Thursday 21 February 2019

Day 2 : KIX - Nara Park - Kyoto Mosque - Nabano No Sato

Ok sambung lagi...setelah selamat landing, urusan immigration dan ambil beg berjalan lancar, kami keluar ke arrival hall. Alhamdullilah semua barang lepas, diorang tak check pun. Time itu awal lagi dalam jam 6 pagi so masih lengang dan tak banyak kedai yang dibuka. Tempat seterusnya yang dituju ialah prayer room untuk solat subuh. Kansai International Airport (KIX) memang terbaik dan muslim friendly. Prayer room ada, restaurant halal pun ada beberapa pilihan. Prayer room dan halal restaurant terletak di level 3F. So jom kita cari.

Restoran Halal. Awal pagi tak buka lagi

Laluan ke Surau sebelah coin locker Level 3F 

Alhamdullilah selesai solat, saya ke counter JAL ABC pula untuk sim card collection. Tapi malangnya sim card Japan ini tak compatible dengan wifi portable modem yang kami bawa dari Malaysia. So far takde masalah guna di beberapa negara tapi di Jepun tak boleh pula. No choice terpaksalah tukar sim card ke handphone dan tethering data dengan yang lain.

Collect Sim Card dulu
Sim Card vending machine pun ada

Kemudian saya ke Kansai Tourist Information counter untuk collect Mt Rokko Tourist Pass yang telah dibook online. Pass ini akan diguna di Mt Rokko nanti.

Collect Mt Rokko Tourist Pass di sini

Seterusnya, collect car rental di Times Car Rental yang terletak di Aeroplaza. Aeroplaza ini masih di kawasan airport complex dan walking distance je dari Arrival Hall. Kereta yang kami book ialah Mazda Premacy tapi dapat Nissan Serena pula. Alhamdullilah lebih selesa. Oh ya jangan lupa rental ETC card dari car rental company sekali sebab di Jepun banyak juga tol dang lebih mudah guna ETC card. Ala-ala touch n go di Malaysia. Jumlah ETC tol yang kena bayar nanti time return kereta baru check. Siapkan credit card jelah sebab tol agak mahal. Kereta dah check, barang pun dah masuk kereta so apalagi kita gerak dulu.

Laluan ke AeroPlaza

Collect kereta di Times Car Rental

Pengangkutan kami selama di Osaka

Banyak juga air pollution ya

Toll booth. Guna ETC lalu di lorong ETC

Destinasi pertama ialah Deer Park yang terletak di Nara jaraknya lebih kurang 1 jam 15 min daripada Kansai Airport. Kami parking berhampiran dengan Deer Park dan dikenakan 1500 yen per parking. Agak mahal juga tapi sebab nak dekat dan memudahkan parents berjalan so tak jadi masalah. Di sini terdapat banyak rusa (deer) yang bebas berkeliaran. Agak jinak dan follow orang dengan harapan dapat makanan. Makanan rusa (macam biskut) banyak dijual di tepi park. Lepas beramah mesra dengan si rusa lebih kurang sejam kami pun bergerak ke destinasi seterusnya.

Selamat tiba di Nara city

Parking untuk ke Deer Park. Mahal tu 1500 yen per entry

Cute Deer

Deer nak biskut. Sila bayar 150 yen ye untuk biskut tu

Lawan tanduk

Family photo dengan si Deer

Next kami ke Kyoto Islamic Centre @ Mosque untuk solat Zohor/Asar dan mencari kedai halal di sekitar masjid untuk mengisi perut. Time winter zohor dalam jam 12 tengahari, asar 2.40pm, maghrib agak awal jam 4.30pm dan isyak 6.30pm. Sebab perjalanan kami masih jauh, maka kena lah solat jamak zohor/asar dulu sebab maghrib agak awal. 

Bila waze menunjukkan 'you have arrived at destination', tak nampak pula Kyoto Islamic Centre ini. So kami parking lah kereta dulu. Parking di Jepun ini agak mudah dan banyak. Ada yang parking bertingkat dan ada yang open space. Kami parking di open space je lebih mudah. Kebanyakkan car park, apa bila masuk parking space, palang akan ternaik di bawah kereta kita. So bila nak keluar parking, kita masukkan parking space number dan nanti akan keluar jumlah yang perlu kita bayar. Selepas bayar baru palang bawah kereta terturun dan kita boleh lah keluar. Rate parking berbeza-beza kita boleh tengok pada sign board yang ada biasanya dalam 500 yen bergantung pada tempat dan masa.

Parking bertingkat tapi kami tak parking di sini sebab tak pandai

Machine untuk bayar parking

Bila reverse je palang bawah akan terangkat

Ok back to cerita masjid Kyoto ini, mula-mula kami tak jumpa masjid ini tapi nampak pula restoran halal, perut dah lapar kami masuk lah makan dulu. Tanya owner, dia kata masjid sebelah je tapi sebab tak menghadap main road so susah nak nampak. Kedai ini namanya Salman & Sohel...orang pakistan/arab rasanya...makanan pun ala-ala arab. Macam-macam ada seperti nasi beriani, mandy, kebab, sharwama etc. Rate per meal lebih kurang 1100-1500 yen. Makanan ok sedap siap dapat soup dan mango lassi lagi each set. 

Jenguk-jenguk dulu

Makan time

Sedap tak ingat nama menu

Perut dah kenyang kita  gi solat dulu. Kami ke masjid tapi tutup lah pula. Rupanya time kami datang itu public holiday di Japan, biasanya 1st week Jan (1-5 Jan) orang-orang Jepun akan bercuti panjang. Ada notis di pintu masjid yang masjid tutup sepanjang minggu dan cuma dibuka waktu solat Jumaat (4 Jan) je nanti. Ok takpe kita google masjid lain di Kyoto. Ada 1 lagi Masjid AlHuda, kalau ikut waze lebih kurang 30minit jaraknya. Tiba di masjid AlHuda pun sama tutup sebab cuti. No choice kami gerak je terus ke hotel dan kena cari port untuk solat sebab hotel agak jauh iaitu di Kuwana, Yokkaichi yang jarak dalam 2 jam daripada Kyoto.

Kyoto Islamic Centre - tutup pula

Masjid AlHuda Kyoto - tutup juga

Untuk ke Kuwana, kami melalui highway dan berhenti di salah satu hentian rehat. Agak selesa dan terdapat 1 bangunan yang ada dobi, kerusi urut dan shower room yang berasingan lelaki dan perempuan. Shower room ini besar, agak selesa dan ada ruang, maka kami bersolat saja disitu. Biliknya juga agak privacy. Kalau nak shower kena masuk coin 350 yen baru boleh mandi. Tapi mana lah ada yang nak mandi sejuk-sejuk ini. Alhamdullilah selesai kewajipan, perjalanan diteruskan ke hotel.

Solat di sini

Suasana di RnR

Nak mandi sila masukkan coin

Shower room
Perjalanan diteruskan

Kami tiba dan
 check in di Sanco Inn Kuwana lebih kurang jam 6.30 petang. Ok juga hotel ini tapi macam biasalah hotel Jepun bilik agak sempit tapi complete. Parking pun free di tepi hotel. Rate hotel booking di Agoda ialah RM 1050 untuk 2 bilik double dan 1 bilik single.

Malam lebih kurang jam 7.30 kami ke Nabana No Sato Illumination yang terletak lebih kurang 15 minit dari hotel. Parents dah penat so stay di bilik dan kami pergi bertiga sahaja. Ada apa di Nabano No Sato ni? Ala lebih kurang macam ICT je lampu-lampu LED. Entrance fee 2400 yen tapi kita dapat shopping voucher yang bernilai 1000 yen untuk beli gift atau makanan so silalah guna nanti. Ok layan je photos di Nabano No Sato. Memang lawa.



Naik benda  ni untuk 360 top view

Besar juga

Top view

Reflection river

Lampu atas sungai ni

Light tunnel


LED show

Light tunnel lagi

Another river view


LED Show

Light tunnel

Tiba di hotel, perut dah lapar masak Brahims lah apa lagi dan tidur untuk aktiviti esok pula. Alhamdullilah, selesai hari pertama di Jepun ini.

Dinner 1st night


No comments:

Post a Comment