Monday 5 November 2018

Part 5 : Mabit di Muzdalifah

Selesai solat jamak tamam maghrib/isyak dan makan malam, kami meninggalkan bumi Arafah untuk ke Mudzalifah. Jarak dari Arafah ke Mudzalifah tidaklah jauh sebenarnya iaitu lebih kurang 8 Km. Kami tiba di Mudzalifah lebih kurang jam 10 malam. Syarat untuk bermabit (bermalam) di Mudzalifah ini ialah kena berada seketika selepas waktu tengah malam. Waktu tengah malam yang tepat nanti pihak Saudi akan umumkan dan biasanya dalam jam 11.30 - 11.45 malam. Bermabit di Mudzlifah ini adalah salah satu wajib haji. Jika gagal bermabit haji tetap sah tapi dikenakan dam dengan syarat-syarat tertentu.
Suasana di Mudzalifah

Suasana di Mudzalifah

Di kawasan Mudzalifah ini tiada khemah disediakan. Mudzalifah merupakan kawasan lapang di mana sunat mencari batu untuk kegunaan melontar jamrah nanti. Batu yang dicari sekurang-kurangnya 70 biji dan saiznya mestilah kecil je. Jangan cari batu sebesar-besar penumbuk nanti tak larat pula nak bawa. Kawasan Mudzalifah memang ada banyak batu so memang tiada masalah untuk mencarinya. Jemaah muassasah telah disediakan batu oleh pihak TH tapi kami jemaah pakej kenalah cari batu sendiri. 
Aktiviti mencari batu

 
Snack box yang diberi oleh pihak Muasassah

Sewaktu tiba di Mudzalifah, masih tidak berapa ramai lagi so kami cari port yang sesuai, bentang tikar yang dibekalkan oleh TH dan akibat kepenatan yang amat sangat, saya terus tidur dengan nyenyaknya berlantaikan pasir dan berbumbungkan langit yang indah. Sampai tak larat nak cari batu, minta suami je carikan batu.
Tidur je..nasib baik ada kipas kecil

Lebih kurang jam 1.30 pagi, petugas TMTT dah minta jemaah untuk bersiap sedia menunggu bas ke Mina. Waktu itulah baru saya terpisat-pisat bangun dan sedar yang penuh orang di sekeliling. Alhamdullilah kami tidak berada lama di Mudzalifah sebab ada jemaah yang terpaksa menunggu sehingga selepas subuh baru dapat bergerak ke Mina.
Naik bas ke Mina

Di Mudzalifah ini banyak tandas disediakan dan agak selesa untuk mandi. Tapi sebab tadi dah tidur maka tak sempatlah nak mandi di Mudzalifah. Dinasihatkan bakal jemaah mandi di Mudzalifah sebab nanti di Mina susah nak mandi sebab tandas yang limited.
Bangunan tandas yang selesa

No comments:

Post a Comment