...tiba-tiba dia kalut satu shopping bag baju dia dah takde...dalam tu ada 2 t-shirt yang agak branded…cari-cari tak jumpa...pastu cari dalam kereta pun takde...sah tertinggal di Bicester...malam tu ada yang tidur dengan kemurungan…saya kata takpe esok pagi kita call kalau ada rezeki ada lah ya..hehe...make sure you all check all your belongings before keluar daripada outlet.






No comments:

Post a Comment