Thursday 21 February 2019

Day 4 : Bamboo Forest - Kobe Mosque - Mt Rokko - Tottori

Pagi ini plan nak keluar awal sikit sebab aktiviti agak padat dan hotel untuk check in agak jauh iaitu di Tottori. Tapi ada drama pula di pagi hari. Time dah siap nak check out dan nak masuk barang dalam kereta, kunci kereta pula tak jumpa. En. Suami tak ingat letak di mana, maklumlah homestay agak besar 2 tingkat. Dekat sejam juga masing-masing mencari, dalam beg, bawah katil, dalam bekas sampah tak jumpa-jumpa. Last-last buka semua beg, check satu-satu dan alhamdullilah jumpa kunci kereta dalam one of the sweater yang ada. Ingat dah nak call rental hantar kunci spare je.
Jom check out

Then, check out from homestay terus ke Bamboo Forest Arashiyama yang quite famous di Kyoto ini. Parking kereta berhampiran entrance dan jalan ke dalam bamboo forest.  Parking fees kena 500 yen. Masuk ke Bamboo Forest ini free je. Parents tak larat jalan so tunggu di kawasan pertengahan bamboo forest. Saya dan En. Suami gigih menapak sehingga ke hujung. Oklah bamboo forest ini, nyaman berjalan sebab sejuk tapi orang memang ramai. Kalau nak feeling bergambar sorang-sorang memang agak susah.


Parking dekat entrance ke Bamboo Forest

Pekan Arashiyama 

Tak larat jalan ke Bamboo Forest boleh naik rickshaw

Jom jalan masuk hutan

Hijau buluh

Model pokok buluh
Ramai orang pagi-pagi



Cuci mata tak beli pun

Next, kami bergerak ke Mt Rokko jarak lebih kurang sejam setengah dari Kyoto. Tapi waktu lebih kurang 20 minit lagi nak sampai ke Mt Rokko Cable Car Station kami detour ke Masjid Kobe. Plan nak solat di Mt Rokko sebab ada prayer room di situ tapi nak lebih selesa kami ke Masjid Kobe yang tidak berapa jauh dari Mt Rokko. Sebenarnya plan asal ke Masjid Kobe ialah pada keesokkan harinya untuk solat Jumaat di situ tapi takpe kan pergi dua kali pun. Parking pun banyak di sekitar Masjid Kobe so no problem. Masjid Kobe ini antara yang masjid tertua di Jepun dan tak roboh waktu gempa berlaku di Kobe.


1st time isi minyak kena 5562 yen untuk 40 liter

Masjid Kobe

Jemaah tempatan
Ruang solat wanita di tingkat atas



Ada sphere tank pula tengah-tengah bandar Kobe

Selesai solat, kami bergerak ke Mt Rokko Cable Car station. Parking di kawasan Cable Car Station. Parking fee tak berapa ingat (lupa nak tulis) tapi rasanya dalam 600 yen. First transport kami naik cable car macam di Bukit Bendera bezanya cuma sini lebih sejuk. Agak curam tapi tidak securam cable car di Blue Mountain Sydney. Seterusnya kami naik bas di atas Mt Rokko dan boleh stop di mana-mana tourist attractions. Time inilah kami guna pakai Mt Rokko Tourist Pass dengan harga 1500 yen itu. Antara tarikan di Mt Rokko ialah Snow Park, Ropeway, Garden, Museum dan lain-lain. Boleh google Mt Rokko web. Tapi nak masuk ke tempat-tempat itu kena bayar entrance fee lain, boleh guna tourist pass untuk discount. Kalau nak bawa budak-budak main di snow park memang sesuai lah tapi khabarnya diorang guna artificial snow. 


Mt Rokko Cable Car Station

Ada macam cable car Bukit Bendera Penang tak?

Jom naik Mt Rokko

Time kami sampai tengah snowing juga suhu -1C, yang itu memang snow original lah. Di Mt Rokko kami naik ropeway pula untuk lihat pemandangan yang ada dan lunch di Garden Terrace. Dari Garden Terrace ini kita boleh lihat pemandangan bandar Kobe. Di Garden Terrace ini juga ada menyediakan set makanan halal tapi limited. Waktu kami sampai cuma tinggal 2 set je, boleh lah dari takde. After late lunch kami turun semula ke kereta, waktu itu sudah jam 5 petang. Hari dah nak gelap dan makin sejuk.


Naik ropeway pula

Ropeway station...adalah snow sikit-sikit

View dari ropeway

Garden Terrace
Lepak sat



Lunch alas perut...boleh tahan rasa

Kobe City view from Garden Terrace

Garden Terrace area
Lepak sat sambil tunggu bas nak turun

Destinasi terakhir untuk hari ini ialah check in hotel lah apa lagi setelah seharian berjalan. Tapi hotel yang dibooking agak jauh lebih kurang 2 jam dari Mt Rokko iaitu di Tottori. Tapi jammed sikit petang itu di highway, sangkut dekat 30 minit slow moving. Then, abah kata nak buang air pula, maka En. Suami exit highway dan stop di toilet tepi tol. Lepas keluar tol, kami ikut jalan lain dan waze reroute ke jalan yang tak jam. Alhamdullilah ada hikmah singgah toilet. On the way ke Tottori pun masih snowing lagi, kiri kanan jalan penuh snow dah akhirnya selamat tiba di APA Tottori hotel. 


Longgokan salji yang disodok di RnR

RnR on the way ke Tottori
Malam takde ke mana-mana dan macam biasa dinner Brahim's lagi. Mesti pelikkan kenapa nak check in hotel jauh-jauh sehingga ke Tottori padahal banyak je hotel di Kobe. Haha mesti lah ada sebabnya. Nak tau jengah page selepas ini ya.


No comments:

Post a Comment