Sunday 5 April 2020

Day 9: Manapouri - Milford Sound - Mosgiel Dunedin

Pagi jam 6.30 kami dah check out dan bergerak ke Milford Sound. Kalau ikutkan weather forecast, hujan pagi itu. Dalam hati doa banyak-banyak supaya cuaca baik sebab biasanya kalau hujan cruise tak operate dan view tak berapa cantik. Tapi alhamdullillah check semula accuweather, pagi cuaca baik dan dijangka hujan waktu petang dalam pukul 2 sehingga malam.


Good morning....matahari baru nak naik....orange langit

Rumput kuning di musim autumn

Jom ke Milford Sound

Kena queue untuk masuk ke tunnel

View otw ke Milford Sound

Pemandangan ke Milford Sound memang indah dan bila tiba di Milford Sound view lagi wow. Tiket cruise Milford Sound pun dah beli awal-awal melalui web Klook (details refer 1st page blog NZ ini). Oleh kerana cruise jam 9 pagi, maka kami tak sempat nak breakfast di homestay so kami ambil cruise yang ada breakfast. Ok jugalah breakfast dia ada toast bread, baked bean, telur, fruits cereal etc (banyak benda yang boleh dimakan, baca label dan tanya pekerja di situ). Tak perlu cerita apa-apa, layan photo ya. Maybe gambar tak secantik yang betul di depan mata. Kalau dunia pun dah indah tak boleh imagine syurga macam mana. Semoga syurga pengakhiran buat kita semua. 


Ok dah sampai parking...jom jalan ke boat terminal

Mak dan abah....agak kesejukan di sini
View sebelum sampai di boat terminal

Ok jemput masuk ke boat terminal

Ambil tiket dulu di counter
Bot-bot company lain pun ada...tapi better reserve ticket awal-awal

Tak tau lah nak tulis apa...layan view je

Family photo sebelum naik bot...

Lah sekali rupanya naik bot besar ingatkan bot kecil sebelah tu

Bot sudah mula bergerak

Breakfast dulu sampai kenyang

Merenung masa depan

Bot dah start laju

Layan view fjord di Milford Sound

Famous waterfall in Milford Sound

Cun je pattern air yang jatuh

Waterfall dari kejauhan

Layan view

Layan view

Dah sejuk kita lepak bawah dulu


Ada waterfall lagi
Ok bye Milford Sound ada rezeki datang lagi

Cruise mengambil masa selama 1 jam 30 minit. After cruise kami bergerak ke homestay seterusnya di Mosgiel. Agak jauh juga perjalanannya lebih kurang 4 jam. On the way ke sana sempat singgah di waterfall yang cun di tepi jalan dan juga Mirror Lake. Di pertengahan jalan kami cari port yang best untuk lunch.


Ok jom gerak balik...belum balik Malaysia lagi...hehehe

Jeram tepi jalan pun cun
Best dapat mandi ni tapi sejuk

Jom tengok Mirror Lake tepi jalan je

Nampak tak bayang mirror nya....

Sila tengok lagi

Boleh baca word mirror tu betul lah Mirror Lake....

Dah lapar jom lunch

Masak nasi kembara.....senang isi air je

Sedap nasi ni

Sempat lagi main di playground waktu toilet stop

Macam biasa before maghrib sempat check in di homestay. Kali ini kami bermalam di Longbourne Lodge, Mosgiel yang tak berapa jauh dari Dunedin. Homestay macam biasa booking di Agoda. Malam rehat-rehat je dan tidur selepas dinner kerana seharian berjalan hari ini.


Nak masak minyak pun beku gara-gara Milford Sound

Dinner masak simple-simple je

Alhamdullilah selamat perjalanan hari ke-9 di bumi NZ ini. Walaupun hari ini perjalanan agak jauh tapi semuanya selamat dan happy. InshaAllah esok jalan lagi...jom tengok page hari ke 10 pula di sebelah.....


Day 9 journey






No comments:

Post a Comment