Wednesday 14 August 2019

Day 4 : Shanghai - KL

Hari untuk pulang ke Malaysia telah tiba. Pendek je trip kali ini. Check out from hotel jam 10.30 pagi dan naik shuttle ke airport jam 10.40 pagi.


Posing sebelum balik..thanks Orked ambikkan gambar

Naik shuttle hotel ke airport

Tiba agak awal di airport, kaunter MAS belum buka lagi so kami lepak di halal restaurant yang ada di airport. Ada satu ini je pun restoran halal yang ada. Makan ringan-ringan sebab dah breakfast di bilik dan tumpang solat jamak zohor/asar di belakang restaurant.


Dah sampai airport Pudong Shanghai

Ada restoran halal di 1st floor

Jemput masuk

Macam-macam food ada...Turkish, Chinese..nasi lemak je takde

Dalam restoran

Lazat sehingga menjilat lidi satay...hehe

Pintu satu lagi

Tumpang solat belakang restoran..sejadah disediakan

Urusan check in dan boarding berjalan lancar cuma flight tak berapa baik. Banyak kali turbulence. Alhamdullilah tiba di KLIA jam 8 malam dan gerak ke Melaka. Selesai trip jimba kali ini ke Shanghai dan Disneyland. Walaupun mencabar tapi enjoy dan tak serik. InshaAllah berjimba lagi ke next destination.


Hasil shopping di Shangai

Bawa balik buah ke Malaysia..mangga, ceri dan peach

Total cost per person lebih kurang seperti di bawah :
  • Flight ticket = RM 1300
  • Hotel = RM 614.80
  • Disneyland = RM 223
  • Sim Card = RM 17
  • Shanghai Tower = RM 100
  • TOTAL = RM 2254.80
Ini tak termasuk public transport, parking di KLIA, makan dan shopping. Anggaran kasar still within budget iaitu RM3000.

No comments:

Post a Comment