Sunday 5 April 2020

Day 5 : Lake Tekapo - Lake Pukaki - Twizel - Omarama Clay Cliff - Wanaka

Hari ini perjalanan agak panjang. Pagi macam biasa after breakfast (roti, mushroom soup & baked bean), check out dan teruskan perjalanan. First stop, Lake Pukaki. Berselfie sikit sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah.


Jom breakfast dulu...simple-simple je

Check out dah...bye Lake Takepo...kita pergi lake lain pula

Jom jalan lagi....

Dah nampak Lake Pukaki tu...
Family photo @ Lake Pukaki



Belanja photo Lake Pukaki
Actual lake color memang sangat turquoise tapi handphone murah tak nampak sangat



Next, tak jauh dari Lake Pukaki kami singgah di High Country Salmon Farm di Twizel. Di sini kami beli fresh salmon beberapa keping dan buat salmon feeding tapi salmon tak timbul-timbul maybe sebab dah kenyang. Yang datang itik pula. 


Nampak tak siapa yang tengah memancing tu

Gelap pulak photo salmon farm....matahari terang sangat

Fresh sashimi

Macam-macam ada tak tahu murah ke mahal tak biasa beli salmon

Kita cuba yang ini

Seterusnya kami ke Clay Cliff Omarama yang terletak lebih kurang 20 minit dari High Country Salmon Farm. Perjalanan ke Clay Cliff agak mencabar sebab jalan tak berturap lebih kurang 7km. Untuk masuk ke area Clay Cliff ini kena masukkan duit NZD5 per car ke dalam honesty box yang disediakan di tepi jalan sebelum pintu masuk. Takde orang jaga nama pun honesty box so kena lah jujur. 


Gate ke Clay Cliff...kena buka dan tutup pintu gate sendiri...ada honesty box tepi tu

Jalan tak bertar....hati-hati jangan sampai pancit tayar....jauh 7KM

Clay cliff dah kelihatan dari parking area

Banyak pokok buah merah ini...macam sedap je tapi takut beracun kot

Dari parking area ke Clay Cliff lebih kurang 1km, kami jalan santai-santai sehingga ke Clay Cliff area. Clay Cliff ini unik sebab batu-batuannya macam campuran tanah dan batu. Macam mana ianya terhasil kena google lah.


Ok jom jalan panjat bukit

Laju je yang dua orang ini jalan

Group yang ini slow & steady...enjoy the view

Ada budak dah pancit

Sikit je lagi....

Kecik nya laluan muat ke ni?

Yeah semua dah sampai

Sessi melihat batu-batuan

Sedang memeriksa kawasan sekitar

Macam inilah rupanya....nampak macam rapuh pasirnya tapi still kuat...

Ok jom balik selepas puas ber"exercise"

Di Clay Cliff ini, kami sempat terbangkan drone sekejap, tapi tak lama selepas itu polis ranger datang, terus lah bungkus balik drone, kalau tak kena saman nanti. Banyak tempat tak boleh fly drone di New Zealand ini, penat je bawa. 

Selepas puas memanjat Clay Cliff kami meneruskan perjalanan ke Wanaka pula yang mengambil masa 1 jam 30 minit. Kami stop lunch (nasi impit kari ayam) di kawasan Lindis Pass sewaktu perjalanan ke Wanaka. Waktu melalui Lindis Pass, terasa macam berada di dunia lain je sebab pemandangannya sangat berbeza.


Laluan Lindis Pass

Gunung-ganang macam kat Planet Marikh...hehehe

Stop for lunch

Macam hari raya ada ketupat

Mesti ada sungai kat tempat port makan

Jumpa 1 pekan nama Tarras on the way ke Wanaka

School area....comel je kawasannya

Ini lah items dalam pondok tu...kalau nak donate pun boleh

Post box untuk penduduk tempatan..ada beberapa rumah je

Sessi mengembala lembu guna pick up

Tiba di Wanaka, kami singgah di Wanaka Lavendar Farm. Malangnya musim autum, lavendar dah tiada so kami just lepak-lepak minum teh dan makan aiskrim. On the way ke homestay, lalu di Wanaka Puzzle, tak singgah sebab dah lewat lagipun entrance fee agak mahal iaitu NZD 18.


Wanaka Lavendar Farm

Lavendar dah tak purple

Lepak minum-minum je lah

Teh panas-panas sedap...

Ada rezeki kita datang lagi time summer pula

The, terus check in di The Moorings yang terletak di depan tasik Wanaka.  Malamnya, apa lagi dinner salmon asam pedas lah kita.


The Mooring, Wanaka - 2 tingkat, 3 bilik

View Lake Wanaka

Yeah dinner salmon asam pedas

Lauk tambahan

Alhamdullilah selesai hari ke-5 di bumi NZ yang permai ini. Esok kita jalan lagi...nak tau gi mana jom jengah page sebelah...


Day 5


No comments:

Post a Comment