Tuesday 5 May 2020

Day 3 : Snæfellsjökull - Kirkjufell

Pagi breakfast nasi lemak pak brahims dengan telur rebus. Selepas breakfast, jengah di tingkap cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. Malamnya tidur dengan lena selepas berendam di Blue Lagoon. Tidak sedar pun ada aurora ke tidak. Kalau ikut house owner, area rumah dia memang boleh nampak aurora. Tidak mengapa ada banyak malam lagi di Iceland. Ada rezeki berjumpa kita dengan si aurora ini.


Jom check out

Road trip hari ke-3 pun bermula

Kalau ikut plan, hari ini akan ke Snæfellsjökull National Park. Jaraknya lebih kurang 3 jam drive daripada Reykjavík. Itu pun kalau drive straight lah. Tapi macam kami yang kejap drive kejap stop memang akan makan masa lah. Lagipun tidak apa nak dirushingkan so just enjoy the view and feel the driving experience.


Mendung je hari
Memang gloomy sikit di bulan October ni



Walaupun still hujan sikit-sikit waktu check out, kami gagahkan juga untuk itinerary hari ke-3 ini. Waktu ini En. Suami dah expert drive sebelah kiri. Mula-mula je kekok, after tukar mindset dan try drive tiada masalah. So jangan lah takut ya nak drive sebelah kiri.


1st stop....rehat jap

Posing dulu tepi jalan

Ok jom continue journey....ada tasik besar

Sunyi je takde kereta lain...

Cerah la sikit nampak rumput hijau

2nd stop....nampak gunung yang unik...

Jom gerak semula

3rd stop...gi toilet WC...

Nampak big waterfall dari jauh...

Ha stop lagi sebab nampak cun je bukit ni..

Akhirnya, selepas beberapa jam driving, sampailah kami ke Snæfellsjökull National Park. Nak sebut pun susah. Banyak attraction di sini tapi semuanya melibatkan nature activity. Shopping-shopping tiada ya. Kami tak spend masa lama sangat di sini sebab takut nanti lambat check in hotel untuk solat zohor dan asar. So tak perlu tulis panjang-panjang, layan gambar ya.


Jalan di National Park...macam kat planet mana lah

Selfie sikit

Parking area nun di sana

Track yang ada jom...

Sampai ke pantai rupanya

Batu bata landmark di Snæfellsjökull 

Zoom sikit rupa bentuk nya....

Kawasan pantai...pantai hitam tak putih

Ok dah jom balik

Kita gerak ke tempat lain pula....

Selepas menikmati panorama di Snæfellsjökull, kami meneruskan lagi perjalanan. Sejuk sebenarnya so tak boleh beroutdoor lama-lama. Kami singgah sebentar di Arnarstapi yang tidak jauh daripada Snæfellsjökull. Arnarstapi ini macam small fishing town. Memang tenang dan population pun tak ramai.


Singgah jap Arnarstapi

Inilah perkampungannya...adalah beberapa ketul rumah
Comel je rumah ni...view pun cun

Tepi laut Arnarstapi

Jeti nelayan

Lautnya

Ok bye Arnarstapi

Ok jom ke tempat ke Kirkjufell pula

Selepas itu, kami terus ke Kirkjufell mountain pula. Jaraknya lebih kurang 1 jam drive daripada Arnastapi. Kalau ikut plan asal, sepatutnya singgah di Svoftulof Lighthouse dulu tapi sebab tak cukup masa kami terus ke Kirkjufell Mountain.


Stop jap otw ke Kirkjufell, test drone dulu

View yang ada

Di area Kirkjufell Mountain ini ada waterfall tapi kami tak singgah sebab tengok macam biasa-biasa je (malas nak jalan sebenarnya) so kami teruskan je perjalanan ke hotel. On the way ke hotel, kami stop di tepi laut yang berlatarbelakangan Kirkjufell Mountain itu. SubhanaAllah memang cantik pemandangan di situ. Selepas berselfie beberapa round, kami terus ke hotel (guesthouse sebenarnya).


View autumn...rumput dah menguning

Dah nak sampai Kirkjufell 

Kirkjufell Mountain

Posing sikit dengan Kirkjufell Mountain

Malam ini, kami akan check in di Sudur-Bar Guesthouse untuk 1 malam. Sampai di guesthouse jam 4 petang. Sunyi betul tengok guesthouse ini. Intai-intai takde orang lain pun yang check in. Kami booked cottage so locationnya agak jauh daripada main house. Tapi view guesthouse ini memang mengkagumkan, tenang je hati. Waktu check in sempat tanya owner, boleh tak kami fly drone area ini. Malangnya dia kata tak boleh sebab nanti akan menganggu guest lain. Plus, diorang lebih appreciate calm and silent environment. Macam lah nak terbangkan helicopter, nak fly drone je kot.


Guesthouse untuk malam ini.....comel je ala cottage
As respect to owner maka tak jadilah kami fly drone di situ. Memang ada tempat-tempat tertentu kawasan larangan drone tapi biasanya akan ada signage. So sesiapa nak fly drone kena aware dengan requirement area itu, silap-silap nanti ada yang bawa keluar senapang. Bercakap pasal drone, trip kali ini kami decide untuk bawa drone. Macam rugi pulak pergi ke negara yang cantik macam Iceland dan Switzerland ini tanpa drone. Since tak pernah ada drone pun sebelum ini, maka kami gagahkan lah juga beli drone. Tapi beli yang basic je. After survey-survey, spark combo menjadi pilihan hati. Harga pun boleh lah dalam RM 3000 lebih.

Ok, back to Iceland, lepas check in kami solat jamak zohor dan asar. Sempat juga lah masak meggi sebab tak lunch lagi. Plan petang itu nak keluar sekejap cari port nak fly drone. Time nak keluar, dengar orang sebelah dah check in. Cottage ini macam semi-D so connecting dengan jiran sebelah. Waktu nak keluar itu sempat lah borak-borak dengan jiran sebelah, Chinese couple dari China. Diorang dah 10 hari di Iceland, malam ini malam last diorang. Diorang kata Iceland memang cantik. Since, ini malam ke-2 kami, memang rasa tak sabar nak explore Iceland.

So, kami start engine kereta pusing-pusing dekat area guesthouse. Dalam 15 minit drive daripada guesthouse, jumpa kawasan tasik so apa lagi, berterbangan lah wahai si drone. Ok layan je gambar ya.


Port pertama

Dapatlah view tasik

Besar tasik ni

Port ke-2

Tak tau la laut ke sungai tapi ada jambatan panjang

Hari pun dah nak gelap....

Hari pun dah gelap, kami pun segera pulang ke guesthouse, malam masak brahim dan tidur. Tak sempat nak jengah-jengah aurora sebab dah kepenatan. Selamat malam. Jom jengah page hari ke 4 di sebelah....


Plan Day 3...Alhamdullilah selesai

No comments:

Post a Comment