Sunday 22 September 2019

Day 3 : London (18 June 2019)

Hari yang ditunggu telah tiba. Inilah tujuan asal kenapa tiba di bumi London ini. Alhamdullilah terima Distinguished Service Award from ROSPA.  Hasil berkat kerja usaha dalam bidang safety & health selama ini. Award event ini waktu gala dinner dan waktu siang masih free lagi. Apalagi takkan nak stay dalam bilik je so pagi-pagi lagi kami dah keluar.

Tempat pertama kami tuju ialah London Bridge / Tower Bridge, semalam pergi tak dapat masuk sebab dah tutup. So jam 9.00 pagi kami dah tiba di sana. Rasanya first time pergi dulu pernah naik tapi takpe naik sekali lagi tengok view London from Tower Bridge ini.


Good morning London

Bahagian atas Tower Bridge

Gayat...

View from Tower Bridge....The Shard yang sebelah kiri

Next selepas Tower Bridge, kami ke The Shard pula. The tallest building in Western Europe. Cun juga view London city from The Shard ini.


View from The Shard...nampak Tower Bridge pula

Another London view from The Shard

Selesai The Shard, kami ke the Harrods pula untuk cari some souvenirs. Takkanlah pergi London takde souvenirs pula. Kami shopping di Harrods souvenir area. Area lain yang mahal-mahal itu kami jeling-jeling je lah.


Stop di Knightsbridge Underground untuk ke Harrods

Beli bags as souvenirs

After shopping kena rushing balik ke hotel sebab nak visit safety & health expo di Excel Center dan nak collect dinner invitation card from organizer. Sempatlah seround tengok expo ini. Besar dan menarik tapi sayang tak cukup masa nak explore semua.


Ke Safety & Health Expo di Excel London

Posing sikit sebelum masuk expo hall

Macam-macam ada dalam expo ini

Dah collect invitation card for dinner

Then, balik bilik alas perut dengan lunch yang dibeli di kedai arab area hotel dan bersiap-siap untuk event malam nanti. Nervous juga nak join dinner ini sebab diletakkan di meja VVIP. Jam 6 petang dah kena gerak untuk ke dinner event, tapi sebelum itu kena bersocial di holding room together with VVIP. Tiada seorang pun yang dikenali and I’m the only Muslim. Layan je lah..


Ready to go...jom

Sessi bersosial

Next dibawa ke event hall untuk award presentation ceremony. Tapi kena dinner dulu baru award ceremony. Nasib baik dapat set vegetarian so makan jelah apa yang rasa boleh dimakan. Akhirnya sessi award presentation selesai. Alhamdullilah dah dapat award dan selesai tugasan. Next agenda ialah dancing session. Hmmm saya tak tunggulah terus cabut balik bilik. 


Gala Dinner Hall

No free seating...sila ikut nama masing-masing

Duduk table depan...

Menu vegetarian

Dessert...ntah apa

Award presentation by Baroness Jolly

Syukur...Alhamdullilllah

Sampai dibilik kemas-kemas bag sebab esok nak check out awal untuk ke Prague pula. Bye London & thanks ROSPA for this award. Macam tak percaya pula boleh menang. Alhamdullillah....

1 comment:

  1. Wahh..tahniah elyana.. proud of u 🌹🌹🌹

    ReplyDelete