Tuesday 5 May 2020

Day 7 : Dyrholaey lighthouse - Solheimasandur plane wreck - Selfoss

Hari ini hari ke-2 terakhir di bumi Iceland. Perjalanan hari agak jauh iaitu akan ke Selfoss yang lebih kurang 400km daripada Hofn. On the way ke Selfoss nanti kami akan berhenti di 2 tempat iaitu Dyrholaey lighthouse dan iconic place di Iceland iaitu di Solheimasandur plane wreck.


Guesthouse di Hofn

Pekan Hofn yang sunyi dan mendung

On the way nampak waterfall

Zoom sikit fly drone area ni...

Stop sekejap rehat tepi sungai....sejuk air ni...

Jom jalan hari ke-7 Iceland

Untuk makluman, bunyi batu di tayar kereta kami dah ok. Agaknya batu itu pun dah terpelanting keluar so confident lah nak jalan jauh ini. Selepas 3 jam drive dari Hofn kami sampai di Dyrholaey lighthouse. Bukanlah nak tengok lighthouse ini sangat tapi kawasan Dyrholaey itu sendiri sangat cantik. Lighthouse ini terletak di atas bukit dan boleh drive kereta sampai di puncak. Dari atas bukit ini boleh nampak Black Beach yang kami pergi 2 hari lepas. Pemandangan dari atas memang cantik tapi kami tak lama sebab sejuk dan angin kuat.


Jom ke Dyrholaey lighthouse

View from Dyrholaey hill

Gambar wajib back ground cun

Inilah lighthouse nya...comel je

Macam bentuk arch pun ada 

Black sand beach dari kejauhan

Ok bye Dyrholaey lighthouse

Seterusnya kami ke Solheimasandur plane wreck. Ada dalam video klip Dilwale juga. Jaraknya tidak jauh dari Dyrholaey iaitu dalam 30 minit. Tapi itu jarak ke parking area plane wreck ya. Untuk tengok plane wreck ini kena berjalan kaki 4km pergi dan 4km balik. So kami gigih juga berjalan 45 minit pergi dan 45 minit balik untuk tengok bangkai kapal terbang ini.

Alkisahnya pada tahun 1973, US Navy punya plane crashed di sini sebab ada technical problem (masalah icing) tapi semua crew selamat dan wrecked plane dibiarkan saja di situ. Lokasinya memang isolated at the middle of nowhere. Daripada tepi jalan memang tidak kelihatan dan sepanjang jalan kaki ke tempat itu pun macam gurun tundra yang bezanya cuma sejuk je. Berjaya juga kami ke sana, orang kata alang-alang tiba di Iceland kena lah berjalan ke sini. Dulu rasanya boleh bawa masuk kenderaan ke area body plane itu tapi sekarang tidak lagi. The only way kena berjalan ya...


Jom jalan kaki 4 KM cari plane wreck...follow road marker tu kalau tak sesat nanti

Dah nak nampak setelah puas berjalan

Inilah benda nya

Takde Shah Rukh & Kajul pulak sini

View dari belakang

Bahagian dalam

Top view...memang di tengah-tengah tundra....

Dah jom balik 4 KM lagi

Sampai di car park akhirnya

Selepas puas menapak tengok bangkai kapal terbang itu kami teruskan perjalanan ke guesthouse di Selfoss iaitu Vantsholt Guesthouse yang jaraknya lebih kurang 1 jam drive. Guesthouse ini agak isolated sedikit dikelilingi farm area. Macam rumah ladang pun ada. Memang kami pilih guesthouse ini sebab dengan harapan untuk tengok aurora. Lagipun malam ini malam terakhir kalau tidak dapat berjumpa si aurora malam ini maksudnya memang tidak dapatlah. Waktu check in, owner guesthouse inform kalau nak tengok aurora boleh join group dalam jam 10 malam nanti.


Last guesthouse di bumi Iceland

Bilik di sini..macam bilik kem je

Kawasan sekitar guesthouse

Nak mengintai aurora malam ini

After check in, solat zohor/asar, dinner Brahims dan solat maghrib/isyak. Tengah lepak-lepak dengar orang bising-bising di luar. Kata jam 10 malam group tengok aurora. Ini baru jam 9 malam. So kami pun keluarlah dari bilik. Intai di luar tengok amboi banyaknya bas. Rupa-rupanya pilihan tepat kami pilih guesthouse ini sebab guesthouse ini adalah antara port untuk tengok aurora. Bas-bas datang ke sini dari Reykjavik untuk pakej melihat aurora.

Diluar dah sangat sejuk, kami masuk semula untuk memakai pakaian yang selengkapnya termasuk glove. Tidak lama selepas itu, di langit yang hitam gelap jalur aurora yang menari-nari pun muncul di langit...kalau ikut bayang aurora itu ada yang berwarna putih dan merah tapi bila ambil gambar lebih banyak hijau. Makin lama aurora makin jelas dan besar. Alhamdullillah sangat akhirnya bertemu juga aurora di malam terakhir di Iceland ini. Orang cakap tak sah kalau tak jumpa aurora jika bercuti di sini. Tapi untuk mengambil gambar yang cantik kena kamera yang ok. Kami pula tidak bawa kamera (tiada kamera sebenarnya) so ambil gambar dengan iphone je. Guna iphone saya iatu iphone 6 tapi hasilnya gelap. Nasib baik iphone En. Suami iphone 7, so kualiti gambar agak ok dan dapatlah dikongsi di sini. Kalau tak hanya terakam di minda kami saja lah. 







Malam itu dapatlah tidur dengan lena bermimpi si aurora selepas jelas di mata. Alhamdullilah di atas nikmat yang diberi.


Alhamdullilah selesai hari ke-2 terakhir di Iceland


1 comment:

  1. hi sis best nye dapat tengok aurora tu..heee

    saya tinggal link sini yer sis, sy ada buat service beli barang dari indonesia dan pos kemalaysia. beli dari shopee indonesia, bukalapak danjuga tokopedia.. sudi2lah singgah yer

    ReplyDelete