Sunday 10 May 2020

Day 13 : Lucerne - Basel - Titinese - Rheinfall

Kalau ikut plan, pagi ini akan ke Mt Rigi, Basel dan seterusnya ke Rheinfall. Tapi sebab dah asyik naik mountain je..dah puas naik cable car, gondola dan train, so malam tadi discuss dan survey-survey maka cancel trip ke Mt Rigi. So plan baru yang adhoc ini, kami akan terus je ke Basel yang jarak lebih kurang 1 jam 30 dari hotel pastu dari Basel kami akan cross border gi Germany pula iaitu ke sebuah tempat yang terkenal dengan lake dan black forestnya iaitu Titisee Nuestadt. Jaraknya lebih kurang 3 jam dari Basel dan 1 jam ke Rheinfall Hotel iaitu hotel yang terakhir untuk trip ini. After google, tiada issue untuk cross border requirement ke Germany so gamble je lah ke Titisee nanti. Tapi kalau kereta Germany nak cross ke Swiss kena purchase ‘vignette’ dulu.

Lepak-lepak dulu depan hotel

Tempat minum depan tasik

Tasik depan hotel

So pagi after breakfast dan check out, kami pun menuju ke Basel. Basel ini terletak di northwest Switzerland dan bersempadan dengan France and Germany. Seperti city-city lain di Swiss, Basel pun sangat klasik dengan Old Town nya. Antara tempat yang popular ialah Marketplatz. Kami tak lama di Marketplatz sebab nak gi Germany pula.

Jom ke Basel

Basel city

Wajib ada trams

Busy betul dengan keretapi tengah-tengah bandar ni

Cuci mata tengok coklat

Area Old Town

Pagi kurang meriah

Sebab adhoc punya plan, baru sedar yang wifi kami tak boleh digunakan di Germany. So bila masuk je border Germany terus tak dapat wifi. Jadi kena lah on data roaming RM38. Waktu cross ke Germany tiada cross any immigration counter, terus jalan je macam drive Melaka Johor. After 3 hours drive, kami tiba di Titisee Lake. Ada kedai-kedai souvenir area lake ini dan ada juga lake cruise kepada yang berminat. Lake ini dikelilingi hutan tebal yang dikenali sebagai black forest. Souvenir yang famous di Titisee ini ialah cuckoo clock. Macam-macam jenis ada dan lebih murah dari di Swiss sebab asal usul cuckoo clock ini dari Titisee, Germany kisahnya.

Yeah dah tiba di Germany pula

Nak masuk toilet takde duit Euro nasib baik boleh guna credit card

View Germany pula

Saujana mata memandang

Pekan di Titisee Lake

Banyak pilihan cuckoo clock

Ramai jalan-jalan makan angin sini

Jeti untuk lake cruise

Naik bot itu utk round tasik

Lepak-lepak tepi tasik & dikelilingi black forest

Setelah sepetang di Titisee, perjalanan diteruskan pulang semua ke Swiss dan check in di Rheinfall Hotel. Sebab ini malam last, so kenalah packing-packing barang untuk balik ke Malaysia esoknya. Good night Swiss malam last ni.

Jom balik Swiss

View black forest

Hutan je sepanjang jalan

Border Swiss-Germany

Check in Hotel Rheinfall

No comments:

Post a Comment