Sunday 5 April 2020

Day 4 : Lake Tekapo - Mt Cook (14 Apr 2019)

Pagi ini after breakfast bihun goreng, kami bersiap-siap pakai baju raya kononnya untuk bergambar. Yang perempuan pakai jubah batik dan lelaki berbaju melayu. Kami ber OOTD di tepi Lake Tekapo. Sejuk tapi tahan saja lah untuk bergambar. 


Kita breakfast dulu...bihun goreng je..

Nampak sejuk di awal pagi

Inilah homestay kami di Lake Tekapo

3 gadis pingitan dan seorang jejaka di belakang

Lake Tekapo di kejauhan...view depan homestay

Emak & Abah tersayang

Di pinggiran Lake Tekapo

Berbelit-belit bendera Malaysia ditiup angin

Post card raya ala-ala di perantauan

Sekuntum Lupin di musim autumn...belakang itu Church of the Good Shepherd

Jom cross jambatan

Boleh jogging sini....tapi takde orang sebab sejuk

Selepas berphoto session di Lake Tekapo, kami ke Mt John Observatory Centre. Perjalanan naik ke sini memang mencabar, jalan kecil mendaki bukit tapi pemandangan memang cantik. Untuk masuk ke observatory centre ini, each car kena bayar NZD 8.



Jom ke Mt John Observatory

Under University of Canterbury rupanya

Kena queue dulu, jalan selorong je 

Parking area at top

Gambar wajib beramai-ramai

Model Jubah Batik Malaysia

Tak tau apa nama lake belakang tu

Rasa macam dekat je dengan awan

Jom turun

Kena focus drive takut terbabas sebab view cun

Ok bye Mt John....

Stop isi minyak....petang nak jalan lagi

Selepas turun dari Mt John, kami balik ke homestay dulu untuk lunch dan solat jamak zohor asar sebelum ke agenda seterusnya. Lunch nasi lemak sambal kerang dan sambal sotong yang dah siap dimasak paginya.


Kita makan dulu

Lebih kurang jam 1.30 pm lebih kami bergerak ke Mt Cook. Jaraknya lebih kurang 2 jam perjalanan. Pemandangan memang tak terucap dengan gunung-ganang dan Lake Pukaki yang biru turquoise.


Jom ke Mt Cook pula

Dah nampak Lake Pukaki yang turquoise tu

Mt Cook di kejauhan

Drive stop sekejap tarik nafas

Dalam plan, ingat nak simple trekking di Hooker Valley atau Kea Point di Mt Cook sebelum ke helicopter trip. Kami dah book Glacier Helicopter trip secara online pada jam 4.30 petang. Rate per person untuk heli trip ini agak mahal tapi sebab nak rasa that experience, kami booking je (details ada di first page blog NZ ini). Untuk heli trip kena check in 45 minit sebelum, so cancel trekking trip di Hooker Valley.


Dah tiba di Mt Cook Airport

Lepak-lepak dulu dengan Pak Long

2 biij heli sudah menunggu

Sebelum naik heli, kami kena timbang berat badan dulu, yang kurus kena duduk depan sebelah pilot, yang agak berat itu sila duduk belakang ya. 1 heli boleh muat 6 orang, since kami bertujuh so kena split 2 heli. Sebelum naik heli, kami diberi safety briefing terlebih dahulu.


Safety briefing dulu

Family photo before take off

Berdebar juga ini....first time naik heli

Pemandangan top view Mt Cook dan glacier sangat mengkagumkan. Kami juga stop for snow landing lebih kurang 15-20 minit. Sempatlah Mimi main snow. Memang berbaloi trip ini. Pengalaman sekali seumur hidup especially untuk kami yang tak pernah naik helicopter ini. Layan photos jelah ya.


Co-pilot in action

Tasman Glacier Lake

Nampak glacier yang terapung


Laluan glacier

Glacier

Mt Cook

Dah landing

Mimi punya heli pun dah landing

Yeah....

Main snow lah apa lagi

Ini tengah buat apa lah...

Posing sikit.....terik matahari ini sebenarnya...

View di puncak

Captain tengah briefing

Ok masa dah habis.....kena balik

Nak fly balik ke airport

After heli trip, hari pun hampir gelap dan kami bergerak balik ke Lake Tekapo homestay. Sempat juga singgah di Lake Pukaki sekejap sebelum tiba di homestay.

Baik-baik turun...



Bye Mt Cook....ada rezeki boleh repeat lagi...

Rezeki Mimi...kecik-kecik dah merasa naik heli...

Ok jom balik...bye Mt Cook..
Tukar driver di Lake Pukaki...otw balik ke Lake Tekapo
Mt Cook view from Lake Pukaki

Lake Pukaki di senja hari

Malam itu kami masak udang masak lemak for dinner dan rehat. Malam mimpi heli dan glacier...hehehe



Perjalanan kami di hari ke-4...alhamdullilah



No comments:

Post a Comment