Thursday 21 February 2019

Percutian Keluarga ke Osaka Jan 2019

Salam semua...salam tahun baru 2019. Bagi penutup 2018 dan pembuka 2019 ini kami plan bercuti ke Osaka Jepun. Kenapa ke Jepun? Ke Jepun sebab bapa mertua teringin ke sana nak melihat budaya Jepun. Memang En. Suami berniat untuk membawa parents bercuti ke luar negara, so ke mana kita ni? Maka ke Jepun lah kita dan lebih specific ialah ke Osaka dan kawasan sekitarnya. Sebelum ini kami pernah ke Tokyo dan Hokkaido, so kali ini ke Osaka pula. Jepun memang negara yang tak pernah jemu untuk dilawati. Kalau ada rezeki inshaAllah akan repeat lagi. Map kawasan / prefacture di Jepun seperti di bawah :


Persediaan ke Jepun kali ini agak lewat sebab last minit (lebih kurang sebulan sebelum) baru En. Suami confirmkan nak ke Jepun ini. Tambahan pula busy dengan kerja memang tak sempat nak study sangat. Ok macam biasa first sekali off course lah beli tiket. Untuk direct ke Osaka boleh naik MAS atau Air Asia. After compare price untuk date yang nak pergi (31 Dis - 5 Jan), maka kami memilih MAS sebab tak jauh beza dengan Air Asia, tambahan pula MAS ada discount 20% jika guna VISA untuk pembelian waktu weekend. Harga tiket kami ialah RM 1933.00 return per pax.

Ok settle tiket flight, kita buat itinerary pula. Hasil study from blog, buku travelog Road To Japan dan FB Road To Japan maka terhasillah itinerary yang boleh dikatakan agak lengkap untuk dijadikan panduan untuk percutian 6hari 5 malam ini. Siapa nak itinerary boleh pm saya ok. 


Buku ini boleh jadikan reference

Untuk sessi lawatan di Osaka saya ada booking online untuk tourist pass seperti Mt Rokko Tourist Pass dan YOKOSO card. YOKOSO card ini cover Nankai Rapid Express Train from Kansai Airport ke Namba Station Osaka City (one way) dan unlimited 1 day ride public transport di Osaka city. Biasanya book online lebih murah dah mudah. Banyak pilihan Japan Pass yang ada dan boleh google atau refer dalam buku Road To Japan. Kena pastikan pass yang kita beli itu bersesuaian dan maximum use kalau tak nanti rugi pula.



Pass yang dibeli online

Dah confirm itinerary so dah boleh book hotel based on location activity. Macam biasa saya memilih web Agoda walaupun yang popular adalah Trivago. Hahaha ini sebab kena loyal to Agoda untuk collect point.

Then, next cari kereta sewa pula. Oo ya biasanya orang akan guna public transport e.g. train, subway, metro, JR dan bas waktu di Jepun, tapi kami memilih untuk sewa kereta sebab bawa parents. Kesianlah mereka kena menapak dan jalan jauh kalau naik public transport. Tak susah sebenarnya drive di Jepun ini sebab macam di Malaysia juga driver di sebelah kanan. Kalau di Korea ya kena tukar mindset driver sebelah kiri. Sewaktu di Hokkaido dulu pun kami sewa kereta juga so rasa takde masalah untuk drive di area Kansai Osaka. Lagipun kami berlima so ngam-ngam 1 kereta. Pemandu di Jepun ini sangat berhemah dan bersopan santun di jalan raya so jangan risau ya. Drive di Jepun ini agak membosankan sebab kena follow speed limit dan tak boleh speeding macam di Malaysia. So bertabah je lah. Ok panjang pula ceritanya. 

Untuk booking kereta saya book online. After compare a few company so far Tabirai Car Rental yang paling murah. Web Tabirai Car Rental ini macam Trivago juga, ia akan membandingkan harga yang terendah dan boleh pilih car provider yang kita berkenan. Maka kami memilih kereta MPV 7 seater (Mazda Premacy) walaupun kami berlima tapi sebab beg banyak dan pastinya nak memberi keselesaan kepada penumpang. Untuk car provider kami pilih Times Car Rental sebab yang paling murah dah car rental counter dan car collection di kawasan airport juga, maka tak perlu untuk naik shuttle ke car rental area. Kos sewaan untuk sepanjang tempoh kami di sana (4 hari) ialah 36,100 yen (RM 1331).  Memandangkan kami akan travel agak jauh dan banyak menggunakan tol (Jepun ada tol juga ya), maka kami terus rent ETC (macam smart tag) dengan harga 324 yen (RM12). Jumlah tol nanti bayar kemudian waktu return kereta. Kalau takde ETC, kena bayar tunai atau kredit kad di tol booth dan difahamkan nilai harga tol berbeza antara cash dan ETC. Lebih jimat ETC katanya dan lebih mudah just drive thru je. Untuk drive di sana jangan lupa apply International Driving Permit (IDP) daripada JPJ dengan bayaran RM150 yang valid untuk setahun. IDP perlu dibawa sekali waktu nak collect kereta nanti.

Next, nak travel mestilah kena ada travel insuran. Bagi kami travel insuran ini wajib sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku. Macam saya dan En. Suami memang dah ada yearly travel insuran (frequent traveller lah sangat) so kami just apply for parents dan adik yang ikut sekali. Macam biasa, saya ambil insuran dengan best friend a.k.a ejen terbaik Puan Noha dari Takaful Etiqa. Kalau berminat boleh PM saya untuk bagi phone number dia.

Since kami ke Jepun pada musim winter, maka kena lah shopping sikit winter cloth / thermal cloth untuk parents supaya tak kesejukkan di sana nanti. Macam biasa shopping di Uniqlo. Thanks pada cousin yang kerja di sana so boleh tumpang 30% discount. Banyak jimat tu.

Kami juga memborong bekalan Brahim's untuk bekalan selama di Osaka nanti sebab family tak makan sangat dengan Japanese food ini. Kalau saya pergi solo memang belasah je Japanese food janji halal. Untuk menjimatkan kos saya borong Brahims di kilang Brahim's yang terletak di Bangi. Memang harganya jauh lebih murah berbanding supermarket.


Kedai Brahim's di Kilang Brahim's Bangi
Stok makan untuk 5 orang



Lagi satu keperluan ialah internet wifi. Walaupun banyak public area dan hotel di Jepun yang menyediakan free wifi tapi kami tetap perlu ada internet sendiri sebab nak guna untuk waze @ google map. Memang kereta ada GPS tapi biasanya tak berapa friendly dengan masalah bahasanya. So setelah google kami book sim card 5G melalui Sakura Mobile. Kami book sim card je sebab dah ada mobile router sendiri. Tapi Sakura mobile ini agak mahal dan maybe boleh dapat lebih murah di Klook.
Ok dah siap semuanya apa lagi...ke Osaka kita. Jom jengah di page sebelah...

9 comments:

  1. Tqvm sbb share. Seronok baca blog awak. Akk plan nak pergi dec 2022 ini... (2012 dulu dah pi tokyo)...banyak maklumat yg blh dipinjam... hehe. Kalau minat, awak boleh juga ke blog akk... jalan jalan luar negara hajahazeeya2013@blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan akak. seronok tengok kita dah kembali ke zaman sebelum pandemik walaupun ada beberapa kekangan peraturan. tapi x apalah, asalkan ada rezeki melihat bahagian lain bumi Allah ni.

    ReplyDelete
  3. Assalamualikum....boleh share itinerary Osaka tak sbb plan nk ke sana untuk konvo anak dan brcuti bulan 3 thn 2023 (shereen_ars@yahoo.com.my)

    ReplyDelete
  4. Salam
    Boleh share itinerary.
    Kami
    Pun short notice nak pergi dlm sebulan lg
    mokhtarmaziah@yahoo.com
    Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Boleh ke saya nak minta puan share itinerary? Ini e-mel saya asyiqinsharif@gmail.com . Terima kasih banyak puan atas perkongsian yang menarik.

    ReplyDelete
  6. Salam Puan, saya pun berminat dengan iterinary Puan

    ReplyDelete
  7. Asalam puan..boleh tak share itinerary, sebab saya nak ke osaka bulan 2 tahun depan nanti..yang ne emil saya wazu2169@gmail.com..terima kasih puan.

    ReplyDelete
  8. Asalam puan..boleh tak share itinerary, sebab saya nak ke osaka bulan 4 tahun ini ,ini email saya faridah64oct@gmail.com

    ReplyDelete