Thursday 21 February 2019

Day 3 : Mt Gozaisho - Kyoto

Jam 8.30 kami dah check out, sejuk pagi itu lebih kurang 4C. Pagi breakfast nasi lemak Brahim's dulu bersama telur rebus yang dah siap direbus dari Malaysia bersama dengan Kopi Ratu dan Kopi Badang (promote produk Jamu Ratu Malaya sikit). Memang sedap. Hotel ada sediakan breakfast tapi malas turun sebab tak tahu boleh makan apa. Sebelum check out dah pesan dengan parents pakai winter cloth secukupnya sebab hari ini misi mencari snow. Ok jom kita cari snow...

Breakfast dulu hasil air tangan sendiri

Canggih hotel, check out guna machine ini je

Station bus Kuwana depan hotel

Sanco Inn Kuwana Hotel

Small town Kuwana - awan dah gelap

Destinasi hari ini ialah Mt Gozaisho Ropeway Station yang terletak lebih kurang 30 minit dari hotel. Sewaktu dalam perjalanan ke ropeway station tiba-tiba nampak palang tutup jalan pula. Hmm ropeway tutup ke hari ini. Tengok banyak kereta parking tepi jalan. Di palang itu ada notis signage tapi tulisan Jepun lah pula. So kami guna google camera translator, rupanya jalan under maintenance. 


On the way to Mt Gozaisho...dah nampak snow tepi jalan....yeah
Jalan tutup lah pula


Guna Google Translate Camera je mudah

Then, nampak seorang pakcik Jepun, tanya dia macam mana nak ke ropeway station, dengan bahasa itik ayam dia tunjuk lah arah yang lain. Rupanya jalan yang ditutup itu kenderaan tak boleh masuk tapi kalau nak masuk hiking ke puncak boleh parking di situ. Kami pun patah balik dan akhirnya jumpa lah ropeway station. Keluar dari kereta dah start snowing. Dah excited time itu maklumlah dah setahun tak jumpa snow, last di Mt Halla last year 1 Jan juga. Dan inilah first snow untuk parents dan adik.


Akhirnya tiba di Ropeway Station

Naik benda ini nanti
Kaunter tiket. Tiket 2400 yen per adult

-4 C kat atas gunung

Tak ramai orang naik ropeway time itu so sekejap je beratur. Suhu kat atas Mt Gozaisho ialah -4C. So layan lah photo dan video Mt Gozaisho ini ya...memang best dan puas hati main snow sampai sejuk beku.


Jom naik ropeway

Sampai di stesen atas

Memutih

Boleh naik chairlift ke tempat lain
Suka budak-budak main



Tak tahu nak tulis caption apa....sejuk

1212 meter je

Boleh lepak-lepak kat meja tu

Menahan sejuk ke tu?

Minum kopi dulu panas kan badan

Ok dah sejuk...turun jom
Layan video sikit

Selesai membekukan diri di Mt Gozaisho kami terus bergerak ke Kyoto city untuk check in. Kali ini saya book homestay (Momo Stays) yang mempunyai dua bilik, hall dan dapur yang selesa. Untuk details homestay ini boleh refer di Agoda. Dua tingkat complete house siap ada free wifi dan portable wifi untuk jalan-jalan di luar. Rate homestay ialah RM 1,279.27. Di Kyoto city kena city tax ya so kena tambah 200 yen per person waktu check in. 


Bridge before ke Mt Gozaisho. Ada onsen juga di sini

Plan nak lunch di Bunga Raya Restaurant Kyoto tapi tutup pula

Check in di Momo Stays Kyoto

Petang itu masak Brahims untuk late lunch dan dinner terus. Selepas solat dan berehat, kami yang muda-muda ini (muda sangat) keluar ronda-ronda Kyoto city pula. Kali ini kita night walk dan naik local train. Kami plan nak ke Laox Marui Store...sebab di sana ada satu bahagian yang jual halal product so shopping sikit apa yang boleh untuk souvenir. Prayer room pun ada disediakan. Window shopping jam G-Shock tapi mahal juga. Ok layan photos Kyoto di waktu malam.


Night walk Kyoto

Macam mana nak beli tiket ni? Semua tulisan Jepun...

Nasib baik ada mamat Jepun tolong

Train dah sampai

Senyap sunyi

Machine money exchange...tapi rate mahal

Halal section

Prayer room pun ada di  Laox Marui Store

Kyoto Marui
Cuci mata je


Selepas itu kami balik dan tidur. Selesai hari ke dua di Jepun...Alhamdullilah.

No comments:

Post a Comment