Monday 5 November 2018

Part 9 : Ibadah di Madinah

Setelah berada selama 33 hari di Mekah, dah sampailah masanya kami bergerak ke Madinah. Sedih memang sedih tapi kehidupan perlu diteruskan. Pada masa yang sama excited juga nak ke Madinah Al-Munawarah ini.


Perjalanan dari Mekah ke Madinah jauh juga dalam 400km lebih. Kami bertolak jam 2.00 petang dari Mekah dan tiba di Madinah lebih kurang 8 malam. Di Madinah, kami ditempatkan di hotel Leader Al-Muna Kareem yang 5 minit perjalanan terus ke pintu 26 iaitu gate kaum wanita untuk ke Raudhah.

Stop at RnR on the way to Madinah from Mekah

 Ada dijual ayam bakar
Ada juga surau dan toilet
Check in di hotel Madinah
Cantik hotel ini


Ibadah yang boleh dilakukan di Masjid Nabawi / Madinah ini macam biasalah, solat fardhu berjemaah, solat sunat, puasa sunat kebetulan waktu itu hari Asyura, sedekah, baca quran, melawat perkuburan baqi, melawat makam Rasulullah dan sahabat dan yang istimewanya ialah memasuki dan solat sunat di Raudhah.

 Masjid Nabawi dari kejauhan
  Payung yang indah
 Kawasan luar masjid

Dalam masjid kawasan wanita


Untuk masuk ke Raudhah ini bagi kaum wanita ada masa tertentu dan tidak seperti lelaki sepanjang masa. Masa untuk perempuan ialah selepas Subuh, selepas Zohor dan selepas Isyak. Tapi time musim haji ini, Masjid Nabawi memang penuh dan berasak-asak di dalam raudhah. Dari pengalaman saya, waktu selepas zohor yang paling selesa sebab jumlah jemaah yang masuk dilimitkan sebab masa pendek untuk solat Asar seterusnya. Waktu Subuh dan Isyak agak panjang dan waiting time agak lama.

 Kawasan tunggu turn raudhah selepas solat 
 Point menunggu lagi. Dah Nampak kubah hijau di bawahnya Makam Nabi 
Semakin hampir. Pintu untuk memasuki raudhah...sedia


Tips utk selesa ke Raudhah ialah solat di bahagian saf hadapan dan dalam kawasan pintu kayu (yang dalam partition kayu) sebab selepas solat pintu kayu itu akan ditutup kalau lambat melepas lah. Lagi satu ialah dengan membawa jemaah yang menggunakan wheelchair, yang ini tak perlu berasak sangat tapi waiting time pun boleh tahan lama. Apa-apa pun banyakkan bersabar dan berdoa semoga dipermudahkan urusan.


 Di dalam raudhah...time ramai memang sesak
 Makam nabi dan sahabat di sebalik dinding
 Alhamdullilah rezeki masuk time hujung-hujung tak ramai
 Laluan beratur wheel chair ke raudhah
Wheel chair dan tukang tolak dapat solat di bawah platform muazzin
Suasana di dalam raudhah


Terngiang-ngiang lagi suara askar-askar berjubah hitam itu ‘ibu duduk, ibu mundur, ibu tariq, ibu sudah solat keluar’. Gigih dan tabah mereka melayan kerenah jemaah-jemaah, tapi pujian untuk jemaah Malaysia dan Indonesia yang sopan dan mendengar arahan.

 Roof top yang terbuka selepas subuh
 Ada tempat charge telephone di dalam masjid
Kawasan luar masjid yang meriah
Masjid Nabawi yang dirindui

No comments:

Post a Comment