Thursday 7 May 2020

Day 9 : Geneva - Lausanne - Bern - Adelboden

Hari ini dengan rasminya bermulalah pengembaraan di bumi Switzerland pula. Diam tak diam sudah sembilan hari di perantauan. Alhamdullilah tenaga dan kudrat masih ada tapi bekalan makanan je yang sudah menyusut. Tidak risau sangat di Swiss ini mudah untuk mendapatkan makanan halal cuma kena sediakan ongkosnya lah sebab Swiss terkenal dengan negara yang agak tinggi cost of living nya.

Pagi ini, seperti biasa breakfast di bilik dan check out dalam jam 8.30 pagi. Seperti yang dirancang, kami akan pergi semula ke Geneva Airport menggunakan free hotel shuttle untuk collect car rental di airport. Di Swiss ini kami booking Volkswagen Golf juga dengan menggunakan perkhidmatan Europcar. Cost untuk sewa kereta termasuk insuran selama 6 hari ialah RM1900. Tapi waktu car collection dapat kereta lain pula iaitu kereta Opel Astra. Ok juga lah kereta ini. Driving di Swiss sama macam di Iceland iaitu driver di sebelah kiri. Untuk urusan collect kereta dilakukan di dalam Geneva Airport, selepas itu kena naik shuttle yang disediakan ke kawasan car rental parking dalam kawasan airport dan kita terus boleh mengambil kereta yang disewa berdasarkan nama company dan parking bay number. Oh ya, nanti kami akan return kereta sewa ini di Zurich Airport pula sebelum terbang balik ke Malaysia.

Check out Geneva Airport Hotel

Counter car rental at Geneva Airport

Naik shuttle ke car rental parking area

Inilah keretanya...bos tengah check tu

Duit Swiss yang berwarna-warni

Selepas urusan car rental selesai dan sebelum naik shuttle untuk ambil kereta, kami ambil wifi modem yang telah dibook online melalu iSpot Connect website. Rate rental ialah CHF 69 iaitu bersamaan RM 300 untuk 6 hari. Kami juga menukar duit Euro kepada Swiss Franc (CHF) di Geneva Airport. Untuk makluman Geneva ini terletak di sempadan France. Kalau nak ke France pun boleh sebab tidak jauh. 10 minit drive je dah boleh sampai France.

Ok kereta dah dapat, internet dah ada kami pun set google maps ke destinasi pertama iaitu Geneva City. Jarak dari Geneva Airport ke Geneva city tidak jauh iaitu lebih kurang 20 minit saja. Di Geneva city kami parking di Mont Blanc parking dengan rate CHF 2 untuk sejam. Selepas itu, kami berjalan kaki (5 minit je) untuk melihat Jet D'eau fountain yang terkenal di Geneva ini. Apa yang menariknya fountain ini? Jet D’eau bermaksud water jet, terletak di Tasik Geneva dan merupakan fountain yang tertinggi di dunia. Ianya boleh mencapai ketinggian 140 meter dengan kuasa pam 500liter water per second. Kami juga mengambil angin (barulah nama makan angin) di sekitar Geneva Lake. Air tasiknya sangat jernih / crystal clear water sebab itu tengok itik-itik bukan main gembira lagi.

Dari kejauhan dan nampak Jet D'eau fountain

Itik berenang-renang

Geneva Lake

Background Jet D'eau fountain

Cross bridge pergi ke arah old building

Jumpa kedai kebab halal

Apa lagi beli lah untuk lunch

Then, kami beredar dari Geneva city ke Lausanne pula untuk melihat Sauvabelin Tower. Jaraknya dari Geneva lebih kurang 1 jam. Apa pula Sauvabelin Tower ini? Sauvabelin Tower ini ialah tower kayu dengan ketinggian 35 meter dan dapat lihat panorama Lausanne city dan Lake Leman. Masuk ke tower adalah percuma. Tapi malangnya, 3 kali kami pusing di kawasan bukit tower itu untuk mencari parking tapi tiada rezeki. Orang tempatan agak ramai di kawasan itu untuk berpicnic bersama  keluarga sebab kebetulan hari itu adalah hari Ahad.

Cari port baik tepi highway

Burger hasil tangkapan kedai kebab tadi

Tengok view Lausanne city dari dalam kereta je

Kalau ikut plan asal, kami juga akan ke Chillion Castle di Montreax yang jaraknya dalam 30 minit dari Lausanne. Tapi sebab kesuntukan masa, kami decide untuk terus ke Bern City. Kalau nak tau, Bern ini ialah capital city of Switzerland, mesti orang ingat Geneva atau Zurich kan.

Jom ke Bern pula

View Bern city....dah nak sampai ni

Kami tiba di Bern lebih kurang jam 4.00 petang, so kami decide untuk solat dulu. Kami set google maps ke Bern Islamic Centre. Kebetulan baru masuk Asar dan sempat berjemaah dengan orang tempatan. Kebanyakan mereka berasal dari benua Afrika tapi sudah mendapat kerakyatan Switzerland sebab lahir di sini.

Bern Islamic Centre

Selepas solat, kami pun berjalan ambil angin petang di Old Town Bern. Cantik dan menarik Bern ini. Ada Einsten House  tapi tutup jam 4.45 petang so tak sempat lah nak masuk.

View Old Town Bern

Layan view

Tenang je

Ada trams tengah-tengah old town

Jangan kena langgar trams sudah

Tempat-tempat lepak Old Town

Destinasi terakhir hari pertama di Swiss ialah Hotel Crystal di Adelboden yang jaraknya lebih kurang 1 jam daripada Bern. Waktu booking hotel di Adelboden, tak tahu pula yang Adelboden ini terletak di kawasan pergunungan Alps so jalan ke sana agak mencabar, nasib baik sampai di sana tidak terlalu lewat dan belum gelap sangat. Yang menariknya pemandangan ke sana memang cantik. Malam itu, kami dinner Kebab, kebetulan ada kedai Arab di pekan Adelboden.

Jom ke Adelboden

Pekan Adelboden

View gunung ganang

Parking kereta untuk beli dinner

Nasib baik ada kedai kebab halal


Google Map planning Day 1 di Switzerland. Walaupun tak berjaya nak follow sepenuhnya Alhamdullilah selesai. Jom sambung day 2 pula esok....


No comments:

Post a Comment