Friday 21 February 2020

Day 2 : Kawah Ijen (2 Jan 2020)

Hari ke-2 bermula agak awal iaitu jam 12 malam. Aktiviti hari ini agak mencabar sebab nak hiking ke Kawah Ijen. Jarak perjalanan dari hotel ke kaki Kawah Ijen lebih kurang 1 jam setengah menaiki kereta dan untuk ke puncak Kawah Ijen lebih kurang 4KM hiking. 3KM jarak mendaki yang lebih kurang 45-60 darjah kecuraman dan 1KM agak landai. So masa yang diperlukan lebih kurang 3 jam untuk kami yang slow dan yang dah tua ini. 



Kenapa kena hiking malam-malam ke Kawah Ijen ini? Ha ada sebabnya...sebabnya ialah nak tengok blue fire. Nak tengok blue fire ini kena sampai ke puncak sebelum matahari terbit sebab kalau dah terang, blue fire tidak kelihatan. Kalau ikutkan blue fire ini ada 2 je di dunia iaitu di Iceland dan di Kawah Ijen Indonesia.

Tiba di kaki Kawah Ijen lebih kurang jam 1.30 pagi. Cuaca agak sejuk dan hujan renyai-renyai...memang dah hujan sepanjang malam itu. Ingatkan kena cancel aktiviti kalau hujan, tapi guide kata ok je untuk proceed. Sebelum mendaki, persediaan semua kena ready. Kena pakai baju yang sesuai sebab sejuk suhu bawah 10C, kasut dan headlamp pun dah siap dibawa dari Malaysia. Tapi kalau tak cukup banyak je barang-barang yang dijual di kaki Kawah Ijen seperti glove, torchlight, rain coat etc.


Ok dah ready nak ke Kawah Ijen

Semasa naik ke atas Pak Rahman tunggu di kereta dan seorang Kawah Ijen guide yang bernama Pak Agus akan escort kami. Ok dah ready tarik nafas jom panjat Kawah Ijen.


Kalau tak larat boleh naik 'taxi'. Tapi upahnya sangat la mahal lebih  kurang INR sejuta

Setelah hampir 3 jam berhempas pulak akhirnya berjaya juga kami tiba di puncak. Bau sulphur memang dah kuat waktu 1 KM sebelum tiba ke puncak lagi. Keadaan masih gelap lagi dan kabus agak tebal. Guide kata kalau nak tengok blue fire kena turun ke kawah yang lebih kurang 800 meter ke bawah. Bila jengah ke bawah tengok agak curam dan tiada proper trail. 


Dah tiba di puncak...gelap lagi belum subuh

Setelah buat quick risk assessment - trail yang bahaya, bau sulphur yang kuat maka kami decide untuk stay di atas sahaja dah minta guide Pak Agus untuk ambilkan photo dan video guna handphone En. Suami. Antara sebab lain tak turun ke bawah ialah dah pancit dah sebenarnya.

Sementara menunggu Pak Agus ke dasar kawah, kami pun cari port untuk solat subuh. Agak sukar juga nak cari port kawasan yang rata so kami solat je di celah-celah batu. Air wuduk memang dah siap dibawa seorang sebotol supaya senang untuk berwuduk.


Tebal asap...masih gelap lagi

Kuat bau sulphur

Selesai solat, kami lepak-lepak sambil menghidu bau sulphur dan tunggu Pak Agus naik semula ke atas. Mula-mula agak cuak juga sebab hari sudah mulai terang tapi Pak Agus tak kelihatan. Habislah handphone En. Suami nanti. Alhamdullilah tak lama selepas itu kelihatan Pak Agus. 


Inilah blue fire nya..thanks Pak Agus tolong ambilkan gambar

Antara photo yang diambil...banyak spot blue fire ni

Video blue fire

Sulphur di dasar kawah
Layan video sulphur di dasar kawah

Sulphur yang dah siap untuk dibawa keluar

Kagum tengok mereka mencari sesuap nasi...bekerja di lombong sulphur yang bahaya


Cantik tapi pagi itu agak kuat kabus nya

View from top

Awas gas beracun...tapi tak pakai respirator pula...

Mask pun boleh lah sepatutnya kena pakai respirator



Jalan-jalan sekejap di kawasan atas kawah Ijen dan kami pun memulakan perjalanan turun. Turun kali ini lebih pantas...hehe


Hari dah terang baru nampak macam mana keadaan kat atas tu

Taxi-taxi yang menunggu customer untuk turun

Nampak tak laluan trail tu....

Stop dulu kat point view yang cun

Jom turun dengan pantasnya

Dah siang baru nampak trail malam tadi...banyak yang curam

Ini point pit stop midway...ada cafe & toilet
Yeah dah sampai bawah

Alhamdullilah selesai aktiviti pertama, jam 8.00 pagi kami bergerak semula ke hotel, breakfast dan berehat sekejap sebelum check out jam 12pm untuk ke destinasi seterusnya.


Rumah kampung sekitar Ijen....sayur subur-subur

Terus breakfast bila tiba di hotel

Bagi pandangan saya Kawah Ijen aktiviti yang menarik tetapi sesuai untuk yang fit dan muda sebab agak lasak. Kalau bawa warga emas agak berisiko. Apa-apa pun Kawah Ijen memang best tapi cukup lah kot sekali...hehe


Kawah Ijen yang dirindui

Tepat jam 12pm kami dah ready di lobi (memang punctual dan berdisiplin walaupun berdua dan private group...hehe). Pak Rahman pun sudah setia menunggu dan jom kita ke Probolingo pula dengan perjalanan yang memakan masa 4 - 5 jam.


Bergambar kenangan di hotel sebelum check out

Singgah lunch on the way ke Probolingo

Restoran tepi kolam

Jemput makan

Nak santai-santai dan memancing pun boleh

Kami akan bermalam di Hotel Bromo View, Probolingo untuk aktiviti seterusnya. Tiba di hotel lebih kurang jam 5  petang ...berehat, dinner pun room service je sebab hujan di luar dan tidur sekejap sebab kena gerak untuk aktiviti Mt Bromo jam 1.30 pagi pula.

No comments:

Post a Comment