Thursday 21 February 2019

Day 5 : Tottori - Osaka City

Pagi ini keluar awal sikit dalam jam 8.30 pagi sebab nak kejarkan solat Jumaat nanti. Masjid di area Kansai Osaka ini kan limited. So, plan nak solat Jumaat di Masjid Kobe. Apa yang kami cari di Tottori? Ha sebenarnya nak pergi Tottori Sand Dunes dan Sand Dune Museum. Apa itu sand dunes?  Sand dune ini terhasil secara semulajadi. Macam mana terhasil kena google lah. Di Perth pun ada dune macam ini tapi pasirnya putih. Di Tottori pasirnya kuning macam di gurun sahara, bezanya cuma sejuk je. Mencungap juga lah memanjat. Kalau time peak winter dan heavy snow memang jadi snow dune. Sand Museum tak sempat nak pergi sebab tak cukup masa. 

Hotel APA?
Kawasan sekitar Hotel APA



Parking area Sand Dune Tottori

Saujana mata memandang

Mentari pagi yang sejuk

Jom mendaki....larat ke?
Ada kolam air di tengah-tengah dune

Gambar gelap sikit sebab cahaya matahari...di atas puncak dune ada laut disebaliknya

Lepas morning exercise di sand dune kami terus ke Osaka city. Sepanjang perjalanan dipenuhi snow dan pemandangan memang cantik. Kami siap stop di RnR main snow sekejap.


Memutih di tepi highway

Nasib baik takde snow atas jalan

Masuk terowong...Tottori ke Osaka memang banyak terowong

Atap penuh snow....tunggu cair sendiri kot

Toilet stop...takde orang lain pun

Kawasan RnR

Itulah toiletnya
Agak-agak sejuk tak?


Belum cukup tebal snow ini

Oleh kerana semalam dah ke Masjid Kobe, so hari plan detour lagi, cari masjid lain pula. Check waze masjid Osaka Ibaraki pun tak berapa jauh dan sempat tiba before solat Jumaat. Alhamdulillah selamat tiba sebelum solat Jumaat dan sempat bersolat bersama local community. Ramai juga sampai penuh masjid (tapi masjid takdelah besar sangat dua tingkat, muslimah di bahagian atas).


Solat Jumaat di sini

Ramai juga jemaah

Selesai solat Jumaat, kami terus ke Kansai Airport untuk return car rental dan check in hotel. Kami plan return kereta sebab petang ini akan round Osaka city guna public transport. Sampai di Jepun kena lah bagi parents merasa naik train di sini. Return kereta di Aeroplaza kawasan airport. Alhamdullilah kereta semua ok. Time return kereta, check sekali jumlah tol daripada ETC card dan terus charge pada credit card. Dah expect tol mesti mahal sebab jauh perjalanan lebih kurang 1000km total. Haa jumlah tol ialah 18830 yen lebih kurang RM 700 lebih. Minyak yang diguna pun dalam 80 Liter iaitu dalam 10000 yen (RM 400). Kesimpulannya rasa ok juga lah drive di Osaka Kansai area especially kalau ramai dan bawa parents dan kanak-kanak.


List senarai tol

Check in Hotel Nikko Kansai Airport

Ok sambung lagi, lepas return kereta kami terus check in di Nikko Airport hotel juga di Aeroplaza. Sangat mudah tarik beg 5 minit dah sampai hotel. Rehat sekejap di hotel dan rendam Brahim's untuk late lunch merangkap dinner.

Next agenda, sightseeing Osaka city. Sebelum ke Osaka city, saya dan En. Suami ke kaunter HIS dulu di Terminal 1 untuk redeem YOKOSO pass. YOKOSO Pass ini beli di KLOOK  web dengan harga 1500 yen cover one way Rapid Train from Kansai Airport ke Namba Station dan unlimited ride public transport di Osaka city. So lepas redeem pass, terus ke Nankai Ticket Office untuk reserve seat train. Dapat reserve train pada jam 5.30 petang dan train mengambil masa selama 40 minit untuk tiba ke Osaka City. Tiba di Namba Station, Osaka kami dah start menapak. Mula-mula buntu juga nak ke mana dan kebusyan Osaka City ini. Yela dah beberapa hari pergi ke bahagian Jepun yang tenang je.


Reserve seat train di sini

JR Office pun ada di sini 

Entrance ke Train Station
Jom naik train



Selesa dalam train

Bergambar dengan kepala keretapi

Tempat wajib di Osaka mestilah ke Dotonbori so cari gate untuk keluar ke sana. Main redah juga lah. Waktu on the way ke sana nampak Big Camera so masuk lah window shopping dulu. Agak mahal juga barang-barangnya. Then kami ke tingkat 8 Big Camera ada floor untuk barang-barang 100 yen. Belilah juga fridge magnet sushi 100 yen di situ. Selepas itu kami berjalan lagi sehingga ke Tombori River Cruise. Naik cruise je lah so tak payah nak berjalan sangat. Kesian parents nanti. Kami dapat slot cruise 8.15 malam. Cruise mengambil masa dalam 20 minit. Layan gambar jelah ya.


Ok start menapak

Jom Big Camera

Jumpa ketam

Ramainya orang

Dotonbori River

Jom naik river cruise

Glico Man the legend

Kena tunduk lalu bridge ni

After river cruise ingat nak ke kedai 3 coins untuk beli souvenir tapi tak sempat sebab dah jam 9 malam so beli je lah strawberi di kedai tepi jalan. Kemudian kami terus ke Namba Station untuk pulang ke Nikko Hotel di Kansai Airport. Kali ini ambil non reserved airport express harga 920 yen dan masa perjalanan selama 50 minit.


Cuci mata tengok buah

Bestnya buah

Ole-ole bawa balik Malaysia

Beli untuk makan terus

Malam terakhir di bumi Osaka tidur dengan lenanya sebab kepenatan.

3 comments:

  1. Salam..Best baca blog sis..InshaAllah sy fly.ke osaka next month..Boleh tanya sis? ETC kad tu masa pulang baru diorang kira tol kena bayar berapa kan..Mesti kena bayar pakai kredit kad? Kalau cash boleh x? Dan, Tabirai cae rental dengan times car rental, which 1 yg palinh murah sis? Sy dah book di tabirai..tapi anytime boleh cancel..minta pendapat sis..��

    ReplyDelete
  2. wslm...bila return ETC nanti baru diorang akan printout kan total toll. Rasa bole je bayar cash terus. Tabirai ni search web mcm agoda gak. Bole compare price between Tabirai dan actual web car rental. Rasa compare hari tu book dgn Tabirai lagi murah...enjoy your trip...

    ReplyDelete
  3. Salam sis, boleh share itinerary dgn saya. Saya ada plan nk drive d osaka. terima kasih
    faddish14@icloud.com

    ReplyDelete