Monday 5 November 2018

Part 7 : Ibadah di Mekah


Jumlah jemaah masih lagi ramai di Mekah seminggu selepas wukuf. Bagi yang telah selesai ibadah haji boleh menunaikan ibadah umrah sunat pula. TMTT ada menyediakan transport untuk jemaah yang ingin menunaikan umrah. 3 kali miqat di Tanaim, 1 kali miqat di Ja'ranah dan 1 kali miqat di Hudaibiyah. Kalau nak buat extra umrah, boleh je tahan teksi depan hotel. Bas awam pun ada untuk miqat di Tanaim.


King Abdul Aziz Gate


Lautan manusia di dataran Kaabah



Selain daripada itu, kami memenuhi masa dengan tawaf sunat, solat sunat, baca quran...tapi saie sunat tiada ya...jangan buat pula.  Di Masjidil Haram, Makkah, Allah SWT menurunkan sejumlah 120 rahmat setiap hari kepada Kaabah; antaranya 60 rahmat adalah untuk orang yang melakukan tawaf, 40 rahmat untuk orang yang melakukan solat dan 20 rahmat untuk orang yang memandangnya. (hadis riwayat Ibnu Abas).


Tengok kaabah pun dapat pahala


Tengok kaabah pun dapat pahala. So kenalah grab this opportunity yang ada untuk mendapat rahmat Allah. Setiap amalan kita pun digandakan 100,000 kali ganda. Memang rugi kalau tak rebut peluang ini.


Sebelum pergi, kita kena set KPI (target) ibadah..bukan hal kerja je ada KPI, ibadah pun ada KPI supaya kita tidak lost dan maximize kan masa yang ada. Antara KPI selain buat ibadah haji yang terbaik ialah melakukan umrah sunat, tawaf sunat, solat sunat, qada solat, khatam al-quran, baca al-quran tafsir, puasa, sedekah, tasbih, tahmid, zikir dan lain-lain ibadah. Bilangan frequency kena set sendiri ya. Nanti bila balik boleh review semula mission kita accomplished ke tidak.



Ruang solat. Start Muharram baru ada carpet




Ok nak cerita sikit pasal tawaf. Tawaf ini adalah perbuatan mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusing (samada continuous atau nak stop dulu pun boleh) dengan keadaan bahu kiri menghadap kaabah dan mestilah dengan keadaan berwuduk. Ini brief je ya, details kena pergi kursus atau baca buku.




Video tawaf



Apa yang saya nak share ialah ada 5 tempat kita boleh tawaf iaitu dataran kaabah, 1st floor mataf (mataf ni tempat tawaf), 2nd floor mataf, roof top mataf dan tawaf scooter. Dalam keadaan biasa (non-peak), dalam 20 minit dah boleh complete 7 pusingan tawaf di dataran Kaabah, tapi kalau tengah peak musim haji ini memang boleh sampai 1 jam lebih untuk selesai tawaf. Orang memang ramai, padat, bercampur-campur jantina dan bangsa. Kalau bergerak pun setapak-setapak. Tahap kesabaran kena set ditahap maksima sebab ada 1001 gelagat jemaah yang sedang tawaf itu.


Another option boleh tawaf di 1st floor atau 2nd floor, orang kurang sedikit berbanding dengan di dataran tapi sebab distancenya jauh maka ambil masa sejam lebih juga nak selesai cuma tak perlu berasak-asaklah. 1 pusingan lebih kurang 450m dengan speed 15 minit setiap pusingan. So kiralah sendiri berapa minit dan berapa KM ya. Tapi bahaya 1st and 2nd floor ini sebab orang boleh tawaf guna wheel chair. Selalunya yang tukang tolak bawa laju dan boleh terlanggar kaki kita. Nak tau sakit tak sakit bolehlah bayangkan. Alhamdullilah kali ini tak kena langgar wheel chair sebab berhati-hati dan sentiasa alert.


Tawaf di dataran


Jarak dan masa tawaf di dataran


Tawaf di roof top

Jarak dan masa tawaf di roof top


Kalau nak jimat lagi distance boleh tawaf di roof top sebab roof top ini kecil sikit kalau kita tawaf hujung-hujung ke arah kaabah tapi takdelah banyak sangat beza. Cuma orang kurang ramai. Kalau sanggup panas bolehlah tawaf waktu siang hari di roof top. Saya tawaf roof top ini pada waktu malam je.


Yang paling mudah ialah tawaf skuter lah. Tapi kurang feel dan kena keluar duit sikit. SR 50 tawaf untuk seorang. Skuter boleh pilih single or double. Kalau double SR 100 untuk 1 couple. Seorang bawa skuter seorang lagi bacalah doa. Mudah je nak handle skuter ini. Nenek-nenek tengok steady je bawa. Speed limit dia dah set tak boleh lebih 10km/h. Dalam 30 minit dah boleh complete tawaf tapi kadang-kadang jem juga sebab ada yang suka berhenti tiba-tiba terutama waktu istilam (isyarat tangan) di penjuru hajar aswad.


Mataf 2nd level waktu musim haji

Mataf 2nd level dah start kosong penghujung musim haji

Dataran pun dah tak ramai awal Muharram. Selesa waktu ini

View mataf roof top

Mataf skuter


 Paling laju lah ni...

Berskuter lah kita


Apa-apa pun pilihan di tangan sendiri nak tawaf yang mana, saya dah pernah tawaf di lima-lima tempat itu tapi yang terbaik adalah di dataran kaabah terutama di penghujung musim haji di mana orang tak ramai. Time itu nak masuk Hijir Ismail dan pegang kaabah pun boleh tapi Hajar Aswad tetap ramai orang. Untuk haji kali ini saya tidak berniat pun untuk mencium hajar aswad sebab mengenangkan sesaknya area itu dan ianya hanya sunat tapi kalau dah bercampur-campur dan bersentuh-sentuh dengan bukan mahram dah lain jadinya. Cukuplah sekali pernah pegang Hajar Aswad time umrah dulu. Waktu tawaf sunat ada berdoa untuk masuk ke Hijir Ismail, alhamdullilah dipermudahkan untuk masuk ke dalam Hijir Ismail tapi still ramai orang dan tidak dapat solat di sana. Apa-apa pun syukur Alhamdullilah.


Di Masjidil Haram, ada beberapa tempat yang mustajab doanya seperti di Multazam, Maqam Ibrahim, Hijir Ismail, bawah pancur emas, bukit safa dan bukit marwah tapi secara keseluruhannya Baitullah tempat yang suci maka kita boleh berdoa di mana sahaja InshaAllah dimakbulkan.


Multazam dan Maqam Ibrahim

Ke arah Bukit Safa




Batu Bukit Marwah


Pancur emas dan Hijir Ismail



Ok nak cerita sikit pasal Saie - ialah berjalan ulang-alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 pusingan dan jaraknya lebih kurang 3.5km lebih. Saie ini ok sikit sebab tak perlu berasak-asak macam tawaf dan ada 4 tingkat untuk saie termasuk laluan skuter. Laluan saei ini biasanya sangat sejuk sebab airconnya kuat, dengan lantai-lantai sejuk.

Laluan saie

Laluan saie




Selepas tawaf dan saie barulah bertahallul (gunting minima 3 helai rambut) ini untuk umrah. Kalau haji boleh gunting waktu tahallul awal contohnya selepas melontar Jamrah Kubra.


Antara amalan lain ialah bersedekah. Susah sikit nak cari fakir miskin di Mekah ini, so boleh bersedekah serba sedikit on daily basis kepada petugas-petugas pembersihan di dalam masjid atau di luar masjid. Senang je nak jumpa diorang ini melalui uniform hijau atau coklat bagi lelaki dan jubah merah/coklat bagi perempuan. Yang menunggu kita di luar (sambil memegang penyapu) sewaktu perjalanan pulang ke hotel pun ramai so ringan-ringankanlah tangan bersedekah. Orang Arab ini memang pemurah dalam bab sedekah, kalau kita lalu di jalanan ada yang sedekah air, makanan, payung, kurma dan bermacam-macam lagi. Siap dengan lori sekali standby untuk distribute sedekah.


Another option kita boleh sedekah atau dipanggil sabil dengan mengorder pakej makanan dengan kedai makan yang menyediakan pakej ini. Ada yang set SR5, SR10, SR15 ikut kemampuan kita. Samada kita nak distribute sendiri atau kedai yang distributekan pun boleh. Memang di sini orang berlumba-lumba nak tambah pahala takkan lah kita tak nak rebut peluang ini kan.

Lagi satu jariah yang kita boleh buat ialah wakaf al-quran di masjidil haram, tapi tak boleh sebarang al-quran, kalau beli sendiri dan tak ikut specification al-quran kita akan dihantar ke masjid-masjid yang lain. So nak selamat kita minta mutawif yang belikan. Harga senaskah dalam SR60. Macam kami, wang sumbangan saudara dan rakan yang kami terima sebelum ke tanah suci ini, kami gunakan untuk wakaf al-quran, semoga mereka menerima saham yang baik dan berterusan.


Antara ibadah sunat yang lain ialah meminum air zam-zam, ambil kesempatan ini untuk minum sebanyak mungkin air zam-zam. Sambil minum kita boleh berdoa :


“Ya Allah ya Tuhanku! Daku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit.”  (Hadis riwayat ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).


Air zam-zam disediakan di dalam tong yang berwarna coklat ada yang sejuk dan ada yang suhu bilik. Air zam-zam melalui paip juga banyak disediakan di dalam dan sekitar masjid. Di lobi hotel dan ruang aras setiap bilik juga dibekalkan dengan air zam-zam.
 Tong air zam-zam

 Paip air zam-zam

 Tempat ambil air zam-zam dalam tong besar

Solat sunat jenazah boleh dikatakan rutin setiap kali selepas solat fardhu. Sepanjang di sana seingat saya 2 waktu sahaja yang tiada solat jenzah selepasnya. Kita digalakkan untuk solat jenazah ini kerana ganjarannya sebesar Gunung Uhud. Kalau di Malaysia peluang untuk solat jenazah ini sangat kurang so rugilah kalau kita tidak turut serta solat jenazah 2 rakaat ini.


Tempat jenazah diletakkan untuk solat jenazah



Cara solat jenazah



Masa yang terluang juga diisi dengan tazkirah yang dianjurkan oleh pihak TMTT. Hampir setiap hari ada tazkirah selepas breakfast. Pengisian rohani sentiasa ada...bukan pengisian perut je...hehe.
Antara program ceramah TMTT

Khusyuk waktu ceramah





Ok itulah serba ringkas ibadah yang dilakukan di Mekah sebab masa di Mekah ini biasanya panjang lebih kurang 25  ke 30 hari. Sesungguhnya Tanah Haram Mekah tempat yang sentiasa dirindui dan semoga dapat kembali ke sana lagi. Aaminn...


Selfie sikit dengan kawan time study


No comments:

Post a Comment