Saturday 29 February 2020

Percutian Keluarga ke Pulau Bintan (25-27 Jan 2020)

Salam semua, kali ini nak share percutian keluarga ke Pulau Bintan bersempena cuti Chinese New Year 2020. Short trip je 3 hari 2 malam. Malas nak cuti-cuti Malaysia sebab biasa time ini mesti jem sana sini. So, fikir punya fikir kita ke Pulau Bintan je lah. 


Belanja view di Pulau Bintan sikit....

Kat mana ya Pulau Bintan ini? Ha kami pun first time ke sana. Pulau Bintan ini terletak di Kepulauan Riau Indonesia. Lebih tepat lagi di sebelah Pulau Batam. Kalau tak tau lagi di mana sila refer map di bawah ini.


Di situlah Pulau Bintan

Macam biasa persediaan dibuat lebih kurang 2 bulan sebelum sebab takut hotel fully booked sebab CNY public holiday. Singaporean ramai yang ke Pulau Bintan berbanding orang Malaysia sebab Pulau Bintan ini kurang popular di kalangan Malaysian. Trip kali ini akan disertai oleh 8 dewasa dan 1 kanak-kanak.

Hotel di booking melalui Agoda dan macam biasa thru apps Cash Back untuk dapat cash rebate. Hotel yang dipilih ialah Dbamboo Kamp Desa Wisata Ekang dengan rate RM 441 sebilik untuk dua malam dan kami ambil 4 bilik.


Hotel di Pulau Bintan nanti

Sila download cashback apps untuk cash rebate  boleh klik 

Untuk pengangkutan pula kami mendapatkan khidmat pak supir yang dibooking melalui FB Luna Bintan Travel. So far ini yang termurah iaitu RM 500 untuk 3 hari 2 malam menggunakan van 15 seater.

Untuk ke Pulau Bintan ini kena naik feri. So far takde direct flight KL ke Pulau Bintan. Dari Malaysia, boleh ke Pulau Bintan dari Terminal di Stulang Laut JB. Tapi kalau nak, ada juga feri dari Singapore dan Batam. Yang paling mudah ialah dari Terminal Stulang direct 3 jam terus sampai Jeti Tanjung Pinang Pulau Bintan. Kami book tiket feri secara online melalui web Berjaya Waterfronts dengan harga tiket RM 165 two ways. Tapi rasanya lebih murah beli tiket one way sebab tiket balik nanti dari Pulau Bintan ke Stulang still kena top up INR 170 000 lagi walaupun dah beli tiket return. So total harga tiket pergi balik dalam RM 200 seorang.


Web untuk book ticket ferry online

Ok rasanya itu je persediaan ke Pulau Bintan. Sila tukar duit berjuta-juta dulu ya. Rate pertukaran semasa kami lebih kurang INR 1 juta = RM 303. Portable modem siap sedia dibawa dari Malaysia, nanti just beli sim card je untuk sharing use.

Oo lagi satu yang penting mestilah insuran, walaupun dekat dah singkat je tapi still perlu insuran. Hati pun senang tak payah fikir kalau ada apa-apa yang tidak diingini. Macam biasa ambil insuran dengan ejen Takaful terbaik Pn Noha (FB Noha MdSupian).

Ok semua dah ready jom explore Bintan...Jom jengah page sebelah kalau nak tau apa ada di Pulau Bintan ni....


@ Treasure Bay, Pulau Bintan.....jom Bintan....

1 comment: