Sunday 22 September 2019

Day 5 : Prague (20 June 2019)

Pagi ini jam 7, kami dah standby depan hotel sebab dah janji dengan tour guide untuk package Switzerland Saxon dan Switzerland Bohemia Trip yang dah dibook melalui apps Klook. Nama je Switzerland trip tapi kami bukan ke Switzerland, cuma cross border sikit untuk ke Saxon National Park di Germany. Namanya Switzerland sebab area ini cantiknya seperti Switzerland kata Mona our tour guide. Trip hari ini akan banyak berjalan dan simple hiking. Kalau ikut total distance berjalan boleh sampai 11 KM. Trip ini small group je kami berdua dan seorang awek dari Canada, Syereen namanya  berketurunan Parsi asal daripada Iran.


Breakfast dulu sebelum keluar

Standby depan hotel tunggu van sampai
Tempat inilah nak pergi hari ini...sempadan Germany & Czech so kena bawa passport

Full itinerary seperti di bawah dan layan je ya photos yang ada. Trip ini memang best dan area national park memang cantik. Cuma sekarang ini musim summer dah suhu panas macam Malaysia dan hujan pula waktu petang itu. Nasib baik dah standby payung.


Itinerary as per Klook trip

Photo-photo di 1st destination - Bastei Bridge, Saxon  National Park Germany :


Entrance at Saxon National Park, Germany

Start walking / hiking

Batu-batu yang unik....macam mana terhasil kena belajar geografi

River Elbe

Bastei Bridge dari kejauhan

Dengan tourist guide, Mona

Credit to Syereen tolong snapkan photo

Wedding photo shoot pun ada

Itu bukan orang ya...patung

Batu-bata

Photo-photo di 2nd destination - Pravcicka Gate, Bohemia National Park, Czech :


Start hiking

Dah pancit

Dah nampak Pravcicka Gate

Ada restoran atas itu

Nice view

Layan view

Tengok batu

Mona belanja minum

Sesi menurun, hati-hati

3rd stop - Lunch at Penzion na Vyhlidce :


Restoran yang nama susah nak sebut

Vege meal - boleh tahan sedap

Ada playground depan restoran

Last stop - Kamenice Gorge :


After lunch, turun ke gorge pula (kira macam sungai lah)

Menyusuri gorge slowly

Laju je minah-minah ini

Beratur naik sampan kecil...kayuh pakai galah besi itu

Kononnya nak menyusuri gorge ini, naik-naik bot je terus hujan lebat tak dapat nak ambil gambar dalam bot
Isi minyak dulu sebelum balik ke Prague


Kami tiba di hotel jam 6 petang so sempat solat jamak asar/zohor di bilik. Rehat sekejap tapi tak boleh tidur nanti terlajak sebab malam plan nak tengok Old Town Prague waktu malam. Jam 7 kami keluar ke Old Town, dekat je dalam 10 minit dah sampai area Clock square. Ramai betul orang area ini. Sempat lah kami tengok famous clock tu berdetik. Then tiba-tiba pula macam nak hujan, apa lagi buka payung dan google halal restaurant yang terdekat. Nasib baik ada so kami berjalan ke sana dan apa lagi orderlah perut dah lapar.


Meriah area Old Town

Famous Clock...ada keluar lagu bila tiba masanya

Main Square

Langit dah gelap

Turkish Restaurant dekat je dengan Main Square

Sesi top up kalori

Main Square waktu malam selepas hujan

Masih meriah

Lepas makan, balik dan tidur selepas seharian penat berjalan dan panjat bukit.

No comments:

Post a Comment