Monday 16 May 2022

Cuti-cuti Kuala Selangor (5-6 Feb 2022)

Salam semua, kali ini nak share percutian di Kuala Selangor (KS) sambil-sambil pergi ke majlis konvokesyen adik bongsu di Unisel Bestari Jaya. Jarak dari Unisel ke bandar Kuala Selangor ini tak jauh lebih kurang 30 minit. Sebelum ini memang tak pernah cuti-cuti di KS lagi so apa lagi jom kita explore. Sebenarnya banyak je aktiviti menarik di sekitar KS ini seperti Skymirror (kat tengah laut boleh ambil gambar macam cermin), boleh tengok firefly, eagle feeding, blue tears, Bukit Melawati, sawah padi Sekinchan dan banyak lagi. Memandangkan kami cuma ada masa 2 hari 1 malam je so tak banyak aktivit yang boleh dibuat tambahan pula hari ke-2 nanti nak ke majlis konvo.


Untuk penginapan, kami sewa homestay Noza yang terletak di Bandar KS berdekatan dengan Masjid Jamek KS. Rumah ada 4 bilik dan agak selesa. Saya booking di Agoda je. Ok so sekarang kita cerita aktiviti-aktiviti yang sempat kami buat di KS ini.

1)Makan mentarang
You all tahu tak mentarang itu apa? Mentarang ini kiranya geng-geng binatang bercengkerang macam siput, kupang dan kerang. Agak susah nak jumpa, so kalau nak makan boleh lah cari di Sekinchan. Ada banyak kedai yang jual menu mentarang ini. Di tepi-tepi jalan pun ada jual yang bakar atau yang belum dimasak. Untuk kali ini kami lunch di AZR fresh mentarang Sekinchan. Kebetulan ada juga belangkas, so kami order juga dan memang sedap telur belangkas.

Lunch di sini

Inilah mentarang setelah dibakar

Belangkas bakar

Kerang rebus

Sedap telur belangkas dan mentarang bakar tu

Makan-makan....Alhamdullilah


2)Eagle Feeding
Bukan di Langkawi je ada eagle feeding ya. Di KS pun ada juga. Tak perlu jauh-jauh ke Langkawi. Untuk eagle feeding kami beli online di Klook sebab harga jauh lebih murah. Kalau beli di kaunter tiket RM30 seorang tapi di Klook cuma RM16. Kami ambil session jam 5.30 petang untuk tengok burung-burung ini. Dalam jam 5 lebih dah berkumpul di Skymirror Boat Cafe untuk tunggu naik bot kecil. Ok boleh layan gambar dan video burung-burung di KS.

Ini departure point ke engle feeding

Peserta rombongan

Jom naik speed boat kecik

Bot-bot lain pun ada join sekali

Geng-geng helang putih

Banyak juga

Ada budak takut banyak burung

Menyelusuri pokok bakau

Video burung-burung


3)Blue Tears
Aktiviti seterusnya ialah Blue Tears. Apa itu Blue Tears? Kami pun first time nak tengok benda ini. Tiket pun kami booking dengan Klook dapat harga RM18 kalau beli di kaunter RM30. Timing untuk tengok Blue Tears ini adalah waktu malam. Makin gelap malam makin cantik. So slot kami ialah pada jam 8.30 malam. Selepas maghrib cuaca hujan dan ada kilat. Risau juga kalau trip cancel. Alhamdullilah hujan makin reda. Kami dapat naik bot lebih kurang jam 8.45 malam. Risau juga naik bot malam-malam ni. Alhamdullilah dapat juga lihat blue tears ni didepan mata, so layan je photo dan video yang ada ini walaupun tidak secantik macam real.

Waiting room sementara tunggu bot untuk tengok blue tears

First time naik bot waktu malam

Inilah blue tears

Macam blue flame

Sesi menyauk blue tears

Terang bersinar

Inilah alat untuk menangkap blue tears



Belanja video blue tears

SubhanaAllah ciptaan Yang Maha Esa

Info dari Mr Google


4)Makan Malam di Tok Burn Shellout
Lepas tengok blue tears, perut pun dah lapar. On the way nak ke Blue Tears tadi dah nampak kedai Tok Burn Shellout ini yang tak jauh dari homestay. So malam kita dinner sini makan shellout.

Jom makan di Tok Burn

Bershell out kita

5)Bukit Melawati
Selalu dengar pasal Bukit Melawati ini, so hari lepas chekout homestay kita ke sini dulu. Untuk naik ke Bukit Melawati ini tak boleh drive kereta sendiri dan kena naik trem. Tiket trem adalah RM5 dewasa dan RM3 kanak-kanak. So jom kita naik trem beramai-ramai untuk tengok ada apa di atas Bukit Melawati ini.

Jom ke Bukit Melawati

Kena naik tram ini

Bukti sampai di sini

Penjaga tiket yang setia...mengantuk tunggu

Jom naik tram

Atok jumpa geng

View atas bukit

Kawan ke tu?

Ibu & anak...anak warna oren

Tengah sembang apa tu?

Bagi makan kacang & sayur

View meriah atas bukit

Nenek bagi duit raya

Video bersama kawan-kawan


6)Majlis Konvo
Ini tujuan asal kenapa ke KS. So, majlis kemuncaknya kita ke majlis konvo adik. Lama dah tak pergi majlis konvo ini. Tahniah adik, selamat melangkah ke alam pekerjaan.

Meriah suasana konvo

Dewan Konvo

Tahniah Adik...selamat bekerja pula

Sekian saja percutian singkat di KS ini. Agak menarik walaupun sekejap. InshaAllah ada rezeki boleh repeat lagi, boleh makan mentarang dan belangkas, boleh pergi Skymirror dan tengok firefly pula. Sehingga jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment