Monday 11 May 2020

Day 14 : Rheinfall Waterfall - Zurich - KL

Last day in Swiss and for the trip, after breakfast di hotel, check out dan terus ke Rheinfall yang famous ni. Rheinfall ini dikatakan as the largest waterfall in Europe. Terus teringat dan rindu waterfalls kat Iceland. Kami pergi ke Rheinfall ini ikut Southern Banks Schloss Laufen. Entry fee CHF5 per person. Alhamdullilah waktu kami tiba, cuaca baik, air memang deras sangat kalau jatuh memang selamat. Orang pun tak berapa ramai sebab masih awal pagi. Setelah puas menikmati kebesaran Allah itu, kami pun bergerak menuju ke destinasi terakhir untuk trip kali ini iaitu Zurich City. Waktu tiba di Zurich dua minggu lepas tak sempat nak sightseeing lagi. Saje je pilih Zurich last sebab pastu boleh terus terbang ke Malaysia.

Good morning from Rheinfall Hotel

Dah tiba di parking area Rheinfall

Cantik pula pokok depan entrance Rheinfall ni

Inilah sungainya

Deras betul arusnya

View dari atas look up point

Bukti sampai sini

Boleh baca maklumat asal usul

Kalau jatuh memang selamat lah

Putih membuih


View dekat sikit

Kali ini kita hampir

Ada pelangi

Berdiri situ memang basah

Selfie sebagai kenangan

Naik river cruise pun boleh...akan pergi rapat ke waterfall

Lebih kurang tengahari kami tiba di Zurich city. Jaraknya lebih kurang 1 jam dari Rheinfall. Kami park kereta di Parkhaus Urania. Memang betul-betul di city center so mahal sikit lah rate dia tapi mudah for walking sightseeing Zurich city. So kami menapak meronda Zurich city mana yang termampu. Macam biasa each Swiss city ada river nya sendiri termasuk Zurich city. Plan ingat nak naik river cruise tapi timing tak kena so jalan-jalan je lah. 







Tengah fikir nak beli apa

Train Station Zurich

Flight ke Malaysia jam 9.55 malam Oman Air, so bermakna dalam jam 6 petang sepatutnya kami sudah berada di Zurich Airport dan pulangkan kereta sewa di kawasan airport. Tapi sebelum ke Aiport, kami plan untuk ke Zurich Mosque untuk solat jamak zohor/asar dulu. Hasil dari google jumpalah Madni Mosque Muslim Society Zurich ini, tapi malangnya susah betul parking. 3 kali kami pusing area tu tapi tak dapat juga parking. So google lagi jumpalah satu mosque ni agak jauh juga tapi masih sempat untuk kami pergi iaitu Mahmud Mosque. Waktu baru hendak memulakan perjalanan ke masjid tersebut tiba-tiba kereta kami ditahan polis dan diminta ke tepi. Cuak jugalah apa salah kami rasa tiada buat apa-apa kesalahan.

Ada 2 police officer tapi mereka tak berapa fasih English so agak susah nak faham. Mula-mula dia minta passport. Dia belek-belek passport, pastu minta driving license dan car rental document. Dia tanya juga lah macam-macam dalam bahasa diorang. Tak lama lepas tu kami dilepaskan dan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan. Agaknya sebab dah give up masing-masing tak faham macam itik dan ayam. Rasanya diorang tengok kami pusing-pusing sebab itu agak mencurigakan kot. Alhamdullilah dapatlah kami meneruskan perjalanan. Nasib baik tak kena tahan.

Alhamdullilah sempat solat masjid ini

Selesai urusan, kami pun ke airport, pulangkan car rental dan check in flight. Maka berakhirlah road trip kali ini selama 2 minggu ke Iceland & Switzerland. 

Flight ke Muscat

Appetizer ringan-ringan

Antara course yang ada

Ok jom balik KL....transit di Muscat

Yeah balik Malaysia

Antara souvenir yang dibeli

Semoga blog ini menjadi kenangan di hari tua dan semoga memberi panduan kepada yang berminat. Sehingga berjalan dan bertemu lagi. Semoga diberikan kesihatan dan rezeki yang baik untuk melihat alam Allah yang amazing ini.

No comments:

Post a Comment