Friday 21 February 2020

Day 3 : Mt Bromo Tour (3 Jan 2020)

Tepat jam 1.30 pagi kami dah ready di lobi hotel. Perjalanan ke Bromo lebih kurang sejam dari hotel. Lebih kurang jam 2.30 pagi kami dah tiba di Bromo dan kena tukar naik jip pula untuk Mt Bromo tour. Ha kenapa kena keluar awal-awal pagi ini untuk Bromo tour? Sebabnya nak tengok sunrise berbackgroundkan Mt Bromo.


Sunyi lagi waktu tiba di tempat jip

Ok jom naik jip

Perjalanan menggunakan jip ke tempat sunrise view point lebih kurang sejam lebih. Waktu ini memang dah banyak jip sepanjang jalan. Ada beberapa tempat sunrise view point seperti Penanjakan, Bukit Cinta dan lain-lain tapi Pak Rahman bawa kami ke King Kong Hill untuk view yang lebih cantik katanya.

Jam 4 lebih kami dah tiba di King Kong Hill. Jip dah parking tapi kami lepak dulu dalam jip sebab di luar sangat sejuk. Memang serius sejuk kalau bercakap sampai keluar asap hehe. Selepas sakit pinggang duduk dalam jip kami pun keluar ke kawasan kedai-kedai di view point itu. Orang pun dah start ramai. Di kawasan waiting area banyak kedai-kedai untuk memanaskan badan. Kami pun sempat layan kopi dan goreng pisang. Memang best sejuk-sejuk ini. Toilet dan surau pun ada tapi surau agak kecil, kena tunggu turn untuk solat subuh dan berkongsi muslimin muslimat.


Kedai-kedai di kawasan view point King Kong Hill

Surau & toilet

Lepak kedai dulu bersama Pak Rahman

Pekena kopi panas & goreng pisang

Lebih kurang jam 5 pagi, Pak Rahman ajak ke tepi bukit view point. Malangnya pagi itu kabus sangat tebal sebab malamnya hujan. Tunggu juga sehingga 5.30 pagi tapi sunrise dan Mt Bromo tak muncul-muncul. Sebenarnya musim yang baik untuk tengok sunrise Mt Bromo ini ialah pada bulan Julai hingga September sebab musim ini tidak hujan. Takpelah takde rezeki sekarang, InshaAllah boleh repeat lagi.


Gigih menunggu kesejukan

Kabus...Mt Bromo tak menjelma

Nasib baik ada bunga cun

Ok dah jom gerak tempat lain
Jom naik jip lagi

Macet....beratus-ratus jip nak ke kawah Mt Bromo....

Destinasi Mt Bromo tour seterusnya  ialah ke kawah Mt Bromo dan kawasan sekitarnya seperti Pasir Berbisik, Bukit Teletubbies Savannah, Gunung Widodaren dan tempat-tempat cun sekitarnya.


Layan je ya photo-photo Bromo Trip ini. Memang cun kawasannya tak rasa seperti di Indonesia. Feeling-feeling seperti di Iceland (blog Iceland tak siap-siap lagi) dan Scotland (boleh refer blog Scotland di page dulu-dulu) pun ada.


Area Gunung Widodaren

Jadilah model jip sekejap

Kabus tebal tak nampak gunung-ganang

Bagi can panjat jip

Kalaulah boleh bawa balik sebiji kan best


Ke kawasan Kawah Mt Bromo pula

Sessi mencari kuda yang murah

Dah start ramai di sini

Jauh lagi nak ke kawah Mt Bromo tu...

Ok dah jumpa kuda jom

Kesian kuda kena tanggung beban berat....ada assistant yang guide kuda

Cun pula rambut kuda ni

Ok jom panjat...kuda tunggu kat bawah

Inilah rupanya kawah Mt Bromo

Bahagian atas..tak boleh turun ke kawah ya...bau tak sekuat Kawah Ijen

Ok jom turun semula

Ada jual-jual di sini....murah sikit kot tapi tak beli apa
Berlumba-lumba si jip ni

Bukit Teletubbies

Ada macam teletubbies tak?...hehe

Baru lah cerah sikit tapi still kabus

Pak Supir baru...

Posing tengah di tengah jalan

Posing tepi jalan pula

Posing belakang bunga...Pak Rahman photographer nya

Ok bye-bye Mt Bromo...sehingga ke temu lagi....

Setelah puas (tak puas sebenarnya) di Bromo, kami pun gerak balik ke hotel dan tiba di hotel jam 10.30 pagi. Sempat mandi rehat sebentar dan terus solat jamak zohor/ asar sebelum check out sebab zohor masuk waktu dalam jam 11.30 pagi.

Tepat jam 12 tengahari kami bergerak ke destinasi seterusnya. Kalau ikutkan plan sepatutnya petang ini kami akan ke Safari Prigen yang jaraknya lebih kurang 2 jam. Memandangkan masa yang limited di Safari nanti, so kita tukar plan sikit. Sebenarnya badan yang dah tak larat. So lawatan ke Safari ditukar kepada esok hari dan lawatan ke Masjid Jin kita cancel sebab jarak yang agak jauh. Sebenarnya saya yang request Masjid Jin ini sebab jarang orang pergi sebab agak jauh. Tak tahu sangat sejarah masjid ini tapi nampak cun dan dikatakan disiapkan dalam 1 malam. Ha takpe nanti boleh repeat semula.

So petang ini kami akan ke Kampung Warna Warni Jodipan, sempat singgah beli ole-ole dan check in hotel di Malang. Ok tak perlu cerita panjang, layan photos ya...


Singgah lunch dulu di Wong Solo

Tempat seperti di signboard...gerimis mengundang pula







Singgah kedai ole-ole di Malang

Macam-macam ada

Check in sudah.....Hotel Alpines by Artotel, Malang

Dinner room service je...
Selesai sudah aktiviti Mt Bromo tour...memang best tapi macam kena repeat sebab tak nampak Mt Bromo sebab kabus tebal....InshaAllah...one day will be back...


No comments:

Post a Comment