Tuesday 17 September 2019

Percutian Keluarga ke Pulau Dayang, Mersing Johor

Kali ini nak berkongsi pengalaman percutian keluarga ke Pulau Dayang yang terletak di perairan Mersing Johor. Pulau ini tak berapa popular jika dibandingkan dengan Pulau Tioman. Sebut je Pulau Dayang orang tak tau dan tak pernah dengar. Disebabkan hobi keluarga suka bercuti di pulau, maka gigihlah saya meng"google" apa lagi pulau yang menarik dan hasilnya terjumpalah pakej ke Pulau Dayang ini. Sebelum ini kami pernah ke Redang, Perhentian, Tioman, Pangkor, Pulau Payar di Langkawi, Pulau Sabang di Aceh, Mabul di Sabah, Phuket, Krabi dan Maldives. Maka kali ini ke Pulau Dayang lah kita...


Di sini lah terletaknya Pulau Dayang

Pakej pulau dayang ini ditemui di FB...type je Pulau Dayang, keluar lah beberapa pakej Pulau Dayang. Harga pakej kami untuk 3h2m ialah RM430 untuk dewasa dan RM330 untuk kanak-kanak. Peserta kali ini seramai 8 dewasa dan seorang kanak-kanak. Tarikh kami pergi ialah sempena cuti merdeka dan awal muharam iaitu 30 Aug - 1 Sept 2019.

Day 0 & 1 : Melaka - Mersing - Pulau Dayang
Kami bermalam dulu di Mersing sebelum bergerak ke Pulau Dayang. Bergerak dari Melaka jam 9.30 malam sebelumnya, tiba di Mersing jam 1.30 pagi. Ikut jalan jauh sikit iaitu exit di Kulai dan ikut jalan Kota Tinggi - Mersing. Kalau ikut Kluang dan Felda Nitar lebih dekat tapi agak bahaya terutama di waktu malam. Banyak dengar kisah-kisah yang seram pasal laluan tersebut. Kami dah booking homestay di Mersing melalui Agoda. Apartment 3 bilik yang agak selesa dan 5 minit je ke jeti untuk ke Pulau Dayang nanti.


Homestay di Mersing

Rumah 3 bilik yang selesa

Pagi itu jam 8.45 kami dah tiba di jeti. Ikut plan jam 9 bot akan sampai. Selesai punggah masuk barang dan orang tepat jam 9.15 pagi kami pun mula bergerak keluar daripada jeti. Bot kami size sederhana, selesa memuatkan group kami seramai 9 orang dan ada combine dengan lagi satu group yang seramai 3 orang.


Kawasan parking di jeti ke Pulau Dayang

Geng ke Pulau Dayang

Kawasan sekitar jeti

Jeti ke Pulau Dayang - jeti nelayan je tak sama dengan ke Pulau Tioman

Ikan apa tu?

Yeah bot dah sampai

Sesi naik bot...ikan maintain je kat situ

Muka-muka sebelum mabuk laut...

Jom kita ke Pulau Dayang...

Perjalanan dijangka selama 2 jam kalau cuaca baik dan boleh sampai ke 5 jam kalau angin kuat. Selepas sarapan masing-masing dah telan pil mabuk seorang sebiji sebagai langkah supaya tak muntah. Cuaca pagi itu agak redup dan berawan. Mula-mula naik bot macam biasa je sebab dah biasa ke pulau. Masuk je kawasan laut China Selatan, laut dah bergelora. Ombak setinggi bot dan angin agak kuat. Bertabah jelah, tak pernah rasa goyang teruk macam itu. 

Perjalanan mengambil masa 3 jam dan alhamdullilah selamat sampai ke chalet di Pulau Dayang. 8 orang dari 12 orang dalam bot semua muntah teruk. Tiba di chalet semua dah lembik. Patut petang ada sessi snorkeling tapi semua tak larat dan rehat-rehat je di bilik. So aktiviti hari pertama ini just naik bot ke Pulau Dayang dan berehat-rehat di chalet. Chalet ada aircond tapi hanya dibuka selepas jam 7 malam. Keadaan bilik agak panas tapi semua dah penat boleh je tertidur petang itu. Malam pun tak ada aktiviti, makan malam dan tidur berehat. Malam kesejukan sebab aircond agak kuat untuk bilik yang kecil ini.

Alhamdulillah selamat mendarat selepas 3 jam di lautan

Ada yang terdampar kemabukan laut

Pantai yang cantik...berbaloi mengharung ombak

Emak & abah...rezeki tiba di Pulau Dayang

Syukur dapat menikmati keindahan ciptaan Allah
Kesian Mimi...pancit
Kucing pulau menyambut tetamu

Chalet Pulau Dayang

Bilik simple...yang penting ada toilet dan air cond

Minum dulu sementara tunggu lunch
Ada yang tak sabar mandi laut

Budak yang dah ok selepas mandi laut

Lunch - ikan, hati & sayur

Santai petang tengok laut

Dia pun join sekali...ada lebih kurang 20 ekor kucing yang friendly di pulau ini

Jalan-jalan di batu pantai

Matahari nak terbenam

Sunset di Pulau Dayang

Dinner - ayam, sotong & sayur

Day 2 : Snorkelling & Hiking di Pulau Dayang
Pagi selepas sarapan, jam 9 semua bersiap-siap untuk snorkeling. Port pertama snorkeling ialah di Pulau Lang, coral dan ikan agak banyak tapi jelly fish pun banyak. Tak snorkeling lama di sini sebab takut kena jelly fish. Port ke dua di kawasan Pulau Aur, yang ini kami tak ke tengah laut untuk snorkeling dan mandi-manda di pantai je. Next kami dibawa ke jeti Pulau Aur untuk lepak-lepak minum dan beli jajan (kata orang Johor). Selepas itu kami pusing pulau lagi cari port-port snorkeling yang cun dan kawasan laut yang agak tenang. Then, sambung mandi pantai di depan chalet.

Breakfast - mee goreng, telur & hot dog

Roti dalam botol dah siap untuk snorkeling

Naik bot untuk snorkeling

Bot nelayan

Port pertama snorkeling - Pulau Lang
Port ke 2 - Pulau Aur

Boatman tengah tarik bot

Cari ikan

Cari ikan lagi...

Jalan-jalan Pulau Aur
Kedai di Pulau Aur

Murid ada belas-belas, cikgu 5-6 orang

ABC special Pulau Aur - best...

Posing jangan tak posing

Ala-ala macam kat Lombok
Jeti Pulau Aur

Sesi terjun tiruk dari jeti. Masjid Pulau Aur di belakang itu

Sambung mandi depan chalet

Best ada buai

Redup je di tengahari - pantai depan chalet

Jom lunch - ikan, ayam, hati & sayur. Best makan tepi pantai

Lepas lunch, solat dan rest dulu sebelum aktiviti hiking jam 5 petang nanti. Petang itu kami memanjat kawasan bukit berbatu di belakang chalet untuk menikmati pemandangan Pulau Dayang dan Pulau Aur. Kami ambil masa lebih kurang 30 minit hiking ke puncak, laluan sederhana tapi agak mencabar bagi yang tidak biasa aktiviti lasak. Tapi nenek yang berumur 64 tahun dan cucu umur 7 tahun berjaya juga mendaki. Alhamdullilah.

Geng hiking Pulau Dayang

Geng hiking memulakan langkah

Come on Mimi

You can do it Nenek
Berjaya menawan puncak Pulau Dayang

Ada yang gayat - kena merangkak
Layan view

Layan view

Cantik MashaAllah
2 generasi - ibu & anak

Ada tulang ikan paus - on the way turun bukit

Sempat lagi mandi laut lepas hiking

Malam acara BBQ, kami dihidangkan dengan seafood seperti ikan bayan, sotong, ayam dan macam-macam lagi. Malam tidur dengan nyenyak sebab kepenatan dan kekenyangan.

Sebelum BBQ - ikan bayan
BBQ time
Menjamu selera

Lepak after dinner - malam last di Pulau Dayang

Day 3 : Pulau Dayang - Mersing
Pagi after breakfast, masing-masing bersiap-siap untuk check out. Recommended untuk balik pagi bagi mengelakkan ombak besar dan angin kuat. Ok bye-bye Pulau Dayang, panjang umur ada rezeki boleh pergi lagi tapi kena gigihlah mengharung ombak lagi. On the way balik ke jeti Mersing sempat lagi singgah satu port snorkeling di Pulau Besar. Air agak tenang tapi saya malas nak membasahkan diri so yang bujang-bujang je menerjunkan diri. Perjalanan balik agak baik berbanding time pergi, dengan bangganya tak ada siapa yang muntah. Setelah 2 jam 30 minit sampailah kami di jeti Mersing. Alhamdullilah selamat sampai. Sempat lagi singgah beli keropok lekor di tepi pantai Mersing. Perjalanan diteruskan ke Lotus Desaru pula sebab alasan penat nak balik Melaka. Kita rehat dulu di Desaru 1 malam.

Check out time

Balik naik bot yang sama

Bye Pulau Dayang

Sempat lagi stop snorkeling

Dah sampai Mersing kena lah beli keropok lekor

Sekian sahaja pengalaman kami sekeluarga ke Pulau Dayang di Mersing. Tak pernah mimpi ke sini sebab tak pernah dengar pun sebelum ini. Antara pulau tercantik yang pernah kami pergi. Pulau yang tenang sebab takde network telephone. Yang ada Maxis dan U-Mobile itupun nyawa-nyawa ikan. Kalau hendak ke pulau ini disarankan bawa bekalan secukupnya sebab tiada kedai dan klinik di sini. Hanya ada chalet resort sahaja. Kedai terdekat pun hanya di Pulau Aur dan kena naik bot ke sana. Jika berminat boleh PM saya untuk dapatkan contact number ejen Pulau Dayang atau boleh cari di FB saje. Ok sekian nanti jumpa di pulau lain pula. InshaAllah.

Pulau Dayang - ada rezeki boleh datang lagi


18 comments:

  1. Last snorkling pulau tengah kan... bukan pulau besar

    ReplyDelete
  2. kalau tak salah captain boat kata pulau besar...ingat sbb nama mcm pulau kat melaka

    ReplyDelete
  3. slm..ada contact number utk pakej tak?

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...saya dah msg kat fb elyana...tapi x jawab lagi...

    ReplyDelete
  5. Salam, boleh dapat contact ejen pulau aur

    ReplyDelete
  6. Salam puan....boleh dptkn no agen

    ReplyDelete
  7. Puan bole pm saya no agen . No saya 0196128299

    ReplyDelete
  8. No contact ejen, teringin nk p

    ReplyDelete
  9. maaf ejen tu dah tak buat trip lagi ke pulau dayang....boleh cari ejen lain dalam FB

    ReplyDelete