Sunday 10 May 2020

Day 12 : Mt Pilatus - Lucerne

Pagi ini breakfast di hotel je sebab package hotel with breakfast. Stok nasi lemak Pak Brahims pun dah lama habis. Plan hari ini pagi akan ke Mt Pilatus, petang jalan-jalan di Lucerne city dan selepas itu balik ke hotel yang sama iaitu Hotel See Hof Du Lac. Cantik juga hotel ini terletak di tepi tasik di pekan kecil Weggis yang tidak jauh dari Lucerne city.

Hotel See Hof Du Lac di tepi tasik

Untuk ke Mt Pilatus, kami perlu ke Lucerne city untuk ambil ferry ke Alpnachstad. Ferry terminal Lucerne ini terletak berdepan dengan Train Station Lucerne. Sambil menunggu ferry, kami sempat jalan-jalan di sekitar ferry terminal seperti ke Old Chapel Bridge yang terkenal di Swiss ini.

Willkommen in Luzern

Ferry Terminal...awal kami tiba

Ronda-ronda Lucerne City dulu

Pagi yang damai

Old Chapel Bridge

Kedai-kedai makan berhampiran Old Chapel Bridge

Boleh lepak-lepak tepi tasik minum kopi

Old Chapel Bridge

Feri dah sampai jom ke Mt Pilatus..


Perjalanan feri mengambil masa lebih kurang 45 minit merentasi Lake Lucerne yang tenang dan indah. Dari dalam bot juga boleh nampak rumah-rumah di tepi tasik dan lereng gunung. 

Jom gerak

Lucerne city dari kejauhan

Restoran dalam feri....untuk memanaskan badan...atas feri sejuk

Rumah-rumah di tepi tasik & bukit

Banyaknya bot dia


Tiba je di Alpnachstad, kami dengan segera berjalan ke station cogwheel ke Mt Pilatus yang tidak jauh dari ferry terminal. Kenapa kami pilih Mt Pilatus ini sedangkan banyak je mountain-mountain lain di Lucerne area? Ha sebab nak merasa naik the steepest cogwheel in the world. Nak tau curam tak curam kenalah rasa naik. 

Tiba di Alpnachstad

Nampak tak cogwheel yang merah kat bukit tu

Nak naik benda inilah....macam kat Bukit Bendera Penang je

View dari cogwheel...feri kami tadi

Kecil je railway dia

Selisih dengan gerabak sebelah

Mt Pilatus terletak 2132 meter dari aras laut dan boleh nampak view Lucerne area from top. 

Dah sampai top of Mt Pilatus

Ada yang main parasailing

Curam tak nak turun tu?

View cun from top

View cun from top

Boleh baca nama-nama gunung kat situ

Kena naik tangga untuk dapat view ni

Ni top view photo dari drone

Dah jom turun....turun pun gayat

Bangunan yang ada di top of Mt Pilatus

Ini tangga yang kami panjat tadi..zig zag betul

Balik dari Mt Pilatus kami akan guna gondola pula ke Kriens dan naik bas dari Kriens ke Lucerne Train Terminal. Route ini dikenali sebagai Mt Pilatus Golden Round Trip sebab boleh dapat pelbagai view yang menarik dengan naik ferry, cogwheel, gondola dan juga bas. Cogwheel punya fee ialah CHF36 (50% discount guna Swiss Pass) tiket-tiket ferry, gondola dan bas kami guna Half Fare Pass. 

Turun guna gondola

View time turun

Kawasan perumahan di Kriens


Petang bila dah tiba di Lucerne city, jalan-jalan window shopping di Lucerne Old Town dan beli souvenir di Casagrande. Kedai Casagrande memang top kalau nak beli souvenir, macam-macam ada cuma sediakan ongkos je lah. Then, terus balik ke hotel semula. 

Window shopping at Lucerne City

Sedang mencari kedai souvenir

Inilah kedainya Casagrande...antara yang termurah untuk memborong

Boleh pilih nak yang mana

Macam biasa fridge magnet lah

Sempat beli buah berangan makan panas-panas


Esok adalah malam last untuk trip kali ini...tak sabar nak balik Malaysia tapi sayang juga nak tinggalkan Swiss ini.



No comments:

Post a Comment