Showing posts with label Scotland. Show all posts
Showing posts with label Scotland. Show all posts

Monday, 16 January 2017

Day 9 : Edinburgh - Liverpool


Pagi hari ke 9, kami keluar lambat sikit sebab takde terikat dengan tiket-tiket yang dah dibooking dan travel plan agak santai hari ini. Destinasi pertama mestilah ke Edinburgh Castle. Parking kereta di area public parking (Q Parking) yang tak jauh daripada castle. Pagi-pagi pergi masih tak ramai orang, tiket tak beli online so terus beli di walk in counter. Harga tiket ialah £16.50. Agak mahal jugalah semata-mata untuk masuk ke castle. Kalau nak beli online pun ada dijual di Edinburgh Castle web.  Edinburgh castle ni macam castle-castle yang lain tapi cantik sebab terletak di atas bukit.


Edinburgh Castle - pandangan belakang (dari tempat parking).

Edinburgh Castle - pandangan depan.

View dari lubang meriam dalam castle.

Top view Edinburgh city from castle.





View dalam castle.



Suasana dalam castle - ramai juga orang.




Tumpang bergambar depan Governor’s House - dalam castle.


Royal Mile yang meriah.

Royal Mile.

Ada garden dalam city.


Ada Hop On Hop-Off Bus bagi yang berminat.



Hard Rock Café Edinburgh.









Kami pusing-pusing dalam castle, pastu keluar jalan-jalan di Royal Mile yang berada di depan castle tu.  Kami jalan sampai ke Hard Rock Café, macam biasa cari t-shirt sehelai dua. Di Royal Mile sangat meriah dengan tourist dan banyak jual souvenirs seperti fridge magnet dan Scotland's shortbread. Rasa-rasa dah puas round di Edinburgh dan sempat lunch kebab di Kurdish shop area Royal Mile, kami bergerak ke Edinburgh Mosque sebelum meneruskan perjalanan ke Liverpool. Parking yang dikenakan agak mahal juga (tak ingat berapa rasa lebih £10) tapi yang ruginya bila nak keluar, palang tu terus naik tanpa perlu masukkan kad yang telah dibayar tu...maybe hari itu weekend so parking free. Rugi pula tak check dulu. So next time siapa yang parking time public holiday or weekend, check lah dulu kena bayar ke tak.




Mula-mula plan nak solat di Edinburgh Mosque yang tak jauh dari Edinburgh Castle tapi area tu macam susah nak parking. So kami cari mosque yang keluar sedikit dari Edinburgh city. After google, jumpa satu masjid ni dan kami pun solat jamak qasar di situ. Namanya Blackhall Mosque Edinburgh. Parking pun banyak so senang.


Blackhall Mosque, 1 House O'Hill Rd, Edinburgh.



After solat terus gerak ke Liverpool, England yang jauhnya lebih kurang 4 hours drive from Edinburgh. Akhirnya kami tiba di Liverpool lebih kurang 8 malam dan terus check in di Z Hotel. Z Hotel ini agak baru dan terletak betul-betul di Liverpool city centre dan parking pun kena parking di public parking (Q Parking) yang tak jauh dari hotel dan nasib baik dapat flat rate dari hotel, so cuma bayar £8 for 24 hours.


Welcome to England….Bye Scotland…





Day 8 : Quiraing (Isle of Skye) - Inverness - Loch Ness - Edinburgh

Hari ke 8, macam biasa pagi jam 8 dah check out. Actually, plan hari ini agak padat dan distance pun quite far. So kena revise plan supaya lebih practical. Kalau ikut pagi ini akan ke Man of Storr dan Quiraing, then dah booking Loch Ness Cruise di Inverness dan dijangka sampai di Edinburgh dalam jam 9.30 malam. Sebab nak kejarkan Loch Ness Cruise jam 4.00 petang tu so kami decide untuk skip Man of Storr. Tengok dari jauh je lah Man of Storr tu. Man of Storr kira macam landmark di Isle of Skye ni…bukit yang ada batu-batu yang besar dan tinggi.

Man of Storr dari kejauhan…tak sempat singgah pun.

Man of Storr - gambar ihsan google. 

Quiraing dari kejauhan.







Pagi dari hotel terus ke Quiraing. Jalan ke Quiraing ni sunyi sepi dan single lane road. Quiraing ni macam summit (tanah tinggi) di Isle of Skye. Siapa yang minat hiking memang sangat sesuai. Tapi yang best Quiraing ni kita boleh drive sampai atas tapi as mentioned jalan memang kecil tapi menarik. View dari hotel nak ke Quiraing pun SubhanAllah cantik-cantik. So bergambar seround dua di Quiraing tu...tak pergi hiking pun sebab nak kejar masa so jalan-jalan di kawasan berdekatan dengan parking area. Itupun dah rasa sejuk sangat. Turun dari Quiraing singgah di tepi beach yang lawa siap ada waterfall lagi.


Jalan naik ke Quiraing.

Berjaya sampai ke puncak Quiraing.

Naik basikal pun boleh.

Larat ke nak mendaki tu?

Top view Quiraing.

Top view Quiraing.





Ada waterfall lepas turun dari Quiraing.

Kambing Quiraing yang riang.

Lagi kambing Quiraing yang riang.






Selesai visit Quiraing, kira berakhir lah trip ke Isle of Skye ni. En. Suami kata dia nak datang sini lagi after 10 years. Jarang dia nak pergi tempat yang sama dua kali, so maksudnya dia dah jatuh hati lah dengan Isle of Skye ni (agaknya).


Bye Isle of Skye. In Shaa Allah ada rezeki datang lagi.

On the way ke Inverness.





Next destination, kena catch up cruise jam 4 petang di Loch Ness. Agak jauh juga dalam 4 jam drive. Tapi before ke Loch Ness ni plan nak singgah di Inverness untuk solat dan tapau lunch. So perjalanan diteruskan. Macam biasa jalan kecil dan jarang jumpa kereta lain sehingga lah nak dekat tiba di Inverness.

Inverness adalah antara Bandar yang utama di Scotland dan alhamdullilah ada masjid. Rasanya Muslim community agak ramai juga. Waktu tiba di Inverness Mosque tu dalam jam 3 petang, time tu ada ceramah untuk ladies. Kanak-kanak pun ramai ada yang belajar mengaji. Kira active jugalah Muslim society di sini. Mereka agak ramah mostly from Arab dan India tapi kebanyakan dah jadi local resident. Diorang ajak juga stay dengar ceramah tapi kena minta excuse lah sebab nak kejarkan Loch Ness Cruise jam 4 petang tu. Selepas solat, pusing-pusing dalam city cari kedai kebab. Beberapa round pusing akhirnya jumpa, so tapau kebab je takut nanti termiss pula cruise tu.


Inverness Masjid, 1 Portland Place, Inverness IV1 1 NE.

Dalam Masjid.

Cruise point dari Inverness city lebih kurang 30 minit. So pecut la ke Jacobite Cruise Loch Ness ni. Akhirnya, ngam-ngam sampai dan sempat lah naik cruise. Cruise takes about an hour. Tiket boleh dibooking di www.jacobite.co.uk. Ada pelbagai tour package tapi kami pilih pakej boat cruise je yang tak termasuk visit ke Urquhart Castle so tengok castle dari boat je. Kalau pilih castle jadi 2 jam punya tour nanti lambat pula tiba Edinburgh. Tiket fee untuk boat cruise ialah £14 seorang. So berehat lah kami di atas Loch Ness Cruise ni. Memang sejuk dan bertambah sejuk dengan angin loch ni. Kat Scotland memang banyak loch (lake/tasik). Jalan sikit jumpa loch semua cantik-cantik tapi yang paling famous mestilah Loch Ness sebab ada lagenda Nessy si dragon yang kononnya ada dalam tasik ni.


Loch Ness Cruise.

Loch Ness Cruise.

Loch Ness view.

Urquhart Castle.

Selepas cruise, kami teruskan journey ke Edinburgh. Journey takes about 4 hours so kiranya malam juga lah tiba di hotel. Alhamdullilah perjalanan lancar, buat a few stops untuk makan lunch (kira dinner sekali) dan toilet stop. Rest area (RnR) di Scotland ni tak sama macam di Malaysia. Even lalu motorways pun, dia punya RnR atau sini dipanggil Services mesti kena keluar dan agak jauh ke dalam. Kiranya Services tu akan masuk ke small town yang berdekatan tapi facility macam toilet semuanya available.



Akhirnya dalam jam 9 malam sampai juga di Edinburgh city dan terus check in di Best Western Braid Hills. Time check in tu ramai betul orang kat lobby rupanya ada function. So sempat lah observe Englisman/ woman ni berdress up bagai untuk function. Budak-budak pun ramai. Tak nak serabut lama-lama kitorang pun masuk bilik cepat-cepat kena rehat sebab esok ada program lain pulak. Tapi hotel ni memang cantik.


Gambar di hotel waktu check out esoknya.
























Day 7 : Oban - Fort William - Ben Nevis- Glenfinnan Viaduct - Isle of Skye

Plan day 7 ialah check out from Rowantree Hotel Oban, stop sekejap di Fort William, naik gondola di Ben Nevis Mountain Ranges, visit Glenfinnan Viaduct, naik ferry dari Mallaig ke Armadale, terus ke Fairy Pools dan last sekali check in di Hotel Royal, Portree Isle of Skye. Agak padat program hari ke 7 ni. Macam biasa jam 8.30 pagi dah check out, walaupun trip berdua tapi disiplin sangat penting sebab masa memainkan peranan penting. Kalau slip sedikit masa or ada unwanted event, plan akan lari dan kena catch up or review plan semula. As per planned, berhenti sekejap di Fort William, bergambar sambil ambil udara pagi yang nyaman.


Pagi yang sejuk dan tenang di Fort William.

Pagi yang sejuk dan tenang di Fort William.

Stop sekejap di public parking Fort William.

Posing kenangan di Fort William.






Next, tiba di Ben Nevis Mountain Range dalam jam 9.30 pagi. Malangnya gondola stop operation sebab strong wind. Kecewa lagi tapi takpe safety first. So continue to the famous Glenfinnan Viaduct, siapa yang minat Harry Potter mesti tau. Kami tak lah minat Harry Porter tapi since tempat ini antara tempat yang recommended by Tripadvisor dan ada scenic view so kami masukkan lah juga dalam plan.


Di Ben Nevis, gondola not in operation pula.

So pergi Glenfinnan dulu.

Belakang tu Glenfinnan Monument di tepi loch.

Nampak tak railway viaduct di belakang tu? Train Harry Potter baru je lalu.

Sepatutnya selepas visit tempat-tempat tadi, kami akan continue naik ferry dengan kereta sekali dari Mallaig ke Armadale. Tiket dah book dan dah dibayar. Booking di www.calmacbookings.co.uk. Untuk 2 passenger dan 1 car fee nya ialah £15. Ferry time sepatutnya jam 1.55 petang tapi sebab taknak tunggu ferry lama-lama di Mallaig dan Mallaig pun takde tempat menarik sangat. So kena review plan semula, after discussion dengan En. Suami, patah balik ke Nevis Range selepas visit Glenfinnan tu.


Sampai semula di Ben Nevis Mountain Ranges, tengok dari jauh gondola dah gerak. Alhamdullilah ada rezeki naik gondola kali ini. Entrance fee £12.50 per person dan gondola ride 15 minutes per way. Nevis Range ni buka sepanjang tahun dan winter is the peak time sebab ada ski range. View dari atas memang menarik dan bertambah sejuk dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa tu.


Gondola di Ben Nevis.

Gondola station di bahagian atas.

View from Ben Nevis mountain.

Sejuk atas ni tapi nice view.

Dah puas kesejukan di atas tu, so kami turun semula ke bawah. Time tu kalau nak catch up ferry memang tak sempat lah sebab ambil masa lebih kurang 2 jam juga dari situ dan ferry pun kena check in 30 minit lebih awal dari sailing time.
So tukar plan, drive terus ke Fairy Pools, Isle of Skye dan burn je ferry fee tu. Journey ke Fairy Pools dalam 2.5 hours drive dan hope boleh sampai sana sebelum jam 5 petang sebab kena check in hotel sebelum jam 6.30 petang sebab belum solat jamak zohor/asar lagi.


On the way ke Isle of Skye....takde orang ke?
On the way ke Fairy Pools, jalan dah kecil tapi masih tak jumpa kereta lain.

Alhamdullilah perjalanan berjalan lancar, journey ke Fairy Pools, Isle of Skye sangat mengkagumkan. Sampai je di Fairy Pools tengok takde toilet pulak. Dah lah nak kena berjalan jauh dari parking ke pool tu…dalam 30 minit ada per way. So next time sesiapa nak pergi Fairy Pools kena lah toilet stop di mana-mana sebelum sampai di sana. Dah penat berjalan panjat bukit…kami sampai separuh je...tak larat nak naik sampai atas…so akhirnya tak berjumpa la Fairy Pools yang utama...jumpa yang kecil-kecil je di bahagian bawah tu...lagipun rushing nak balik solat dan nak buang air sebenarnya.


Akhirnya sampai juga di Fairy Pools.

Jauhnya nak jalan.

Sungai kecil dari Fairy Pools.

Mini pool je tak larat nak panjat lagi.

Nampak ke Fairy Pools tu…jauh lagi ke?   
      

Then, kami teruskan perjalanan ke hotel di Portree town. Bandar kecil je tapi cantik sebab di tepi laut. Hotel rate agak mahal juga. Malam rehat dan makan Brahims je. Hotel yang kami duduk tu (Royal Hotel) ada polisi yang pelik sikit. Tak boleh bawa outside food masuk ke bilik kalau tak kena charge extra 1 night tapi kami makan je dalam bilik tu yang penting sampah buang sendiri kat luar so takde la evidence yang kitorang makan dalam bilik tu.


Amazing view di Isle of Skye ni.

Portree town, Isle of Skye. Royal Hotel bangunan putih tu.