Sunday 5 April 2020

Day 10 : Mosgiel - Dunedin - Ashburton

After breakfast, kami check out dan terus ke Tunnel Beach yang tak berapa jauh dari homestay di Mosgiel. Asyik ke gunung dan tasik je, kali ini kita ke laut. 

Homestay kami di Mosgiel
Penyeri famili Cikgu Rashid



Tenang je area homestay.....ala-ala farm house

Ok jom check out...penuh bonet MPV
Dari signbord Tunnel Beach, mention 1 hour return track (lebih kurang 1 km). Dalam hati kata tak jauh ini. Sekali tengok track bukan main menjunam ke bawah dan tunnel beach jauh di bawah sana. Time pergi memang mudah nak balik naik nanti takut merangkak pula. So kami hanya turun sedikit dan mengintai dari kejauhan.

Jom dekat je 1 hour return

Laju je dua orang ini...

Dah start nampak beach tapi jauh lagi tu

Stop ambil gambar dulu

Sampai sini je lah yang termampu....pancit sudah

Tarik nafas dulu sebelum ke parking area....

Seterusnya, kami set waze ke bandar Dunedin lebih specific ke Baldwin Street, the most steepest residential road in the world. Dah sampai Dunedin rugi pula tak singgah sini. Tiba di sana kena mendaki lagi. Haha gigih mendaki hari ini tapi tak berpeluh pun sebab sejuk. Jalan itu memang curam ada juga tourist yang mencuba dengan kereta. Rumah-rumah di tepi jalan pun nampak macam senget je. Dah puas mendaki kita ke tempat lain pula.

Dunedin City

Abah di depan Baldwin Street...larat ke nak panjat tu...

Lepak jelah depan rumah senget ni...

Pancit Mimi....

Come on....sikit lagi

Berjaya akhirnya
Senget tak...

Next ialah ke Moeraki Boulders Beach. Dikhabarkan pantainya ada ketulan batu yang unik so jom pergi tengok. Batunya nak kata macam bom pun ada, telur dinosaur pun ada. Di beach ini ada cafe boleh lepak-lepak. Sempatlah juga beli kek sekeping dua sempena birthday abah. Kalau nak tengok macam mana rupa binatang bernama alpaca pun ada di sini.

Jom Moeraki Boulders
Kenapa batu ni pecah tanya Mimi

Budak yang tak tahu sejuk...

Batu pantai yang unik

Kejadiaan alam semulajadi

Yang ini sudah retak menanti belah

Kawasan pantai Moeraki Boulders
Kek birthday untuk abah....
Share-share je ya

Cantik color dia

Malam ini kami akan check in di Ashburton, agak jauh jugalah dan melalui beberapa pekan seperi Oamaru dan Timaru. Stop sekejap di Oamaru Wharf sebab nak tengok tempat perkumpulan burung yang beratus-ratus ekor di jeti itu.

Pekan classic Oamaru

Burung-burung-burung-burung

Inilah jetty Oamaru Wharf yang penuh dengan burung

Nak naik keretapi pusing Oamaru pun ada

Awas penguin melintas

Stop for late lunch di Oamaru

Sebelah petang cuaca agak mendung dan hujan sepanjang perjalanan ke Ashburton. Check in di Ashburton Motor Lodge. Malam itu kami dinner salmon kari yang lazat.

Check in di sini malam ini

Dapur sekangkang kera

Dinner kari salmon

Selesai sudah hari ke 10 di bumi NZ, tinggal 2 hari je lagi sebelum balik ke Malaysia. Setakat ini Alhamdullilah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Kita sambung lagi esok hari ke 11 ke mana pula ya...jom jengah page sebelah....

Plan hari ke 10, ada skip-skip juga sebab tak cukup masa


No comments:

Post a Comment