Sunday 5 April 2020

Day 8: Queenstown - Manapouri

Pagi jam 10 dah check out dan terus ke Queenstown city centre. Tempat pertama ke DF Souvenir untuk borong souvenir. Harganya agak murah berbanding kedai lain. Selepas itu kami bersantai di tepi Lake Wakatipu, memang meriah banyak aktiviti dan street show. Cuaca memang sejuk di bawah 10c.


Good morning Lake Wakatipu...nampak sejuk pagi ini

Area homestay...tenang je

Posing dulu before check out
Shopping time beli souvenirs

Tekunnya baca apa lah tu

Happening area Queenstown city ini

Anjing tu pun join menyanyi sama

LV pun ada jom cuci mata

ce cream yang famous...tak singgah pun sejuk nak makan ice cream

Autumn....pokok merah pokok kuning..

Lepak-lepak dulu panaskan badan
Lake Wakatipu
Lake Wa tak tipu...
Gambar poskad Lake Wakatipu

Antara aktiviti pagi ini ialah jet boating. Booking melalui Bookme web untuk lebih discount. Sepatutnya trip jam 12 tengahari tapi di postpone ke jam 1 tengahari. 4 orang je yang berani naik thunder boat ini iaitu En. Suami, adik suami isteri dan anaknya Mimi. Tengok je dah takut dan tak boleh imagine kalau sendiri yang naik.


Nak naik thunder boat inilah..

Main dengan itik dulu

Boat lain pun ada

Nak naik kapal besar ini pun boleh

Ok ready go...muka excited dah

Thunder jet meluncur laju

Selepas selesai jetboating, kami tapau set fish & chip dari Erik’s Fish and Chip yang famous di Queenstown. Then kami gerak ke Manapouri, dan stop untuk lunch di salah satu rest area yang sungguh cun menghadap Lake Wakatipu.


Tapau fish & chip di sini
Ok jom gerak ke Manapouri

Nampak Lake Wakatipu yang cun

Stop for lunch dulu

Erik's Fish & chip....besar portion

Nasi goreng & fruits pun ada
Nasi Kembara....sedap juga

Tempat makan yang cun

Kenyang tengok view

Di celah-celah rumput kering

Lepak dulu lepas makan

Ok jom gerak....walaupun tak puas lagi tengok view...

Perjalanan diteruskan ke Manapouri untuk check in. Kami check in Glendales Riverview Homestay yang unik dan penuh sejarah. Ha kenapa penuh sejarah, sebab ada album sejarah rumah itu. Rumah lama yang boleh nampak sungai dan gunung tapi takdelah berhantu hehe. Booking macam biasa melalui Agoda. Details homestay boleh refer 1st page blog NZ ini.


Bye Lake Wakatipu...ada rezeki datang lagi

Sepadang kambing biri-biri 

Gebu-gebu biri-biri

Isi minyak dulu....ke arah Milford Sound nanti takde petrol station

Dah sampai homestay...2 tingkat

Ada sungai di belakang homestay

Kenapa kami check in di Manapouri? Ada apa di situ ya. Sebenarnya takde apa yang menarik, kami stay sebab esoknya jam 6 pagi nak check out untuk ke Milford Sound yang jaraknya lebih kurang 2 jam lebih dari Manapouri. Biasanya orang akan stay di Te Anau tapi tak jumpa pula accommodation yang bersesuaian di Te Anau. Manapouri pun mana Manapouri lah.

Malam macam biasa masak untuk dinner yang simple-simple sebab nak tidur awal dan gerak awal pagi ke Milford Sound nanti.


Plan day 8...ingat nak stop at Devil's staircase tapi terlepas sudah...


No comments:

Post a Comment